Header Ads


August 10, 2016

Best Friend Forever Yang Tidak Forever


Assalamualaikum wbt. Korang ada BFF ? Best Friend Forever la katanya. Sebenarnya dulu ada je orang declare aku as BFF. Yela, bebudak kan? Apa sajalah yang dianggap dengan perkataan BFF tu?

In the end, aku bukanlah BFF sesiapa dan tiada sesiapa anggap aku BFF sebenarnya. Haha! Kecuali suami aku, dan adik2 aku --- mungkin.

Aku takdelah kisah sangat pasal BFF ni. Bagi aku lantaklah siapa nak kawan dengan aku ataupun tidak. Siapa yang bebetul concern dengan aku atau tidak. Cuma bila aku cakap aku ni takde kawan, ramai cakap sebenarnya aku ada. Tapi orang lain2 tu bz dengan hal masing2.

Well, seolah aku berharap hari2 orang concern pasal aku. Tak perlu pun semua tu. Cukup ada ketika aku memerlukan. Hmm, orang itu tetap suami aku. Kekadang aku rasa aku yang beria dengan orang yang pernah anggap aku BFF ni. Sampai satu tahap aku ra --- haihhhhhhhhhhhh tak perlulah nak BER-BFF sangat.

Apsal aku cerita semua ni? Sebab aku jeles tengok 3 ORANG UNCLE NI BUAT SESUATU YANG SWEET KAT KAWAN BAIK MEREKA [KLIK]. Aku rasa syahdu sangat. Teringin sangat nak kawan2 zaman kecil dulu bersama aku sampai sekarang. Tapi hakikatnya................. sobs...

3 comments:

  1. sama laa dah lama tak ada BFF.. kiranya tak ada laa kawan nak kongsi rahsia bagai.. buat hal sendiri jer..

    ReplyDelete
  2. dapat jumpan kawan time susah walau seorang pun dah rasa happy dah =)

    ReplyDelete
  3. XDE BFF ... AKU JENIS KURANG BERKAWAN DGN ORG ... TAK RETI NK BERKAWAN SGT ... AKU BYK SPEND TIME NGAN KELUARGA SBB TU WAKTU BUJANG ORG TAK BERAPA SUKA KAWAN DENGAN AKU ... SBB AKU TAK MAU KELUAR DGN DEPA

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.