8/1/16 - DARI JARI NOVELLA

August 31, 2016

Sejarah Seorang Sybil Kathigasu, Jururawat Yang Terseksa Hidupnya

12:45 PM 1
Sejarah Seorang Sybil Kathigasu, Jururawat Yang Terseksa Hidupnya
Sejarah tentang Sybil Kathigasu ni tak ramai pun orang tahu. Even haritu masa aku tengok cerita ni kat rumah Mama, Ain si adik ipar aku pun tanya aku kenapa orang tak expose pasal kisah Sybil Kathigasu ni. Entahlah, aku tak ada jawapan.



BIODATA SYBIL KATHIGASU
Sybil Kathigasu - Beliau merupakan seorang Katolik dan vegetarian juga pejuang yang telah menyelamatkan ramai nyawa khususnya kaum Cina semasa Pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Masa tu, Masyarakat Cina di Malaysia menganggap beliau seorang yang berhati mulia.

Lahirnya Sybil Kathigasu sebagai Sybil Medan Daly pada 3 September 1899 di Medan, Sumatera, Indonesia. Bapanya Joseph Daly, seorang peladang berketurunan Ireland-Serani(Eurasian) dan ibunya Beatrice Matilda Daly nee Martin, seorang bidan berketurunan Perancis-Serani(Eurasian). Nama tengah beliau sempena mengingati bandar kelahiran beliau, Medan.

Sybil membesar di Tanah Melayu. Beliau mendapat latihan sebagai seorang jururawat dan bidan di Singapura ketika berumur 21 tahun. Kemudian beliau berkahwin dengan Dr.Abdon Clement Kathigasu, seorang doktor berketurunan Tamil Cylon (Cylon-Sri Lanka) pada 7 Januari 1919 di Gereja St.John, Bukit Nanas, Kuala Lumpur.

Dikurniakan 3 orang anak kandung dan seorang anak angkat - William Pillay (anak angkat), Micheal Kathigasu (meninggal dunia selepas 19 jam dilahirkan), Olga Kathigasu dan Dawn Kathigasu. 

Sybil dan suaminya mengendalikan sebuah klinik di Brewster Road (sekarang dikenali sebagai Jalan Sultan Idris Shah), Ipoh, Perak selama 15 tahun. 

SEJARAH SYBIL SEBELUM TERSEKSA
Satu ketika, apabila Tanah Melayu dijajah oleh Jepun pada tahun 1942, mereka terpaksa bersembunyi dan berpindah ke Pekan Papan, Perak kira-kira 20km di barat bandar Ipoh. Bandar ni ramai penduduk Cina yang bekerja sebagai pelombong dan peniaga.

Tentera Jepun memburu penduduk Cina dan membunuh mereka lanjutan sejarah panjang di China. Mereka dikerah membina jambatan dan Landasan Keretapi Maut di sempadan Thailand-Myanmar. 

Sybil dan suaminya mula memberikan bantuan perubatan dan maklumat kepada gerakan bawah tanah melalui rumah kedai Kathigasu di Pekan Papan, Perak. Mereka kemudian membuka semula klinik rahsia dan ramai pesakit antaranya Tentera Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) yang mendapatkan rawatan disitu. Ketika itu seramai 6000 pejuang gerila MPAJA menentang tentera Jepun. Ketika itu juga Sekolah St Micheal telah menjadi ibu pejabat polis tentera Jepun. Ramai pemimpin Cina yang telah dipancung tanpa belas.

Gambar hiasan - Lakonan semula dalam filem Sybil Kathigasu....Apa Dosaku?

KISAH DUKA SYBIL KATHIGASU SEMASA DITANGKAP TENTERA JEPUN
Sybil Kathigasu dan suaminya telah ditangkap oleh tentera Jepun dan diseksa apabila kegiatan mereka membantu gerila anti-Jepun terbongkar.  Kukunya dicabut dan jarum ditusuk di bawah kukunya. Kaki melecur kerana besi panas, dipukul dengan batang buluh dan siksaan rawatan air.

Tulang belakangnya rosak, tulang patah dan rahang patah. Beliau disoal siasat kerana membantu gerila anti-Jepun dan menyimpan radio. Radio itu digunakan untuk mendapatkan maklumat dan rahsia semasa daripada radio BBC.

Kemudian beliau disumbat ke Penjara Baru Gajah pada 1943 setelah Kempetai Jepun memberi maklumat mengenai peranan beliau. Beliau terselamat dari perang. Perang Dunia Kedua berakhir pada Ogos 1945. Selepas tiga minggu, Kapten David iaitu tentera British datang semula ke Tanah Melayu dan menemui Sybil di Penjara Batu Gajah. Sybil dibebaskan dan dibawa semula ke Papan dan dihantar segera ke England dengan kapal terbang untuk menerima rawatan.

SYBIL KATHIGASU MENINGGAL DUNIA
Beliau meninggal dunia pada usia 49 tahun pada 4 Jun 1948 di Hospital Lanark, Scotland, Britain akibat Septicaemia disebabkan oleh luka lama pada rahang, akibat sepakan but Yoshimura, orang yang menyeksa beliau. Glasgow City Medical Center telah melakukan bedah siasat terhadap mayat beliau dan mendapati organ-organ dalamannya rosak teruk. 

Jenazah beliau dikebumikan di tanah perkuburan Lanark dan kemudian pada tahun 1949, jenazah beliau dibawa kembali ke Ipoh dan disemadikan di perkuburan Roman Katolik bersebelahan Gereja St Micheal yang berdekatan dengan Main Convent of Holy infant Jesus (dikenali SMK COnvent sekarang), di Brewster Road.


ANUGERAH
Sebelum meninggal dunia, beliau menerima Pingat King George IV di Istana Buckingham pada Jun 1948 kerana jasa-jasanya. Hingga setakat ini, tidak ada wanita di Malaysia yang memberi perkhidmatan perubatan dan kesihatan sepertinya. Hari ini, rumah kedai di 74, Jalan Utama, Papan, berfungsi sebagai Rumah Peringatan Sybil berhampiran Rumah Raja Bilah.

Sybil adalah wanita Tanah Melayu yang pertama dianugerahkan Pingat George oleh King George VI England, ianya merupakan satu pengiktirafan keberanian orang awam dalam menghadapi tindakan musuh.


DOKUMENTARI
Kisah hidupnya diabadikan dalam siri drama dokumentari 'Suatu Ketika : Sybil..... Apa Dosaku?' berdasarkan memoir No Dram of Mercy yang terbit pada 1954. Watak Sybil Kathigasu dalam drama ini telah dilakonkan oleh Elaine Daly, cucu beliau sendiri. Diarahkan oleh Bernard Chauly dan telah menerima anugerah pada tahun 2010.
.
.
.
Bila tengok cerita ni, betapa sedih dan sebaknya tengok perjuangan seorang wanita demi menyelamatkan orang sekelilingnya. Dia sanggup diseksa demi menegakkan keadilan. Rest in peace, Sybil Medan Daly @ Sybil Kathigasu.

