RESEPI MINUMAN DETOX EPAL UNTUK KULIT WAJAH GLOWING - DARI JARI NOVELLA

July 22, 2016

RESEPI MINUMAN DETOX EPAL UNTUK KULIT WAJAH GLOWING

RESEPI MINUMAN DETOX EPAL UNTUK KULIT WAJAH GLOWING - Inginkan wajah yang glowing dengan bahan semulajadi? Tak perlu sapu2, cukup korang minum dan amalkan selalu. InsyaAllah muka akan glowing, badan pun sihat je tau !

Aku saja nak share resepi air detox ni. Bahan yang digunakan agak sihat & sedap. Aku suka apple, lemon & peppermint. Cuma kalan kondisi aku yang sakit ni, aku tak boleh ambik apple terlalu banyak. By the way, resepi air detox ni akan menghalangi korang dari craving nak makan itu dan ini. Kena konsisten la, jangan hangat2 ayam je... heh !


RESEPI MINUMAN DETOX EPAL UNTUK KULIT GLOWING

Bahan-bahannya :
1/2 cawan epal merah yang dipotong dadu (tak perlu buang kulit)
3-4 hirisan lemon
4-5 daun pudina
1 st serbuk kayu manis
2 liter air

Cara-caranya :
Campur semua bahan dan biarkan dalam peti sejuk. Biar 1 hari best jugak. Rasa pun naik. Manis2 gitu. 

Nanti aku share resepi best2 lagi ye... Sekarang ni mood tengah gila kumpul resepi...hahaha!

1 comment:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.