Hina Sangat Ke Kerja Alam Flora? - DARI JARI NOVELLA

August 12, 2016

Hina Sangat Ke Kerja Alam Flora?


Assalamualaikum wbt. "Eeeeeeeeeee... busuk gila! Nak muntah! Macam mana boleh makan dekat tempat sampah macam tu? Lalu pulak?" .. Emmm suatu ketika dulu, itulah pertanyaan aku dekat tuan suami, bila tengok orang2 Alam Flora ni selamber je minum air kat lori sampah tu. Tapi sifat jijik aku terhenti bila fikir satu perkara.

Mereka bekerja untuk mencari wang halal.

Terus istighfar dalam hati. Jahatnya aku. Kenapalah aku tak fikir yang merekalah yang membantu mengutip sisa sampah yang dibuat oleh orang macam aku. Yang tahu mengherdik tetapi langsung tidah tahu bersyukur.


Bila kau mula pertikaikan sesuatu, itu adalah menghina maka tidak perlulah kau hashtag kononnya #bukanmenghinatakbolehblahmakannasidalamtongsampah sebab kau tak ada di posisi mereka yang terdesak mencari wang halal sampai terpaksa makan & minum disitu. Mereka bekerja! Tak sempat pun nak main FB macam kau!

Ayat last budak ni pun dalam posisi menghina jugak. Kesian pekerja Alam Flora. Kerja mereka belum tentu orang lain mampu buat. Kadang kita ni nak angkat sampah dari rumah sendiri nak bawak masuk ke tong sampah kat luar pun muka dah kemut2. Tapi pekerja Alam Flora ni, mereka dah immune dengan bau2 sebegitu. Kalau tak lalu pun, terpaksa demi sebuah rezeki.

Tapi tak perlu kau menghina mereka dengan nak cium bau sampah sentiasa. Sepatutnya kat sekolah pun bukan Non-Muslim je kena belajar Pendidikan Moral, tapi Muslim jugak. 

Belajarlah erti bersyukur, hargailah orang yang sanggup lakukannya. Sekian.

5 comments:

  1. isk..tak patut hina orang macam tu..dah tertulis rezeki dia kat situ...at least tegur lah cara baik...

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum..

    betul tu..
    kalau takda mereka ni,bsuk n kotor la rumah kita..
    melainkan kita sdri yg nak pergi ke pusat pembuangan sampah semata utk buang sampah2 kita..
    mana nak..kita buang sdri atau orang TOLONG kita utk buang sampah kita??
    kannn haihh kadang sstgh org tak tahu nak rasa bersyukur..Allahu

    ReplyDelete
  3. terbaca tadi kat facebook menyirap je tengok budak hingusan macam ni. kita siap kesian tengok dorg angkat sampah yang mana sangat terdedah dengan pelbagai penyakit. semua kerana nak cari rezeki halal.

    ReplyDelete
  4. Hurmm biasa la dorang ni.. Hanya tahu nak menghina aje.. Sekurg2nya dorang mencari rezeki yg halalkan.. Tak mencuri...

    ReplyDelete
  5. klo xde dia org ni..apa jd pd persekitaran?

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.