Salam Kemerdekaan Ke-59. Semoga hati pemimpin terbuka dan menjadi seorang yang dikagumi oleh rakyat jelata. Amin.

Sekian.

August 30, 2016

KUTUK & MENANG HADIAH BERSAMA LEKATLEKIT.COM

9:10 PM 6
KUTUK & MENANG HADIAH BERSAMA LEKATLEKIT.COM
Assalamualaikum wbt.

Aku nak tergelak pun ada dengan nama tajuk Giveaway anjuran +Suria Lekatlekit  ni. Tapi memang lain dari yang lain konsep giveaway dia. So korang bolehlah bersikap jujur dengan akak lahar sorang ni hokeh? 

Nak join klik aje tembok kat atas ni ~


Komen tentang LekatLekit @ Owner LekatLekit : Aku suka baca blog LekatLekit tapi kebanyakkannya as silent reader la sebab kekadang jari malas nak komen. Aku tak berapa nak suka owner blog ni iaitu Suria sebab dia lahar sangat sampai tersentap hati aku yang sayur ini. Apapun, aku sentiasa jadikan dia sebagai inspirasi especially dalam blogging ni. Walaupun Kak Suria tahu aku tak berapa suka dia, tapi dia tetap tolong aku. So walaupun aku tak suka dia, tapi aku tetap sayang dan hargai atas segala ilmu yang beliau kongsikan.

Aku nak hadiah apa? : Dengan megahnya aku nak hadiah dari penganjur sendiri iaitu Ronasutra Face Wash sebab aku dah lama mengidam nak guna produk Ronasutra sebab Kak Suria asyik update pasal Ronasutra je. Aku suka tiru dia.. Dia pakai Bio Essence pun aku try Bio Essence gak. Haha ! Takde identiti betul aku ni.

Ok, semoga aku menang. Kbai.

Kau Tak Pakai Tudung, Kau Kafir !

5:06 PM 2
Kau Tak Pakai Tudung, Kau Kafir !
Assalamualaikum wbt.

KAU TAK PAKAI TUDUNG, KAU KAFIR ! Aku sangat tak faham dengan konsep dan mentaliti masyarakat kita yang mengajar anak seperti itu. Seolah sesiapa saja di dunia ini yang freehair, maka mereka adalah KAFIR.

Kafir = Tidak beragama.

In fact aku tak suka judge orang beragama lain sebagai kafir. Mereka ada kepercayaan masing-masing yang wajar kita hormati.


Berbalik kepada tudung. Ada seorang budak perempuan berumur 8 tahun, balik sekolah terus muka dia moody. Bila disoal, katanya kawan-kawan dia panggil dia kafir sebab dia tak pakai tudung. Lepas tu cakap dia takde agama. Of coz la budak perempuan tu defend diri sendiri, dia cakap dia ada agama dan dia orang Islam, tetapi kawannya sindir dia  --- ❝ Ayah aku orang kafir saja yang tak pakai tudung.. ❞ ..

Hmm... speechless.

Ginilah ye. Tak salah nak ajar anak-anak bertudung, tapi jangan sampai kaitkan kafir dalam hal seperti ini. Yahudi pun ada yang pakai tudung tau ! So macam mana pulak? Adakah perkara sebegitu patut kita ajar pada kanak-kanak?

Memetik dari statement Dr.Maza ,

❝..Menuduh orang lain dengan tuduhan kafir atau sesat adalah dosa yang besar. Jika kita tahu bahawa seseorang tidak kafir atau sesat atau fasik, tetapi kita sengaja menuduh imannya yang sah itu sebagai kafir atau sesat, atau menuduh dirinya yang tidak fasik itu sebagai fasik, maka tuduhan itu kembali kepada yang menuduh.❞

=================================

Sabda Nabi SAW :

❝..Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)❞. 

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

===================================

Sekian.

August 27, 2016

Inilah Rupa Kembar Datuk Lee Chong Wei !

6:42 AM 4
Inilah Rupa Kembar Datuk Lee Chong Wei !
Sesungguhnya di dunia ini ada 7 kembar yang seiras. Kekadang tu rasanya lebih kot. Macam aku kat hospital ni, ada je staff nurse cakap muka aku dengan sekian & sekian. Sama macam pengidap down syndrome ataupun asperger. Mereka pun ada banyak rupa yang sama.

Ok ok, aku bukan nak cerita pasal penyakit. Aku cuma baru tahu Datuk Lee Chong Wei ada kembar versi perempuan. Bukan iras dah tapi dah macam Datuk Lee Chong Wei pakai tudung. Betul-betul fotostat !


Gadis yang dikenali dengan nama Ika itu pernah menjadi bualan netizen sebelum 2013 lagi. Tapi dia makin popular dan viral lepas Datuk Lee Chong Wei memenangi pingat perak baru-baru ni. Bila Datuk Lee Chong Wei ditanya sudi tak beraksi dengan kembarnya itu, dia akui.... dia sudi !

Kalau Datuk Lee Chong Wei sudi, Ika apatah lagi kan? Mesti best tengok gandingan mereka berdua! Iolssss tak sabar!

Cheers. 

August 26, 2016

Remaja Lelaki Berumur 18 Tahun Berkahwin Dengan Wanita Berumur 42 Tahun !

8:49 PM 3
Remaja Lelaki Berumur 18 Tahun Berkahwin Dengan Wanita Berumur 42 Tahun !

Khabarnya berlaku di Kuala Penyu, Sabah. Seorang remaja lelaki berumur 18 tahun telah bernikah dengan seorang wanita berumur 42 tahun. Well, seperti yang kita andaikan, mereka mendapat sindiran dan umpatan daripada netizen. Ramai yang memerli.

Bagi aku, normal kot. Sedangkan Rasulullah SAW berkahwin dengan Saidatina Siti Khadijah r.a pun umur baginda muda sangat lagi. Dah itu ketentuan Allah SWT ... kan?

Pada yang mengecam, selamat menghitung dosa. Kepada pengantin, Selamat Pengantin Baru. Semoga kekal hingga ke akhir hayat, insyaAllah :)

Selepas Raja Langkasuka, Lelaki Ini Mengaku Sebagai Nabi Isa

5:28 PM 1
Selepas Raja Langkasuka, Lelaki Ini Mengaku Sebagai Nabi Isa

In case la kalau korang masih ingat kisah si Raja Langkasuka yang dikatakan mabuk ketum ni. Sebelum ni kecoh dan viral kisah seorang lelaki yang mengaku diri sebagai Sultan Kedah laa.. Raja Langkasuka la.. Lepas tu orang asyik troll gambar mamat ni sampai aku pun naik bosan tengok muka dia.

Lepas tu, senyap.

Tiba-tiba kisah mamat ni panas balik sebab dia kena tangkap polis. Apsal plak kena tangkap? Haha ! Kali ni dia mengaku diri dia Nabi Isa pulak dah uolssss... Kesian pun ada jugak sebenarnya, isim sangat mamat ni, perlu dirawat !



