Header Ads


July 14, 2016

RESEPI KERABU KAKI AYAM

PENGENALAN - Baba & Nyonya (juga dikenali sebagai Peranakan) adalah golongan keturunan Cina yang unik di-antara kaum Cina yang lain, khususnya di Melaka. Tetapi kebanyakan mereka tidak mahu mengakui mereka adalah bangsa Cina sebaliknya lebih bangga mengaku mereka adalah dari keturunan rakyat British..

Cara masakan mereka kebanyakannya diresapi oleh cara pemasakan Melayu... Menjadi kebiasaan mereka juga makan menggunakan tangan..

Salah satu jenis makanan yang popular dikalangan Baba Nyonya adalah Kerabu Kaki Ayam... aku kalau makan ni tak boleh stop... suka betul dengan kaki ayam... lemak2 masam manis masin tu aduhhh..... menambat selera....... kah ! over plak drama kau...


cats

RESEPI KERABU KAKI AYAM
Bahan-bahan :
10 ketul kaki ayam (rebus & buang tulangnya, ambil isi)
segenggam daun ketumbar - dicincang kasar
1/2 ulas bawang merah - hiris halus
1 biji cili merah - hiris
1 cawan lobak merah - hiris halus
1 biji tomato - dipotong dadu

(Bahan campuran)
2 sudu besar sos ikan
1 sudu teh belacan
2 sudu besar kerisik
1 sudu teh gula
4 sudu besar jus limau
1 sudu besar sos cili

Cara-caranya :
Campurkan semuanya... sesuaikan rasa.. boleh digantikan dengan sotong yang dicelur sebentar dan dihiris halus.

Cheers.

2 comments:

  1. tak pernah mkn tp ramai ckp sedap .. jrg dpt jumpa

    ReplyDelete
  2. SEDAPNYA..SALAM IDILFITRI SHA

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.