Takziah : Pelakon Veteran Aziz Singah Meninggal Dunia Malam Tadi. - Tunsha Ayunie Punya Belog

July 02, 2016

Takziah : Pelakon Veteran Aziz Singah Meninggal Dunia Malam Tadi.


Assalamualaikum wbt.

Untuk makluman semua, pelakon veteran yang popular, Datuk Abdul Aziz Singah (75), telah meninggal dunia pada jam 11.30 malam di kediamannya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, akibat penyakit kanser yang dihidapinya.

Arwahyarham pernah popular dalam drama Sembilu lakonan bersama Aznah Hamid, Zed Zaidi & Hetty Sharlene.. Beliau juga dikenali dalam drama Maria Mariana.

Berasal dari Negeri Sembilan, arwah adalah seorang Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman). Selain itu, Yang Dipertuan Besar of Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman telah berkenan mengurniakan Darjat Darjat Dato' Setia Negeri Sembilan (DSNS) , yang membawa gelaran "DATUK" kepada Abdul Aziz Singah, pada 18 Julai 2005..

Hilang satu lagi butir permata.. Al-Fatihah.. Semoga roh-nya tenang dan ditempatkan bersama orang2 yang soleh. Ameen.

5 comments:

  1. innalillahi wainnailaihi rajiun...dlu dia selalu berlakon drama jadi dato

    ReplyDelete
  2. Innalillahi wainnailaihi rojiun... semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat dan menempatkan rohnya di kalangan org2 yg beriman... aamiin.

    ReplyDelete
  3. Innalillahi wainnailaihi rojiun... semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat dan menempatkan rohnya di kalangan org2 yg beriman... aamiin.

    ReplyDelete
  4. lama tak singgah sini.. salam aidilfitri hehe..
    selamat hari raya =)

    ReplyDelete
  5. innalillah...semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.