Header Ads


July 22, 2016

Kanak-Kanak Hanyut Dibawa Arus Di Taman Tasek Tambahan, Ampang.

Assalamualaikum wbt. Hujan agak lebat petang semalam, sampai bilik kami lakibini pun banjir. Rasanya petang semalam adalah hujan paling lebat sepanjang musim hujan ni..

Lepas hujan dah reda, malam sikit aku ajak tuan suami pergi beli makan malam. Lapar katanya. Dalam perjalanan nak pergi kedai makan tu, banyak ahli bomba dengan penduduk Taman Tasek Tambahan berkumpul. Kami hanya syak kes pembunuhan sebab kat Ampang ni kes bunuh2 macam dah menjadi suatu kebiasaan pulak.. So takde laa apa sangat.

Then lalu depan Masjid Ubudiah, nampak ada 2-3 orang pakcik tengah intai2 kat parit depan masjid tu. Oleh sebab curious, aku suruh tuan suami tanya pakcik tu. Rupanya seorang budak sekolah agama berumur 10 tahun hanyut masa arus kuat petang tadi.




Kisahnya, dia bergurau senda dengan kawan2. Lepas tu tergelincir. Emm.. nak salahkan pun tak boleh kan sebab dah nama budak2. Segala marabahaya diorang tak berapa nak faham lagi. Pencarian dimulakan seawal jam 5.45 petang sehinggalah pukul 12.30 tengah malam tadi. Tapi still tak jumpa.

Info & sumber mengatakan pencarian dihentikan seketika. Mungkin kerana hujan.

Yang sedihnya, ada sumber yang tak bertanggungjawab membuat propaganda. Kata budak tu dijumpai dalam keadaan tak sempurna dan sebagainya. Info sahih tentang perjumpaan tersebut belum ada lagi.

Semoga kanak2 tersebut dijumpai. Amin.

2 comments:

  1. Allah, Sally takde dengar plak pasla benda ni Sha...ada update terbaru tak Sha?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha ada search kat FB, ada yang kata dah jumpa dekat Cheras Indah.. tak tahu betul ke tidak....

      Delete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.