Dia yang memandu kereta jenis Kia Sportage mula-mula ditahan sebab nombor plat yang menyalahi undang-undang. Tapi lepas kena tahan tu, dia keluarkan ayat provokasi dan mengancam polis serta mengaku dirinya Nabi Isa.

Bukan tu je, dia kata nak bunuh Perdana Menteri Malaysia, Daruk Seri Najib Razak dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sekiranya berjaya mengambil alih negara kerajaan.

Aduhhhh... makin ramai yang isim sekarang ni. Guys, kalau nak menuntut ilmu biarlah niat yang betul. Kalau rasa nak tuntut ilmu sebab nak lebih dari orang lain, inilah padahnya.

Cheers.

Bersedekah Tidak Akan Rugi

10:12 AM 2
Bersedekah Tidak Akan Rugi
Assalamualaikum wbt.

Cepat betul dah sampai Jumaat. Waktu berlalu laju. Aku masih disini, mencari-cari sebuah rezeki. Begitu juga tuan suami. Kami memang payah nak dapatkan steady job memandangkan keadaan masing-masing pun tidak mengizinkan.

Hampir putus asa, tapi kami bangun kembali. Aku rasa tak kuat dah tapi tetap jugak kuatkan semangat untuk teruskan hidup. Mana boleh lemah ! Banyak lagi yang aku tidak rasa di dunia yang makin usang ni.

Selesai mukadimah, aku nak cerita mengenai sedekah.

Aku teringin kisah dimana aku marahkan tuan suami sebab rajin sangat nak bersedekah walaupun duit cukup-cukup makan. Sebenarnya ada lebih, tapi kadang-kadang aku ni lupa diri sikit. Makan nak bermewah-mewah je. Memilih makan katanya... nasi dengan telur + kicap tak lalu makan. Sanggup berlapar. Tapi kalau roti makan dengan telur + kicap selera pulak makan.

So, bila dah marah tuan suami tu, tuan suami senyum je. 
Lepas tu dia cakap ----- takpelah, tak salah berkongsi rezeki.

Ok, fine.

Bukan aku sengaja marah, tapi banyak kali terkena bila orang yang minta sedekah tu menipu. Depan-depan tunjuk teraniaya sangat, takde tangan la semua. Belakang-belakang elok je normal ada tangan!

Memang aku susah nak percaya perkara depan mata ni bila asyik terkena je. Tapi, disebabkan tuan suami tak berat tangan untuk membantu, alhamdulillah... rezeki kami sentiasa ada walaupun takdelah capai 3 angka pun. Apa yang boleh aku katakan, rezeki kami tidak pernah putus disaat kami berkira-kira duit sampai akhir bulan.

Hmm... oklah... melalut sangat aku ni. Sebenarnya kan, aku nampak Boni post pasal derma kat rakyat Syria ni. So terniatlah bagi sesiapa yang baik hati nak menderma, silakanlah menderma. Kesian diorang kat sana tak cukup makan, dengan bom sana-sini. Tapi semangat mereka tetap kuat.


Bantuan Buat Rakyat Syria
===================

Alamat: (SYRIA CARE OFFICE)

No 43, Jalan Bola Jaring 13/15, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Kami mempunyai tabung khas untuk Syria :-

Syria Care.
AKAUN CIMB BANK ( Syria Care)
No. Akaun : 8601 89 4560
Swift Code : CIBBMYKL

AKAUN MAYBANK (Syria Care) :
No. Akaun : 5621 0665 3575

Sama-samalah kita ringankan beban kepada mereka yang memerlukan.

Sekian.

August 25, 2016

RESEPI : Kulit Ayam Goreng Bersama Sos Salad Telur Masin

3:02 PM 5
RESEPI : Kulit Ayam Goreng Bersama Sos Salad Telur Masin
Pernah makan kulit ayam goreng? Kalau ayam tu dah goreng lepas tu ratah kulit tu memang biasa. Tapi aku tak pernah makan kulit ayam goreng semata-mata. Hahhaa tetiba macam pening baca ayat sendiri.

Oklah, terjumpa resepi ni. Nampak menarik. Kalau share kat Facebook comfirm hilang so aku share kat dalam blog, senang. Sesiapa nak cuba silakanlah cuba ye. Kalau sedap bagitahu la hakakkkk.. Sini kalau nak cari kulit ayam gamaknya kena pi pasar borong baru dapat banyak. Lepas tu lupa nak bagitahu yang snek ini mengandungi high of cholesterol !

Sesiapa yang tahap kolestrol agak maksimum tu tidak digalakkan mencuba resepi ini. Hokeyyy?


RESEPI KULIT AYAM GORENG BERSAMA SOS SALAD TELUR MASIN
Bahan-bahan :
Kulit ayam secukupnya
Air secukupnya
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil lada hitam

Cara-cara :
Rebus kulit ayam dalam air rebusan yang dicampur dengan garam dan lada hitam. Selepas itu tos/keringkan, kemudian simpan dalam peti ais selama 4 jam. Selepas itu, gorengkan kulit ayam tadi.

Bahan-bahan (sos) :
2 biji telur masin - ambil kuning sahaja & hancurkan
2 sudu besar mentega
2 ulas bawang putih - cincang
1 biji cili padi - hiris halus
beberapa helai daun kari
80ml susu cair (lebih kurang semangkuk)

Cara-cara :
Cairkan mentega dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari. Kemudian masukkan telur masin dan gaul. Selepas itu masukkan susu cair. Biar pekat dan masukkan secubit garam.Angkat dan kisarkan bahan-bahan tadi. Sedia untuk dihidangkan dengan kulit ayam.

Tetiba la pulak rasa nak minta mama belikan kulit ayam..... macam menarik perhatian je gambar kulit ayam tu kan kan kan?

[TAHNIAH] Misha Omar Melahirkan Anak Lelaki

12:14 PM 0
[TAHNIAH] Misha Omar Melahirkan Anak Lelaki

Penyanyi yang suka bagi flying kick waktu nyanyi iaitu Misha Omar telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.05 kg secara normal di Hospital Canselor Tunku Muhriz, Cheras.

Sebelum itu, difahamkan Misha mengalami pendarahan selepas menjalani penggambaran muzik video terbarunya. Apapun aku sedikit simpati sebab anak Misha dilahirkan pra-matang. So fokus Misha lebih kepada anaknya sekarang. Nama baby masih belum diberi. 

Misha dan Firroz telah diijabkabulkan pada 2 Mei 2014 di Kota Bharu, Kelantan. Sebelum ini, pasangan itu memiliki dua anak angkat iaitu Muhammad Adam Emir, 10, dan Humaira Lateefa, 4.

Semoga baby boy sihat walafiat hendaknya. Amin! Tahniah Misha dan suami :)

Mengajar Anak Supaya Melindungi Diri Sendiri

10:00 AM 2
Mengajar Anak Supaya Melindungi Diri Sendiri

Mengajar Anak Supaya Melindungi Diri Sendiri | Aku tak ada anak. Tapi aku ada adik perempuan dan kerisauan aku terhadap dia lebih dari anak sendiri. *eh?* . Ok gurau. Aku memang sayangkan adik perempuan aku tu sebab dia jela adik perempuan yang aku ada.

