RESEPI : AYAM RANGUP BERSALUT SOS MANIS PEDAS ALA KOREA - Tunsha Ayunie Punya Belog

July 18, 2016

RESEPI : AYAM RANGUP BERSALUT SOS MANIS PEDAS ALA KOREA

RESEPI : AYAM RANGUP BERSALUT SOS MANIS PEDAS ALA KOREA - Resepi ni aku cedok dari page Maangchi tukang masak Korea yang famous kat Youtube tu... Hari2 kalau aku lapar, aku memang suka tengok video ni... inspirasi sangat ! Aku suka tengok style dia bercakap.... sometimes dia masak binatang haram tu pun aku layankan jugak... Well, dia guna piggy, kita tukarlaaa daging lembu ke hape.... No need to geli2 sangat... bukan bau pun.. hiks...

Resepi Maangchi ni dalam Bahasa Inggeris tapi aku translate dalam Bahasa Melayu. Aku ada derhaka sikitlah resepi ni ikut tekak aku. Resepi asal guna halia tapi aku tak berapa suka, aku tukar dengan bawang putih. Rice syrup aku tukar kepada madu. 

Kredit photo & recipe : Maangchi

RESEPI AYAM RANGUP BERSALUT SOS MANIS PEDAS ALA KOREA
Bahan-bahan ayam goreng :
3½ pound kepak ayam (lebih kurang 1.6kg)
½ st garam
½ st serbuk lada hitam
1 ulas bawang putih - cincang
2 @ 3 cawan tepung kentang / tepung jagung
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya :

Basuh dan lapkan kepak ayam menggunakan kain @ tisu dapur. Pastikan ayam dalam keadaan kering sikit.


Lumurkan kepak ayam tadi bersama garam, lada hitam & bawang putih cincang. Perap sebentar.


Selepas itu, salutkan kepak ayam dengan tepung kentang @ tepung jagung.


Panaskan minyak dan kecilkan api, goreng sehingga ayam garing dan angkat. Sejukkan.

Kemudian, goreng untuk kali kedua.. Kita panggil cara ni sebagai double fry. Setelah ayam agak garing, bolehlah diangkat & ketepikan.

Bahan-bahan sos :
4 ulas bawang putih - cincang
3 - 4 biji cili kering - gunting kasar
¼ cawan kicap soya cair
½ cawan madu
1 sb cuka
1 sb mustard (optional)
1 sb gula perang

Cara-caranya
Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang putih dan cili kering. Setelah naik bau, masukkan kicap soya, madu, cuka, mustard dan gula perang.. Masak sehingga sedikit pekat.


Masukkan ayam yang digoreng tadi.. Gaul2kan dan tutup api. Taburkan daun bawang yang dihiris jika perlu.. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

2 comments:

  1. Wah..nampak sedap dan senang je resepinya...boleh cuba ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba kak.... jangan tak cuba.... tengok pun terliur kan...? hihi

      Delete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.