REVIEW MAKAN : Nasi Lemak Pandan Mieeza Kepunyaan Blogger Kamil Salleh - Tunsha Ayunie Punya Belog

July 28, 2016

REVIEW MAKAN : Nasi Lemak Pandan Mieeza Kepunyaan Blogger Kamil Salleh


Nasi Lemak Pandan. First time aku makan dekat belakang Ampang Point awal aku kahwin dulu. Masa tu aku jakunssss sikit sebab first time jugak tengok nasi warna hijau. Lepas tu aku ada la jugak ternampak area rumah ni jual nasi lemak pandan, tapi.. hmm, tak baik pulak kutuk rezeki tapi itula, tak kena tekak.

Baru2 ni ada nampak nama Nasi Lemak Pandan Mieeza. Mula2 buat tak tahu je, lepas tu boleh pulak bro +Khir Khalid update pasal nasi lemak ni. Terus rasa macam nak rasa.

Alhamdulillah, kali ni kena dengan tekak. Memang sedap especially sambal. Rasa sayang je nak habiskan. Haha, kalau tahu mintak nasi & sambal lebih.


Kualiti gambar tak memuaskan sebab maklumlah kamera cabuk katanya. Aku beli nasi lemak pandan lauk ayam goreng ala kepci & sambal ikan bilis je. Husband nasi lemak sambal kerang. Saja beli sebab nak rasa2 je dulu.

Haa lupa nak bagitahu, kedai nasi lemak pandan ni kepunyaan blogger otai kita, tuan Kamil Salleh, pemilik blog Sensasi2020. Aku tidaklah mengenali sangat Tuan Kamil ni, hanya sempat berhubung melalui whatsapp untuk memohon masuk dalam group. Selepas itu, tiada apa lagi.

Dunia terasa begitu kecil bila aku sedar, anak kepada tuan Kamil dah lama aku kenal. Bukanlah kenalan rapat, tapi selalu nampak dia kat Spectrum Ampang, sedang bekerja.

Berbalik kepada cerita Nasi Lemak Pandan Mieeza, untuk blogger atau sesiapa yang ada di Ampang, tak rugi kalau mencuba. Kalau sedap boleh repeat, haha !

Kedainya betul2 depan entrance Midpoint Shopping Complex, Pandan Indah. Bermula jam 7 petang hingga 12 malam.

Sekian.

14 comments:

  1. Salam TunSha Ayunie dan jutaan terima kasih kerana sudi review pasal Nasi Lemak Pandan Mieeza saya saya usahakan ini. Pastinya anda dan suami berpuas hati dengan nasi lemak beserta sambal ikan bilis dan sambal kerang.

    Nanti lain kali bolehlah pula mencuba sambal lain pula seperti sambal sotong dan sambal udang.

    Saya harap Ayunie boleh berkunjung dan membelinya lagi tanpa rasa malu dan jemu.

    Semoga Allah Taala membalas budi baik kamu di atas artikel yang dipostkan ini. Apa kata saya belanja nasi lemak pandan sambal sotong sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga.

    Saya doakan anda dan keluarga berada dalam situasi yang bahagia di dunia dan akhirat. Insha Allah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah, seganlah saya tuan kamil dapat makan free. Haha! Apapun, dengan senang hati saya ikhlas buat review sebab saya memang penggemar nasi lemak sambal sedap :) . Lagipun saya juga bersenang hati support tuan kamil meniaga.

      InsyaAllah, saya akan datang kembali merasai menu lain pulak. Terima kasih sebab berjaya buat nasi lemak yang sedap.

      Terima kasih mendoakan saya. Saya juga mendoakan keluarga tuan kamil sentiasa dalam barakah. Sentiasa bahagia dunia jua akhirat.

      Delete
  2. Assalamualaikum... review terbaik dan ikhlas daripada pelanggan terhadap Nasi Lemak Pandan Mieeza.

    Terima kasih buat Ayunie... moga menjadi pelanggan setia nasi lemak saya selepas ini.

    ReplyDelete
  3. sedapnya dapat mencuba nasi lemak tu...wah..nasi lemak dengan sambal sotong...huiii..sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnnnnn?? Tapi auni tetap suka yang local, sambal ikan bilis jugak dikejar !

      Delete
  4. teringin nak rasa nih...tapi alahai..blh tahan jauh plak dr rumah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa.. yeke? Takpe, auni faham perasaan itu.

      Delete
  5. wahh tokey sudah komen tu ... hehehe jgn tolak rezeki ..alhamdulillah

    nasi lemak pandan yg penah aku mkn kat kuching dulu ...wangi la ...

    klu ade rezeki ke ampang tu boleh la cuba nasi lemak tuan kamil plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan menolak, segan je.. Haha ! Siapa tak suka benda freeeeeee... eh! situ plak~~~

      Delete
  6. Mmg sedap... saya suka sambal kerang tu. Lain kali kena bungkus sambal kerang asing boleh simpan buat tambah lauk makan dgn lempeng pun sedap hehee... in shaa Allah, akan pergi lagi beli nanti juga... :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambal dia manis, lemak semua terasa.. Memang puas hati !

      Delete
  7. Uniknya nasi lemak ni.. Ada kesempatan nanti nak cuba jugak la.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uniknya guna pati daun pandan. InsyaAllah, puas hati.

      Delete
  8. pehhhh. tgokk gambaaa je dah sedappp apalagi makan nihhh. (^~^) nadyya igtkan nasi lemak pandan kt jb rupanya kat ampang. hee da mula lapaq nihh haihh

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.