Zaman sekarang adalah zaman yang tidak selamat. Kes penculikan dan pencabulan agak bersepah dan semakin menjadi-jadi di negara kita ni.  Contoh kes arwah Noor Amila Edrus, abang ipar dia sendiri suspek kepada pembunuhannya. Keluarga mangsa bagitau media bahawa abang ipar dia ni cemburukan mangsa. Ok, tutup kisah arwah.

Berbalik pula pada cerita pencabulan. Kisah terbaru melibatkan seorang pelajar perempuan yang didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali, mengajaknya ke bilik stor.  Kanak-kanak tersebut juga dipercayai dicabul oleh lelaki berkenaan.

Apa yang aku boleh kongsi, adalah dengan mengajar anak-anak cara melindungi diri contohnya :

● Ajar mereka untuk menjadi "private part" mereka, bagitahu jangan bagi sesiapa sentuh. Sesiapa pun jangan termasuk saudara mara sendiri. Kalau sesiapa sentuh, bagitahu. Kalau diorang tanya kenapa, cakap je Tuhan marah. Ajar dari mereka kecik.

● Daftarkan mereka dalam kelas pertahanan diri contohnya silat. taekwando, kungfu dan sebagainya.

● Jangan suka2 ikut orang yang tak kenal. Evendo jangan percaya pada keluarga terdekat jugak. Buat mereka percaya pada anda je.

.... dan mungkin anda boleh share langkah mencegah yang lain?

Aku memang galakkan adik perempuan aku masuk kelas seni pertahankan diri, sebab orang sekeliling sekarang tidak mudah dipercayai. Ajal itu dimana-mana, jenayah juga dimana-mana. Tetapi kita boleh mencegah atau ikhtiar supaya perkara itu boleh dielakkan.

Semoga perkongsian yang sedikit ini memberi manfaat. Sekian.

Ubat Gigi Di Pinggan Sama Seperti Kata-Kata Yang Keluar Dari Mulut

6:57 AM 1
Ubat Gigi Di Pinggan Sama Seperti Kata-Kata Yang Keluar Dari Mulut

Seorang wanita bernama Amy Beth Gardner, telah membuat satu dunia kagum dengan kebijaksanaannya mengajar anaknya untuk menjaga kata-kata. Kisahnya menjadi inspirasi dan ramai sangat post Amy di Facebook.


Anaknya Breonna, akan memulakan sesi persekolahan. Amy dan suaminya telah menghiasi bilik dan almari anak mereka dengan cantik. Mereka juga membeli uniform baru untuk anak mereka itu. Malam tu sebelum tidur, Amy membuat satu task kepada anaknya.



Amy memberikan satu tiub ubat gigi kepada anaknya dan menyuruh anaknya mengeluarkan semua ubat gigi itu dalam satu pinggan. Kemudian dia menyuruh anaknya memasukkan semula ubat gigi itu ke dalam tiub.

Anaknya mengomel dan berkata.. ❝..Tapi saya tak boleh! Kalau boleh pun belum tentu rupanya seperti yang sebelumnya❞ .. Amy biarkan saja dan selepas puas anaknya mengomel barulah Amy memulakan bicaranya..

❝.. Kamu akan ingat sepinggan ubat gigi ini sehingga akhir hayat kamu. Kata-kata kamu mempunyai satu kuasa sepanjang hidup dan mati kamu. Kamu akan memulakan persekolahan, kamu akan lihat betapa banyak perkataan yang kamu keluarkan. Kamu ada peluang untuk menggunakan kata-kata kamu untuk menyakiti, merendahkan, fitnah dan sebagainya. Kamu juga mempunyai peluang untuk menyembuhkan, menggalakkan, memberi inspirasi dan kasih sayang pada orang lain.


Sama seperti ubat gigi ini, sebaik saja kamu mengeluarkan kata-kata dari mulut kamu, kamu tidak boleh mengambilnya semula. Guna kata-kata kamu dengan berhati-hati.

Ketika orang lain menyalahgunakan kata-kata mereka, kamu boleh menjaga kata-kata kamu. Buatlah pilihan setiap pagi. Biarlah kamu dikenali dengan kasih sayang kamu. Kamu tidak akan menyesal memilih kebaikan..

Sangat memberi inspirasi terhadap dunia. Dengan hanya menggunakan ubat gigi, dia boleh buat anak-anak faham betapa tajamnya lidah dan kata-kata.

August 24, 2016

Kehidupan Tidak Sempurna, Belajarlah Erti Bersyukur

1:06 PM 6
Kehidupan Tidak Sempurna, Belajarlah Erti Bersyukur

Assalamualaikum wbt.

Setiap manusia tidak lari dari perasaan tak puas hati dengan apa yang mereka ada. Ini termasuk aku. Aku jarang bersyukur dengan kehidupan sendiri padahal aku dikelilingi oleh orang-orang yang menyayangi aku. Sesungguhnya nikmat yang Allah SWT bagi itu, aku dustakan.

Kadang-kadang kita terlupa yang kita mempunyai apa yang orang lain tak ada. Ada yang mengeluh bila tak dapat travel sana-sini, tapi rezeki anak ramai Allah bagi. Ada yang mengeluh tidak dikurniakan anak, tetapi rezeki untuk travel ke sana-sini, Allah bagi.

Aku pernah mengeluh disaat aku tidak mempunyai apa-apa. Hidup aku tidaklah gembira sangat macam orang lain. Aku seorang pesakit kronik, aku tak boleh travel, aku tak boleh ada anak, aku tak boleh minum air banyak, aku tak boleh makan ikut suka hati aku, tulang aku mereput walaupun aku baru berumur 26 tahun. nak minta kerja susah, orang pandang aku macam alien, orang layan aku sebagai double standard dan lain-lain.

Aku hanya dikelilingi orang yang menyayangi aku, itu saja.
Aku bersyukur.

Aku sedih bila tengok seorang manusia yang normal, tidak tahu bersyukur dengan apa yang dia ada. Readers, aku berharap kamu bersyukur kerana dilahirkan normal dan mempunyai apa yang aku tiada.

Sekian.

August 23, 2016

Malaysia Airlines (MAS) Menawarkan Tambang Penerbangan Serendah RM999 Sehala Ke London

10:43 PM 1
Malaysia Airlines (MAS) Menawarkan Tambang Penerbangan Serendah RM999 Sehala Ke London

Bermula tengah malam tadi, Malaysia Airlines (MAS) telah menawarkan penerbangan serendah RM999 sehala bagi kelas ekonomi. Tawaran tersebut bermula pada 23 Ogos 2016 hingga tengah malam (25 Ogos 2016).

Tawaran ini didatangkan tanpa caj tersembunyi, makanan percuma, peruntukan bagasi seberat 30kg dan tiada caj tambahan bagi bayaran kad kredit.


