Header Ads

Arwah Noor Amila Edrus Ditemui Dalam Keadaan Tidak Sempurna, Kakak Mohon Supaya Hentikan Spekulasi

Assalamualaikum wbt. Disebabkan aku sakit-sakit kebelakangan ni, campur dengan cuaca panas tak menentu, aku sekadar baca kisah arwah Amila Edrus ni tanpa alert sangat kisahnya sehinggalah arwah ditemui dalam keadaan menyayat hati.

Arwah Noor Amila Edrus dilaporkan hilang Khamis lalu (11 Ogos 2016) di surau ketika solat Magrib, diyakini telah diculik, sehinggalah arwah ditemui mati di kawasan semak dipercayai dibunuh. Suspek juga dipercayai ada pertalian darah dengan keluarganya, mungkin motif dendam.


Apa yang aku terkilan adalah spekulasi rakyat Malaysia yang gigih membuat kenyataan dimana kononnya arwah Edrus ditemui dalam keadaan tidak sempurna (kepala & badan terpisah). Sebelum ni kes budak hanyut di Taman Tasik Ampang pun mereka buat spekulasi yang sama.

Cukup-cukuplah dengan spekulasi yang akan buat keluarga mangsa menjadi lebih sedih. Bagaimana jika keadaan itu terjadi pada kita? Adakah kita akan seronok sedangkan perkara itu tidak berlaku? Andai betul pun berlaku, sepatutnya jagalah aib arwah, dan perasaan keluarga mangsa.

Kepada suspek, supaya dapat hukuman yang setimpalnya. Agak bodoh jika berdendam dengan keluarga tapi melibatkan anak kecil yang tidak berdosa.

Innalillahwainailaihirojiun. Anak syurga, moga dapat menarik keluarga bersama dengannya. 
Sekian.

1 comment:

  1. SEDIHNYA INNALILLAH SALAM TAKZIAH KPD KELUARGA MANGSA

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.