RESEPI : Jeruk Sotong ala Cencaluk Sotong - Tunsha Ayunie Punya Belog

July 31, 2016

RESEPI : Jeruk Sotong ala Cencaluk Sotong

RESEPI JERUK SOTONG ALA CENCALUK SOTONG - Assalamualaikum wbt. Siapa pernah makan cencaluk sotong? Aku haritu makan sebab MamaNora yang beli kat Melaka. Baru aku tahu akan kewujudan cencaluk sotong tu. Pernah makan yang udang geragau je. Bila cerita kat FB, ramai rupanya tak pernah makan cencaluk sotong ni.

So, aku nak share la resepi ni. Walaupun bukanlah 100% original tapi insyaAllah rasanya lebih kurang sama. Aku jumpa resepi ni dari perkongsian Maangchi.



RESEPI JERUK SOTONG ALA CENCALUK
Bahan-bahannya :-
750gm sotong
(Siang dan basuh bersih dan toskan)
5 sb garam
(atau boleh kurangkan)

Cara-caranya :-
Perap sotong dengan garam dan letakkan di dalam bekas.. Perap selama sebulan. Letak dalam peti ais. Selepas sebulan, basuh sotong tadi dan keringkan dengan kain bersih... potong kecil.

Bahan-bahan sos :-
1/2 cawan serbuk cili
1/2 cawan madu 
1 sb sos ikan 

(Bahan dibawah ini dicincang halus) 
2 batang daun bawang 
1 labu bawang holland/bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia 
2 biji cili hijau 
2 biji cili merah 
1 sb minyak bijan

Cara-caranya :-
Campur semua bahan di atas dan masukkan sotong. Kemudian simpan dalam peti ais untuk satu malam. Nak makan terus pun boleh aje.
Sekian.

2 comments:

  1. SEDAP EK ... AKU PERNAH LA TGK KAT MELAKA BYK JE JUAL TP AKU TAK PERNAH BELI PUN SBB SOTONG BETUI TU PUN AKU TAK MKN ... HEHEHE

    NANTI BOLEH LA BELI KOT TETIBA KENA NGAN TEKAK

    ReplyDelete
  2. SEDAP TU SYA...KAK NI DH LAMA XBOLEH MKN JENIS MKNAN BERJERUK NI PERUT DH XBOLEH TERIMA...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.