Harga promosi ini adalah untuk penerbangan bermula 2 September 2016 hingga 8 March 2017, dengan tambang KL-London dari RM999 sehala, Perth dari RM379 sehala, Jeddah RM199 sehala dan Hong Kong dari RM 339 sehala.

MAS juga menawarkan harga yang menarik bagi penerbangan dari Kota Kinabalu ke Shanghai dari RM279 sehala dan Tokyo dari RM499 sehala. Destinasi domestik pula ditawarkan dari RM99 sehala.

Sobssss... Kalaulahhhhh hakakkkk berduittt.. dan SIHAT ! Teringin sangat2 nak travel tau!

Pendarahan Selepas Hemodialisis

10:00 PM 5
Pendarahan Selepas Hemodialisis

Kadangkala emosi dengan diri sendiri. Dulu tubuh aku normal, walaupun perut bertebuk sana sini, tapi takdela kelihatan sangat in fact sebab dalam baju kan? Bila tangan aku jadi macam ni, ada jugak doktor sindir-sindir aku, --- "Dia nak suruh awak pakai pakaian tertutup laa tu.." .. Adakala aku nak je maki doktor ni, dia sedang bercakap dengan member dia atau pesakit?

Back to basic.

Tadi aku dialisis. Dialisis macam biasa, dah nama pun rutin kan?  Lepas dialisis kenalah cabut jarum, sekali plaster melekat kat jarum, staff nurse tertarik plaster tu dengan jarum2 sekali tercabut, dan terpancut terus darah aku. Banyak pulak tu ! Tapi aku tak salahkan staff nurse. Pressure kat fistula aku ni adakala memang terlalu kuat.

By the way, aku update pasal tangan aku ni. Ramai yang mendoakan dan berikan kata2 positif. Terima kasih banyak2 :')

Photo Bogel Dayah

2:23 PM 1
Photo Bogel Dayah
Uishhhh... tajuk kemain !

Siapa si Dayah ni? Penari bogel? Pelakon bogel? atau apakah? Aku tetiba rasa takut pulak tengok perkataan ni bermain-main dalam keyword beberapa minggu ni.


Sejak dari hari aku perasan keyword ni, aku mula tertanya-tanya siapakah gerangan si Dayah ni. Tiba-tiba pulak melekat pasal Dayah Bogel kat dalam blog aku. Haishhhhhhhhhhh! Oh ya, blog hakakkkk bukan blog lucah ya! Siapalah kan gerangan insan yang tak habis-habis cari gambar si Dayah yang sedang berbogel ni? Tak baik tau !

August 20, 2016

RESEPI : Mint Sauce @ Sos Daun Pudina Untuk Kambing Panggang

3:24 PM 1
RESEPI : Mint Sauce @ Sos Daun Pudina Untuk Kambing Panggang
Siapa pernah makan kambing bakar pasti suka bila makan dengan mint sauce. Aku tak suka makan dengan blackpepper sauce sebab tekak aku rasa agak muak. Mint sauce pulak ada rasa sitrus yang boleh buat tekak aku neutral balik dari lemak-lemak kambing tu.

Ini kali pertama aku buat sendiri mint sauce sebab mama buat lamb chop minggu lepas. Grill aje, then blackpepper sauce mama buat sendiri. Kami memang suka budaya homemade ni, dijamin bersih dan halal. Haha !


RESEPI MINT SAUCE @ SOS DAUN PUDINA
Bahan-bahannya
1 ikat daun pudina - dihiris halus
1 sudu kecil halia yang disagat
1/2 biji lemon - diambil jus
secubit garam
1 sb gula
air suam secukupnya

Cara-caranya
Satukan kesemua bahan, dan biarkan dalam peti sejuk. Boleh digunakan selepas 2 jam.

Gambar yang aku ambil, teksturnya agak kasar. Aku ambil setengah dari hirisan daun pudina & aku blend. Semoga resepi ni bermanfaat lah ye? Terima kasih.

August 19, 2016

Arwah Noor Amila Edrus Ditemui Dalam Keadaan Tidak Sempurna, Kakak Mohon Supaya Hentikan Spekulasi

11:31 PM 1
Arwah Noor Amila Edrus Ditemui Dalam Keadaan Tidak Sempurna, Kakak Mohon Supaya Hentikan Spekulasi
Assalamualaikum wbt. Disebabkan aku sakit-sakit kebelakangan ni, campur dengan cuaca panas tak menentu, aku sekadar baca kisah arwah Amila Edrus ni tanpa alert sangat kisahnya sehinggalah arwah ditemui dalam keadaan menyayat hati.

Arwah Noor Amila Edrus dilaporkan hilang Khamis lalu (11 Ogos 2016) di surau ketika solat Magrib, diyakini telah diculik, sehinggalah arwah ditemui mati di kawasan semak dipercayai dibunuh. Suspek juga dipercayai ada pertalian darah dengan keluarganya, mungkin motif dendam.


Apa yang aku terkilan adalah spekulasi rakyat Malaysia yang gigih membuat kenyataan dimana kononnya arwah Edrus ditemui dalam keadaan tidak sempurna (kepala & badan terpisah). Sebelum ni kes budak hanyut di Taman Tasik Ampang pun mereka buat spekulasi yang sama.

Cukup-cukuplah dengan spekulasi yang akan buat keluarga mangsa menjadi lebih sedih. Bagaimana jika keadaan itu terjadi pada kita? Adakah kita akan seronok sedangkan perkara itu tidak berlaku? Andai betul pun berlaku, sepatutnya jagalah aib arwah, dan perasaan keluarga mangsa.

Kepada suspek, supaya dapat hukuman yang setimpalnya. Agak bodoh jika berdendam dengan keluarga tapi melibatkan anak kecil yang tidak berdosa.

Innalillahwainailaihirojiun. Anak syurga, moga dapat menarik keluarga bersama dengannya. 
Sekian.

August 18, 2016

Geoduck Clam.... Si Siput Belalai Menyerupai Kemaluan Lelaki

2:38 PM 3
Geoduck Clam.... Si Siput Belalai Menyerupai Kemaluan Lelaki
Geoduck Clam.... Si Siput Belalai Menyerupai Kemaluan Lelaki. Allah SWT tidak menjadikan sesuatu perkara itu sia-sia sebenarnya. Di Facebook, kecoh orang berkongsi gambar sejenis siput yang menyerupai kemaluan lelaki. Ada yang geli, ada yang melucah dan sebagainya. Ada juga terpegun dengan ciptaan Maha Kuasa yang Maha Hebat !

Amat menyerupai lelaki 'punya' kan?

Siput ini adalah Geoduck Clam atau nama spesifiknya Panopea Generosa, atau dalam Bahasa Melayunya Siput Belalai, adalah sejenis spesis siput yang paling besar dan paling lama hidup di dalam lautan masin.

Geoduck Clam ini berasal dari pantai barat Amerika Utara. Cengkerangnya berukuran diantara 15cm dan panjangnya lebih kurang 20cm. Tahukah korang bahawa hayat hidup Geoduck Clam ni pernah direkodkan paling lama adalah 168 tahun ! Fuhhhhhh !

