Bila Ada Masalah, Tidak Perlu Bawa Ke Tempat Kerja - DARI JARI NOVELLA

August 13, 2016

Bila Ada Masalah, Tidak Perlu Bawa Ke Tempat Kerja

Bila aku search "Sour Face", ini yang aku dapat! Lulz

Assalamualaikum wbt.

Entri santai je lah ye senja-senja ni. Bukan apa, ada sedikit perasan yang tidak elok dalam diri ini. Aku jenis tak suka orang membawa kemarahan tu pada orang lain. Emm.......... faham tak?

Kiranya masalah kau dengan Si Ali, tapi kau tension sampai lepaskan kemarahan kau pada Si Atan. Tak best la gitu kan? Lagi-lagi kalau masalah dibawa ke tempat kerja. Padahal moto ditempat kerja kau SENYUM SENTIASA, bukan bermuram durja.

Aku patient, kau itu staff. Tapi bila kau buat muka macam mintak sebiji penumbuk, aku rasa macam nak maki. Nasib baiklah aku penyabar orangnya, walaupun dalam hati dah buka enjin maki. Hahahhaa!

As a staff, masalah besar & rumit macam mana pun, plsssss la jangan bawak masalah kau sampai menjejaskan emosi orang sekeliling kau jugak. Kau pernah bahan husband aku dikala husband aku takde mood, but still.......... husband aku boleh bergelak ketawa dengan kau, sebab taknak bawak masalah depan orang ramai.

Maaf la ye, aku betul-betul menyampah sikap orang tarik muka macam kita ada buat salah dengan dia.

3 comments:

  1. menyakitkan hati sungguh tapi apa nak buat...sabau jerlah =)

    ReplyDelete
  2. Moody jangan babitkan orang lain

    ReplyDelete
  3. Kena belajar be profesional la kan! =D

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.