July 31, 2016

RESEPI : Jeruk Sotong ala Cencaluk Sotong

7:03 PM 2
RESEPI : Jeruk Sotong ala Cencaluk Sotong
RESEPI JERUK SOTONG ALA CENCALUK SOTONG - Assalamualaikum wbt. Siapa pernah makan cencaluk sotong? Aku haritu makan sebab MamaNora yang beli kat Melaka. Baru aku tahu akan kewujudan cencaluk sotong tu. Pernah makan yang udang geragau je. Bila cerita kat FB, ramai rupanya tak pernah makan cencaluk sotong ni.

So, aku nak share la resepi ni. Walaupun bukanlah 100% original tapi insyaAllah rasanya lebih kurang sama. Aku jumpa resepi ni dari perkongsian Maangchi.



RESEPI JERUK SOTONG ALA CENCALUK
Bahan-bahannya :-
750gm sotong
(Siang dan basuh bersih dan toskan)
5 sb garam
(atau boleh kurangkan)

Cara-caranya :-
Perap sotong dengan garam dan letakkan di dalam bekas.. Perap selama sebulan. Letak dalam peti ais. Selepas sebulan, basuh sotong tadi dan keringkan dengan kain bersih... potong kecil.

Bahan-bahan sos :-
1/2 cawan serbuk cili
1/2 cawan madu 
1 sb sos ikan 

(Bahan dibawah ini dicincang halus) 
2 batang daun bawang 
1 labu bawang holland/bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia 
2 biji cili hijau 
2 biji cili merah 
1 sb minyak bijan

Cara-caranya :-
Campur semua bahan di atas dan masukkan sotong. Kemudian simpan dalam peti ais untuk satu malam. Nak makan terus pun boleh aje.
Sekian.

Akhirnya Dapat Tengok Muka Anak Lana Nodin!

11:36 AM 5
Akhirnya Dapat Tengok Muka Anak Lana Nodin!

Ramai sebenarnya yang menunggu bila la si Lana Nodin dengan husband dia nak tunjuk muka anak? Ditunggu2 tetap berahsia. Tapi sebagai peminat haruslah menghormati pendirian dia kan? Sebab dah anak dia, suka hati dia la ! Haha !

Mazlina Nodin atau lebih dikenali dengan panggilan Lana Nodin telah diijabkabul dengan suaminya David Mckenzie pada 15 Mei 2016. Dan pada pertengahan Januari 2016, Lana selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 4kg yang diberi nama Gia Quinn Mckenzie.


Tapi kesian Lana Nodin ni, ada yang pertikaikan tentang kelahiran anak dia. Memula orang cakap Gia ni anak yang tak sah taraf. Lepas tu orang cakap mesti anak Lana tak normal, tu sebab dia taknak tunjuk anak dia. Emm..... aku tumpang simpati. Apapun Lana ni tak cepat melatah walaupun dia marah laa orang cakap anak dia macam2 kan?

Ramai masih tertanya2 macam mana rupa anak Lana Nodin ni? Sebab gambar dia memang dia tak tunjuk langsung muka anak dia.


Haaa ! Semalam Lana Nodin dah membuktikan yang anaknya seorang yang normal dan sihat. Muka sebijik ikut bapak dia uolsss!



Macam mana? Semua mesti berpuas hati dapat tengok muka Baby Gia kan? Gebu gebassss je muka Baby Gia ni. Apapun, janganlah melontar apa2 yang tidak baik kepada anak yang tidak berdosa ni. Hentikan sebarang spekulasi dan tingkatkan prestasi. Semoga menjadi seorang yang solehah, sayang.

Sekian.

July 29, 2016

#SINOPSIS #TRAILER - Lights Out : You May Not Be Alone When You’re In The Dark

5:11 PM 4
#SINOPSIS #TRAILER - Lights Out : You May Not Be Alone When You’re In The Dark

FILEM : Lights Out
GENRE : Seram
PENGARAH : David F.Sandberg
PELAKON : Teresa Palmer, Emily Alyn Lind & Billy Burke

SINOPSIS
Mengisahkan tentang seorang wanita bernama Rebecca yang fobia sangat terhadap kegelapan dari kecik. Dia hidup bersama adiknya, Martin. Nak jadi cerita, Rebecca berpindah masuk ke rumah lamanya dan harus berhadapan dengan satu masalah, dimana bila dia padamkan lampu (senang cerita bergelapla), satu makhluk akan muncul depan dia. Mula2 Rebecca malas nak percaya tapi bila Martin cerita dia mengalami sesuatu yang ganjil kat rumah tu, barulah Rebecca ni percaya.

Rebecca dihantui kisah masa lalu dia. Dia dan Martin dah rasa terancam tinggal kat rumah tu. Dah banyak bantuan digunakan tapi tetap menemui jalan buntu. 

Macam mana Rebecca nak selamatkan diri dia dan Martin dari gangguan makhluk tersebut? JOM LAYAN TRAILER ▶▶▶ [OFFICIAL TRAILER] Lights Out : You May Not Be Alone When You’re In The Dark .