Dikalangan masyarakat Cina, ianya digelar "Kerang batang gajah".. Hihihi. Nama Geoduck berasal daripada perkataan gʷídəq, tetapi tidak pasti apa maksud "gʷíd". Tetapi apa yang pasti, "əq" bermaksud "kemaluan", merujuk kepada rupa siput tersebut. 


Bagaimana nak makan Geoduck Clam ini?
Geoduck Clam boleh dijadikan sashimi macam salmon dan sebagainya. Apa yang aku tengok dari Youtube, chef tersebut hanya merendamkan sebentar dalam air panas mendidih, cabut kulitnya (macam lelaki bersunat), kemudian isi Geoduck dibasuh dengan air garam seterusnya dihiris halus dan diperah lemon, selain ditabur sedikit garam.

Boleh kata harga Geoduck Clam ni agak mahal jugak kalau di Malaysia. Sekilo mencecah harga RM 1196.72 !! Gilaaaa kauuuu !!

Haha ! Tapi kebanyakan komen yang aku baca di Facebook, mereka tak sudi pun nak rasa siput ni oleh sebab rupanya sebegitu. Bagi aku, ianya ciptaan Allah SWT. walhal ada jugak buah atau sayuran menyerupai kemaluan kaum adam & hawa.

Kalau tanya aku, aku ingin mencubanya. Tapi itu mustahil la dengan harga dia yang macam tu kan? Oklah, terima kasih sudi baca ye.

RESEPI : TIMUN SUMBAT PEDAS ALA KOREA

11:47 AM 1
RESEPI : TIMUN SUMBAT PEDAS ALA KOREA
RESEPI : TIMUN SUMBAT PEDAS ALA KOREA - Mood dari semalam jadi kacau bilau lepas dapat surat saman TMnet. Entahlah, tak tahu nak mengamuk ke nak sedih ke apa. Tapi yang pasti aku agak stress jugak la bila dapat surat cinta tu. Dah berkurun lamanya, depa betul-betul cari aku sampai lubang cacing. Hahahhaa !

So untuk lepaskan stress ni, aku share la resepi yang boleh hilangkan stress. Wakakka ! Ok gurau, sebenarnya aku minat arr dengan timun ni, Aku nak buat takde geng nak makan. Korang boleh kurangkan kuantiti kalau nak. Macam biasa, aku ciplak resepi daripada Maangchi, tapi aku adjust sikit la..


RESEPI TIMUN SUMBAT PEDAS ALA KIMCHI
Bahan-bahannya :-
9-10 batang timun kecil
2 sb garam
1 cawan daun bawang
4 ulas bawang putih
1 cawan bawang merah
1 batang lobak merah - dipotong sebesar batang mancis
1/2 cawan chili flakes/serbuk chili
3 sb sos ikan
1 sb gula
1/4 cawan air
1 sb mnyak bijan



Cara-caranya :-
Basuh timun sehingga bersih. Buatkan poket. Belah timun kepada 4 potongan tanpa putus. (contoh dalam gambar). Kemudian perapkan dengan garam dan biarkan 10minit. Selepas 10 minit, bilas timun dengan air bersih dan toskan.

Satukan daun bawang, lobak merah, serbuk cili, sos ikan, gula dan minyak bijan dalam mangkuk. 

Kemudian sumbatkan bahan2 tadi ke dalam timun. Boleh terus dihidangkan. Kalau nak ada rasa jeruk2 sikit bolehlah dibiarkan dalam suhu bilik selama 2 hari. Sebaiknya dihidang ketika sejuk. Boleh simpan dalam peti sejuk ye.

Selamat mencuba!

August 17, 2016

Pulau Anak Patung Yang Menyeramkan Di Mexico City

9:50 PM 2
Pulau Anak Patung Yang Menyeramkan Di Mexico City

Kalau dalam filem seram, kebanyakan daripada prop yang digunakan adalah anak patung untuk menakutkan penonton. Adakala perkara seperti itu terbawa-bawa sampai ke realiti hidup kita ni kan?

Di satu pulau berdekatan Mexico City, ada satu pulau yang agak menyeramkan bila terdapat begitu anak patung yang menyerupai bayi yang digantung di pokok-pokok berdekatan pulau tersebut.

Pulau yang dinamakan La Isla Las Munecas ini mungkin antara perkara unik yang mungkin korang tak jumpa kat mana-mana pulau dah. Pulau ni terkenal dengan kepelikannya bila ada antara anak patung yang digantung tanpa mata atau kurang kaki dan tangan.






Kalau korang first time datang pulau ni, mesti akan rasa suatu perasaan seram especially bila datang tengah malam. 

Dikatakan sejarah pulau ini adalah pada suatu masa dulu, ada seorang lelaki bernama Don Julian Santana yang telah menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan bersama anak patung. Don Julian rasa panik dan takut serta risau andai hantu kanak-kanak tersebut muncul.

So dia nak lupakan ketakutan dia, dia gantung anak patung budak perempuan tadi. Tapi dia masih tak puas, maka dia cari segala macam jenis anak patung dan menggantungkannya pada ranting dan pokok.

Hal yang dikata agak menakutkan bila Don Julian akhirnya mati lemas di tempat yang sama dia menemui mayat budak perempuan tadi. Sejak itulah pulau itu dikatakan menjadi pulau yang seram dan misteri di Mexico.

Emm........ banyak benda seram berlaku sekeliling kita kan? Aku hari-hari berhadapan dengan keseraman sampai rasa lali dah.

Olimpik Rio 2016 : Tahniah ! Dato Lee Chong Wei Mara Ke Separuh Akhir

9:01 PM 1
Olimpik Rio 2016 : Tahniah ! Dato Lee Chong Wei Mara Ke Separuh Akhir

Tahniah Datuk Lee Chong Wei kerana telah melepasi peringkat suku akhir. Beliau telah menundukkan pemain Taiwan , Chou Tien-chen dalam suka badminton dengan kemenangan 21-9. 21-15. Seperti yang diduga, Datuk Lee Chong Wei bakal mara ke separuh akhir! 

Short update je. Hihi.. Hakakkk penat tapi gigih nak update. Hakakkk tak tengok Olimpik sebab TV takde, so hakakk tulis berdasar info dari Awani je.

Suami Jenis Kaki Game, Tolong Jangan Abaikan Perasaan Seorang Isteri

6:38 PM 2
Suami Jenis Kaki Game, Tolong Jangan Abaikan Perasaan Seorang Isteri
Assalamualaikum wbt, sekarang ni ramai isteri yang mengadu si suaminya jenis kaki game sampai lupa tanggungjawab sebagai seorang suami. Isteri di depan mata buat tak nampak je. Sibuk dengan game, walhal masa nak kahwin, berjanji 1001 janji.


Bagi aku, tak salah nak main game tapi tengoklah masa yang sesuai. Game adalah alasan bagi mereka untuk menghilangkan stress selepas bekerja. Emm.... apakata kaum suami ni spend time dengan isteri untuk kurangkan stress tu? Itulah gunanya isteri.

