REVIEW MAKAN : Nasi Ayam Hailam Damansara Utama (Ampang Point) - Monolog Aku Cuma Di Kiri

July 21, 2016

REVIEW MAKAN : Nasi Ayam Hailam Damansara Utama (Ampang Point)


Assalamualaikum wbt. 

Siapa suka makan nasi ayam? Aku suka. Yup. Suka sangat especially nasi ayam hailam & hainan. Apa bezanya? Emm bagi aku adalah sambal. Kalau nasi ayam hainan, ada sos kicap dengan sos cili. Kalau hailam, ada sambal cili dan sambal halia. Gitulah.

Nasi ayam ni memang makanan orang Cina. 
So kalau nak tau nasi ayam tu sedap ke tidak, aku akan tanya tuan suami. Well, dia kan anak Cina !

So that day hari apa ntah hakakkk tak ingat, it was raining day. Perut lapar, kebulur, dahaga. And aku terus mengajak-ngajak ayam si tuan suami untuk makan. Then he did ask me :

-- " Makan nasi ayam, nak? " . Aku macam nak loncat2 je, macam tau2 je puan isteri mengidam nasi ayam. Then dia ajak aku pergi Nasi Ayam Hailam Damansara Utama, area Ampang Point.



Untuk sesiapa yang rasa was2, kedai ni ada sijil HALAL ye. 
Just in case kalau ada yang tertanya-tanya, halal ke? owner cina ke? bla bla bla kazambooo.



So this is. Aku order Steamed Chicken Rice. Ada satu kejadian masa aku nak makan, dimana aku tengah potong2 ayam guna sudu, tiba2 nasi terpelanting habis sepah kat baju aku. Terus hilang mood nak makan, sampai bergenang airmata uolsss. Tapi tuan suami kemain pujuk & bagitau --

.." It's normal sayang, semua orang akan melalui kejadian macam ni, at least sekali seumur hidup..".

OK. Lega. 
Boleh senyum tanpa dipaksa.

HARGA : RM 7.50



Tuan suami order Roasted Chicken Rice. Ini sedap, alhamdulillah. Aku punya pun sedap tapi sebab dia bagi bahagian peha, maka tekak aku tak terima sangat. Ayam dia moist gila kot! Tuan suami banyak kali cakap -- sedap, sedap, sedap. So memang sedap la. Chinese style , katanya.

HARGA : RM 7.50
+ 2 nasi tambah
+ 100 plus
+ Ice lemon tea
= RM 26

Harga berbaloi dengan rasa. So agak2 kalau nak makan nasi ayam lagi, boleh la makan kat sini. Tak boleh selalu lah ye, kopak duit. Haha!

Sebenarnya memang suka jalan2 cari makan. Nak travel tak mampu, so suka sangat kalau dapat makan ni. Tuan suami bulan ni ada duit lebih, dia asyik ikut tekak aku je. Aku pulak serba salah jadinya, tapi dia kata takpe. Heh !

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.