[UPDATE] Kanak Kanak Lemas Masih Belum Dijumpai - Monolog Aku Cuma Di Kiri

July 22, 2016

[UPDATE] Kanak Kanak Lemas Masih Belum Dijumpai

Assalamualaikum wbt. Sedih rasanya bila penduduk setaman mengalami nasib tak dijangka ni. Alkisahnya semalam seorang kanak-kanak hanyut dibawa arus ketika hujan lebat. Mangsa bernama Mohd Akmal bin Hamdan, 10 tahun, seorang anak yatim yang bersekolah di Sekolah Rendah Agama Taman Tasek Tambahan.

Aku membayangkan betapa sayu perasaan keluarganya bila menerima berita macam ni. Sampai harini masih belum dijumpai.

Team Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Dang Wangi dikerah ke lokasi bagi membantu PKOD Cheras dalam operasi pencarian.



Sesiapa yang melalui kawasan parit & longkang2 besar yang menuju ke Sungai Kerayong, andai ternampak objek seakan manusia terapung boleh call Balai Polis berdekatan atau agensi penyelamat adi talian 03-2687 1400.

Moga dipermudahkan operasi mencari ni. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.