Isteri bukanlah sekadar isteri, tetapi mereka boleh menjadi sahabat anda wahai suami. Anda juga perlu memainkan peranan sebagai seorang sahabat kepada isteri anda, Especially anda yang mempunyai isteri yang kerjanya cuma surirumah saja. Adakala surirumah ni ada kesunyian tersendiri dan sangat memerlukan suaminya.

Just saying, kekadang aku jadi kesian tengok kaum isteri yang mengeluh bila suami mereka melebihkan game daripada mereka sendiri. Sekian.

Qu Bella Bridal Collections

10:16 AM 0
Qu Bella Bridal Collections
Assalamualaikum wbt. Setiap minggu, ada saja kenduri kendara perkahwinan dan aqiqah. Kebanyakan yang nak buat walimatulurus ni, adakala tercari-cari wedding planner yang terbaik. Tahukah anda kewujudan Qu Bella Bridal Collections?


Qu Bella Bridal Collections (QBBC) adalah sebuah butik dimana akan memberi servis seperti make-up, busana, pelamin, gubahan, catering, fotografi dan apa saja yang anda perlukan untuk majlis anda. Sesiapa yang pernah menggunakan perkhidmatan QBBC, insyaAllah akan puas hati.




Antara testimoni customer..
.
.
.

Bella selaku owner QBBC ni juga melakukan servis seperti Beauty Consultant selain daripada Wedding Planner. By the way, jangan risau dengan harga. QBBC ada buat pakej tau.


PAKEJ PERKAHWINAN (RUMAH @ KANOPI) = RM1,850.00
- Pelamin Full Set 10'F - 20'F
- Sepasang busana bersanding
- Sepasang busana tambahan
- 1 x make-up
- Aksesori lengkap L& P
- Alas nikah / meja nikah
- Red carpet
- Arch
- 4 unit walkaway
- Bunga tangan


PAKEJ PERKAHWINAN (DEWAN) = RM2,450.00
- Pelamin full set 25'F - 35'F
- Sepasang busana bersanding
- Sepasang busana tambahan
- 1 x make-up
- Aksesori lengkap L & P
- Red carpet
- Arch
- 6 unit walkaway
- Mini photobooth
- Bunga tangan

Selain daripada yang diatas ni, QBBC juga menyediakan full package. Semua pilihan terletak ditangan anda ye. Yang pasti, Bella make-up memang cantik !

Kalau berminat melihat hasil kerja dan menggunakan servis QBBC boleh layari page :
Emel : qubella.bridal@gmail.com
Contact : +6011-2624 2940 @ +6012-613 2837

August 16, 2016

RESEPI : Sambal Kering Kentang Dan Ikan Bilis Yang Tak Berapa Nak Kering

7:25 PM 12
RESEPI : Sambal Kering Kentang Dan Ikan Bilis Yang Tak Berapa Nak Kering
Amboiiiii tajuk, kemain! Hmm harini aku tak sempat nak buat apa-apa lagi disebabkan harini aku dialisis. Job review pun tertangguh sebab balik hospital asyik tido je...

Sambal kering kentang & ikan bilis ni, request dari tuan suami masa kami balik Rawang haritu. Abah pun suka so aku niatkan nak buat untuk abah jugak, tapi abah tak makan pun. Sobsss.. Mungkin sebab sambal dia nampak basah sangat kot. Ini pertama kali aku buat dan termasin! Dalam masin-masin tu pun tuan suami dengan adik ipar dok pulun meratah aje.

Silap aku, aku dah letak sos tiram & ikan bilis yang rasanya agak masin. Tapi aku pi bubuh garam lagi. Berdengung gila masinnya. 


RESEPI SAMBAL KERING KENTANG & IKAN BILIS

Bahan-bahannya :-
4 biji kentang saiz sederhana - (potong senipis yang mungkin, aku guna pisau pengopek kentang)
Segenggam ikan bilis

Bahan kisar :-
1 labu (besar) bawang merah
3 ulas bawang putih
3-4 sudu cili boh

Seasonal :-
1 sb sos tiram
1 sb sos cili
gula - mengikut citarasa

Cara-caranya :-
Goreng kentang dan ikan bilis kemudian toskan.

Dalam minyak yang sama, tumiskan bahan kisar hingga kering dalam api sederhana. Selepas terbit minyak, buang minyak yang berlebihan tu.

Masukkan sos tiram, sos cili & gula. Ada orang letak asam jawa/asam keping, aku tak letak.

Kemudian masukkan ikan bilis dan kentang yang digoreng tadi. Siap!

Selamat mencuba ye. Maafkan aku kalau ada kekurangan bahan dalam resepi ni. Oh ya! Korang boleh je nak letak tempe, tauhu & kacang tanah yang digoreng. Aku guna apa yang ada je. Hihi


August 15, 2016

Operasi Buat Sawi Jeruk

9:03 PM 6
Operasi Buat Sawi Jeruk

Sabtu malam haritu balik Rawang, rasanya dah lama tak balik. Bila dah balik sana, memang macam-macam yang aku nak buat.

So memang nak sangat makan asam pedas dengan jeruk sawi. Tapi sebab susah nak cari yang betul2 diyakini bersih, maka buat sendiri aje.

Mulakan dengan jemur, rendam dalam air garam & tabur gula merah. Next week baru masak. Random update, dalam keadaan rushing. kbai.

Laman Web Pencarian Bilik Sewa Di Hidup.My

9:11 AM 5
Laman Web Pencarian Bilik Sewa Di Hidup.My
Assalamualaikum wbt. Ramai yang tak mampu nak cari rumah sewa sendiri termasuk aku. Seriously, harga rumah tersangatlah mahal. Oleh itu, kebanyakan dari kita yang kurang kemampuan ni lebih selesa cari bilik sewa je kan sementara nak buat saving cari rumah sendiri? Tapi bila cari bilik sewa pulak kadang2 tak ngam denganpenyewa @ tuan rumah. Ada orang tak selesa dengan perokok, dan sebagainya.


Perkenalkan laman web Hidup.my ! Ianya ditubuhkan pada Oktober lepas dan sememangnya tidak diuar-uarkan melalui media atau televisyen. Dengan Hidup.my, korang semua tak perlu risau dengan semua tu tau! Sebab korang boleh pilih housemate yang bagaimana korang mahukan! Betul, tak tipu! Hidup.my membantu pengguna di luar untuk mencari bilik sewa mengikut kehendak masing2. 

Tujuan laman web ini dibina adalah kerana ingin membantu lebih ramai pengguna di luar untuk mencari rumah sewa sekitar Lembah Klang & lain-lain kawasan. Boleh je korang search di Facebook atau Mudah.my untuk mencari bilik sewa tapi laman-laman tersebut bukanlah laman weh khusus untuk pencarian bilik sewa.

Hidup.my adalah laman web khusus untuk mencari bilik sewa.



Dalam laman web Hidup.my jugak, korang boleh search dua option iaitu :

  • People looking for a room
  • People looking for a tenant (penyewa)
Mesra pengguna kan laman web ni? Bukan itu je tau, laman web ni mobile-friendly ! Tak perlulah susah2 nak download apa-apa application pun.

