Bersedekah Tidak Akan Rugi - Monolog Aku Cuma Di Kiri

August 26, 2016

Bersedekah Tidak Akan Rugi

Assalamualaikum wbt.

Cepat betul dah sampai Jumaat. Waktu berlalu laju. Aku masih disini, mencari-cari sebuah rezeki. Begitu juga tuan suami. Kami memang payah nak dapatkan steady job memandangkan keadaan masing-masing pun tidak mengizinkan.

Hampir putus asa, tapi kami bangun kembali. Aku rasa tak kuat dah tapi tetap jugak kuatkan semangat untuk teruskan hidup. Mana boleh lemah ! Banyak lagi yang aku tidak rasa di dunia yang makin usang ni.

Selesai mukadimah, aku nak cerita mengenai sedekah.

Aku teringin kisah dimana aku marahkan tuan suami sebab rajin sangat nak bersedekah walaupun duit cukup-cukup makan. Sebenarnya ada lebih, tapi kadang-kadang aku ni lupa diri sikit. Makan nak bermewah-mewah je. Memilih makan katanya... nasi dengan telur + kicap tak lalu makan. Sanggup berlapar. Tapi kalau roti makan dengan telur + kicap selera pulak makan.

So, bila dah marah tuan suami tu, tuan suami senyum je. 
Lepas tu dia cakap ----- takpelah, tak salah berkongsi rezeki.

Ok, fine.

Bukan aku sengaja marah, tapi banyak kali terkena bila orang yang minta sedekah tu menipu. Depan-depan tunjuk teraniaya sangat, takde tangan la semua. Belakang-belakang elok je normal ada tangan!

Memang aku susah nak percaya perkara depan mata ni bila asyik terkena je. Tapi, disebabkan tuan suami tak berat tangan untuk membantu, alhamdulillah... rezeki kami sentiasa ada walaupun takdelah capai 3 angka pun. Apa yang boleh aku katakan, rezeki kami tidak pernah putus disaat kami berkira-kira duit sampai akhir bulan.

Hmm... oklah... melalut sangat aku ni. Sebenarnya kan, aku nampak Boni post pasal derma kat rakyat Syria ni. So terniatlah bagi sesiapa yang baik hati nak menderma, silakanlah menderma. Kesian diorang kat sana tak cukup makan, dengan bom sana-sini. Tapi semangat mereka tetap kuat.


Bantuan Buat Rakyat Syria
===================

Alamat: (SYRIA CARE OFFICE)

No 43, Jalan Bola Jaring 13/15, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Kami mempunyai tabung khas untuk Syria :-

Syria Care.
AKAUN CIMB BANK ( Syria Care)
No. Akaun : 8601 89 4560
Swift Code : CIBBMYKL

AKAUN MAYBANK (Syria Care) :
No. Akaun : 5621 0665 3575

Sama-samalah kita ringankan beban kepada mereka yang memerlukan.

Sekian.

2 comments:

  1. inshaaalah.....semoga ayunie sentiasa dimurahkan rezeki

    ReplyDelete
  2. salam..
    yaya dtg lawat ptg kat sini..
    terima kasih info..InsyaAllah. =)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.