[UPDATE] Mohd Akmal Hamdan, Kanak-Kanak Hanyut Di Taman Tasek Tambahan Dijumpai Di Sg.Klang - Tunsha Ayunie Punya Belog

July 24, 2016

[UPDATE] Mohd Akmal Hamdan, Kanak-Kanak Hanyut Di Taman Tasek Tambahan Dijumpai Di Sg.Klang

[UPDATE] Dukacita dimaklumkan, bahawa Mohd Akmal bin Hamdan, kanak-kanak yang hanyut dibawa arus pada 21 Julai 2016 jam 5:30ptg, telah ditemui di Sg.Klang.

Pada 21 Julai 2016 (Khamis), Akmal dikatakan sedang dalam perjalanan balik dari Sekolah Rendah Agama Tasik Tambahan, dan tergelincir jatuh ke dalam parit berdekatan sekolah pada jam 5.30pm.

Operasi pencarian bermula dari jam 5:45pm, hari yang sama dan pencarian diberhentikan seketika. Pada 22 Julai 2016, pencarian disambung semula namun masih tidak menemui apa2 tanda. Pelbagai team operasi yang bersatu dalam pencarian Mohd Akmal.

Sehinggalah 23 Julai 2016 (Sabtu) , mangsa telah dijumpai di Sg.Klang pada pukul 8:30pm. Mangsa dikenali melalui logo sekolah.

Bagaimana pertemuan dan dijumpai oleh siapa tidak diberitahu.



Aku ada satu penyakit paranoid. Aku selalu gambarkan perkara2 macam ni. Terus jadi sedih & sebak. Terbayang susahnya dia cuba menyelamatkan diri dari arus. Terbayang perasaan keluarganya. Risau kalau yang kena ni adik aku. Masa menaip ni pun mata rasa berair. Lagi sedih tengok video abang dia post kat IG semasa hayat hidupnya.

Syurga buatmu, insyaAllah. Yang datang, pasti kembali. Bermainlah kau di syurga sana :')

-Tunsha-

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.