Hidup.my sebenarnya ingin membantu golongan pelajar ataupun eksekutif muda yang baru memulakan pekerjaan di kota. Price Range paling maksimum pun mereka hanya letak sekitar RM2000 saja untuk menyewa. Ada yang murah, jangan risau! Search saja pada option yang disediakan.

So kalau korang nak cari bilik sewa, sila layari laman web http://hidup.my/ .

Sekian.

August 13, 2016

Bila Ada Masalah, Tidak Perlu Bawa Ke Tempat Kerja

7:27 PM 3
Bila Ada Masalah, Tidak Perlu Bawa Ke Tempat Kerja
Bila aku search "Sour Face", ini yang aku dapat! Lulz

Assalamualaikum wbt.

Entri santai je lah ye senja-senja ni. Bukan apa, ada sedikit perasan yang tidak elok dalam diri ini. Aku jenis tak suka orang membawa kemarahan tu pada orang lain. Emm.......... faham tak?

Kiranya masalah kau dengan Si Ali, tapi kau tension sampai lepaskan kemarahan kau pada Si Atan. Tak best la gitu kan? Lagi-lagi kalau masalah dibawa ke tempat kerja. Padahal moto ditempat kerja kau SENYUM SENTIASA, bukan bermuram durja.

Aku patient, kau itu staff. Tapi bila kau buat muka macam mintak sebiji penumbuk, aku rasa macam nak maki. Nasib baiklah aku penyabar orangnya, walaupun dalam hati dah buka enjin maki. Hahahhaa!

As a staff, masalah besar & rumit macam mana pun, plsssss la jangan bawak masalah kau sampai menjejaskan emosi orang sekeliling kau jugak. Kau pernah bahan husband aku dikala husband aku takde mood, but still.......... husband aku boleh bergelak ketawa dengan kau, sebab taknak bawak masalah depan orang ramai.

Maaf la ye, aku betul-betul menyampah sikap orang tarik muka macam kita ada buat salah dengan dia.

August 12, 2016

RESEPI : Sotong Goreng Bercili Berlada Hitam

1:43 PM 2
RESEPI : Sotong Goreng Bercili Berlada Hitam

Aku pernah pergi makan kat Jalan Alor iaitu kedai Meng Kee Grill Fish. Jangan tanya aku pasal halal ke tidak sebab sememangnya waktu tu umur aku dalam lingkungan 20-21 tahun so orang bawak, aku makan je tanpa fikir apa2. And rasanya sangatlah sedap.

Disebabkan dah besar ni, aku macam teringin nak makan sotong tersebut, tapi of coz la aku takkan pergi dah makan kat Jalan Alor tu, so alternatifnya buat je la sendiri! Aku pernah buat dan adik2 aku suka makan especially Aboy la. Haha ! So aku nak share resepi ni untuk korang cuba ya?

Jangan pertikaikan nama dia sebegitu sebab aku pun tak tahu nak bagi nama apa untuk resepi ni. Lulz~ By the way resepi ni guna agak2 je sebab aku pun main campak2 tanpa sukatan ye.

RESEPI SOTONG GORENG BERCILI BERLADA HITAM
Bahan-bahannya :-
Sotong besar (potong bulat dan celur dalam air panas seketika & toskan)
Lada hitam biji (ditumbuk jadikan serbuk)
Cili kering (dipotong 1 inci)
Bawang holland (dihiris)
Daun kari
Sos tiram 
Sedikit air jika mahu berkuah
Garam & gula (untuk balancekan rasa)

Cara-caranya :-
Tumis bawang, daun kari, dan cili kering hingga wangi. Selepas itu masukkan sos tiram dan sedikit air. Kemudian masukkan sotong dan diikuti dengan lada hitam tumbuh. Jangan masak terlalu lama sebab sotong tadi dah dicelur. Sedia dihidangkan.

Emm dah laa senang, sedap pulak tu! Bolehlah kalau sekali sekala nak cuba kan? semoga resepi ini bermanfaat buat semua, Lada hitam kalau boleh guna yang biji, kalau yang instant serbuk tu tak sedap tau.

Oklah, tu je nak share. kbai.

Hina Sangat Ke Kerja Alam Flora?

11:05 AM 5
Hina Sangat Ke Kerja Alam Flora?

Assalamualaikum wbt. "Eeeeeeeeeee... busuk gila! Nak muntah! Macam mana boleh makan dekat tempat sampah macam tu? Lalu pulak?" .. Emmm suatu ketika dulu, itulah pertanyaan aku dekat tuan suami, bila tengok orang2 Alam Flora ni selamber je minum air kat lori sampah tu. Tapi sifat jijik aku terhenti bila fikir satu perkara.

Mereka bekerja untuk mencari wang halal.

Terus istighfar dalam hati. Jahatnya aku. Kenapalah aku tak fikir yang merekalah yang membantu mengutip sisa sampah yang dibuat oleh orang macam aku. Yang tahu mengherdik tetapi langsung tidah tahu bersyukur.


Bila kau mula pertikaikan sesuatu, itu adalah menghina maka tidak perlulah kau hashtag kononnya #bukanmenghinatakbolehblahmakannasidalamtongsampah sebab kau tak ada di posisi mereka yang terdesak mencari wang halal sampai terpaksa makan & minum disitu. Mereka bekerja! Tak sempat pun nak main FB macam kau!

Ayat last budak ni pun dalam posisi menghina jugak. Kesian pekerja Alam Flora. Kerja mereka belum tentu orang lain mampu buat. Kadang kita ni nak angkat sampah dari rumah sendiri nak bawak masuk ke tong sampah kat luar pun muka dah kemut2. Tapi pekerja Alam Flora ni, mereka dah immune dengan bau2 sebegitu. Kalau tak lalu pun, terpaksa demi sebuah rezeki.

Tapi tak perlu kau menghina mereka dengan nak cium bau sampah sentiasa. Sepatutnya kat sekolah pun bukan Non-Muslim je kena belajar Pendidikan Moral, tapi Muslim jugak. 

Belajarlah erti bersyukur, hargailah orang yang sanggup lakukannya. Sekian.

August 11, 2016

Pelawak Veteran Pak Piee Meninggal Dunia

11:15 PM 2
Pelawak Veteran Pak Piee Meninggal Dunia

Pelakon & pelawak veteran, Shafiee Jaafar atau dikenali sebagai Piee @ Pak Piee, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir jam 9 malam tadi (11 ogos 2016). Arwahyarham meninggal akibat sakit tua. Berita disahkan oleh sahabat karibnya sendiri, Omar M Hashim.

Arwah Pak Piee sangat dikenali dalam filem Anak Mami The Movie. Selain itu, pelawak yang berasal dari Pulau Pinang ini pernah turut menjayakan filem Jangan Pandang Belakang Congkak, Kongsi, Nana Tanjung dan banyak lagi.

Kehilangan lagi sebutir permata di arena seni. Semoga roh Pak Piee dicucuri rahmat, amin.