Bahana Pakai Subang Skrew - Tunsha Ayunie Punya Belog

August 07, 2016

Bahana Pakai Subang Skrew

-Gambar sekadar hiasan-

Assalamualaikum wbt. Sengaja je aku nak share kejadian baru2 ni. Actually, aku bukanlah muslimah bertudung seperti dalam gambar. Aku seorang yang berjiwa rebel sebenarnya. Cuma berusaha untuk jadi lebih baik. Walaupun tidak sepenuhnya, jauh sangat lagi.

Telinga aku ni, banyak gila lubang untuk diletakkan subang. Dulu zaman muda memang itulah habit aku, bertindik sampai kena bebel kaw2 dengan mama. Since ada hari tu aku bosan dengan diri aku, aku start arr pakai subang penuh satu telinga balik. 

Nak jadi satu cerita, tetiba telinga aku bahagian tulang tu macam bengkak. Tak bernanah pun, cuma bengkak merah. Mungkin sebab dah lama tak letak subang di situ.


Area situ aku memang suka pakai subang skrew. Senang. Sebab takde arr asyik hilang je bontot subang tu kan? So bila telinga dah membengkak tu, mulalah nak tanggal balik subang tersebut. Yang lain semua ok cuma satu part tu --------------- susah gila nak bukak subang skrew ni ! Seriously aku jadi kemurungan. Mintak tolong tuan suami pun still tak boleh bukak.

Selama 3 hari berperang dengan telinga sendiri sampai aku mintak playar je dengan tuan suami. Pun tak boleh bukak. Tapi aku tak putus asa, cuba punya cuba, pukul 2 pagi hari Ahad baru settle!

--------- Dan tetiba juga aku rasa insaf nak sarung balik subang tu. Haahahhahaha !

Oh ya, terima kasih sudi baca cerita tak penting aku ni. Maklumlah takde bahan. So in case ada sesiapa kejadiannya seperti aku, silakanlah guna playar ye !

2 comments:

  1. adoi !!! ngeri nyer aida membaca...
    aida punyer lubang subang da bertahun kambus.

    ReplyDelete
  2. dulu penah tindik kat atas. pastu bukak kejap je terus tersumbat. malas nak tindik balik. tinggal kat bawah je tu pun malas nak pakai subang semenjak ada anak berderet ni hhehehhe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.