Masjid Sultan Salahudin Shah Alam Terbakar

4:23 PM 1
Masjid Sultan Salahudin Shah Alam Terbakar

Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, dilaporkan terbakar teruk. Kebakaran itu terjadi di bilik kuliah tingkat bawah masjid dan 100% musnah. Apapun, tiada kemalangan jiwa yang berlaku. 

Kejadian itu terjadi selepas solat Jumaat tadi dan pihak anggota Bomba & Penyelamat Shah Alam telah berjaya mengawal keadaan. 

Sekian laporan dari hakakkk..

July 28, 2016

REVIEW MAKAN : Nasi Lemak Pandan Mieeza Kepunyaan Blogger Kamil Salleh

12:07 AM 14
REVIEW MAKAN : Nasi Lemak Pandan Mieeza Kepunyaan Blogger Kamil Salleh

Nasi Lemak Pandan. First time aku makan dekat belakang Ampang Point awal aku kahwin dulu. Masa tu aku jakunssss sikit sebab first time jugak tengok nasi warna hijau. Lepas tu aku ada la jugak ternampak area rumah ni jual nasi lemak pandan, tapi.. hmm, tak baik pulak kutuk rezeki tapi itula, tak kena tekak.

Baru2 ni ada nampak nama Nasi Lemak Pandan Mieeza. Mula2 buat tak tahu je, lepas tu boleh pulak bro +Khir Khalid update pasal nasi lemak ni. Terus rasa macam nak rasa.

Alhamdulillah, kali ni kena dengan tekak. Memang sedap especially sambal. Rasa sayang je nak habiskan. Haha, kalau tahu mintak nasi & sambal lebih.


Kualiti gambar tak memuaskan sebab maklumlah kamera cabuk katanya. Aku beli nasi lemak pandan lauk ayam goreng ala kepci & sambal ikan bilis je. Husband nasi lemak sambal kerang. Saja beli sebab nak rasa2 je dulu.

Haa lupa nak bagitahu, kedai nasi lemak pandan ni kepunyaan blogger otai kita, tuan Kamil Salleh, pemilik blog Sensasi2020. Aku tidaklah mengenali sangat Tuan Kamil ni, hanya sempat berhubung melalui whatsapp untuk memohon masuk dalam group. Selepas itu, tiada apa lagi.

Dunia terasa begitu kecil bila aku sedar, anak kepada tuan Kamil dah lama aku kenal. Bukanlah kenalan rapat, tapi selalu nampak dia kat Spectrum Ampang, sedang bekerja.

Berbalik kepada cerita Nasi Lemak Pandan Mieeza, untuk blogger atau sesiapa yang ada di Ampang, tak rugi kalau mencuba. Kalau sedap boleh repeat, haha !

Kedainya betul2 depan entrance Midpoint Shopping Complex, Pandan Indah. Bermula jam 7 petang hingga 12 malam.

Sekian.

July 27, 2016

SINOPSIS FILEM | The Age Of Adaline : Dia Tak Akan Tua

4:54 PM 2
SINOPSIS FILEM | The Age Of Adaline : Dia Tak Akan Tua

FILEM : The Age of Adaline
GENRE : Fantasi/Romance
PENGARAH : Lee Toland Krieger
PELAKON : Blake Lively, Michael Huisman, Kathy Baker, Amanda Crew, Harrison Ford, Ellen Burstyn & Anthony Ingruber

SINOPSIS
Mengisahkan tentang seorang wanita bernama Adaline yang dilahirkan pada 1908, yang awal hidupnya adalah normal, berkahwin dan mempunyai seorang anak bernama Fleming.

Pada suatu hari, ketika dalam perjalanan ke rumah ibubapanya, Adaline mengalami kemalangan dan dia mati dalam masa beberapa saat. Kemudian, badannya disambar petir dengan kekuatan beribu volt & membuatnya hidup kembali. Kejadian itu juga menyebabkan tubuh badan Adaline kuat dan dia tak akan tua.


Adaline & anaknya, Fleming.
Yang tua tu anak dia, yang muda tu Adaline.

Adaline diekori oleh ramai manusia yang cuba buat kajian ke atas dirinya. Dia kemudian melarikan diri jauh dari semua orang. Sehinggalah dia berjumpa dengan Ellis Jones dalam satu pesta ulangtahun sahabatnya.

Ellis menyimpan perasaan pada Adaline begitu juga dengan Adaline. Tapi Adaline ni serba salah mengenangkan faktor umur, dan dia rasa macam dia tengah tipu Ellis.


Adaline & Ellis Jones

Anak dia Fleming yang kesian dekat mak dia, memberi dorongan dan sokongan supanya mak dia teruskan hubungan dengan Ellis. Tak lama lepas tu, Ellis menjemput Adaline pergi ke rumahnya untuk diperkenalkan pada ibubapa Ellis. Takdir menemukan Adaline dengan William, kekasih lamanya, iaitu bapa Ellis. Adaline terpaksa menyamar menggunakan nama lain.

William Jones (muda) & Adaline

William Jones (tua) & Adaline

Akhirnya penyamaran Adaline terbongkar bila William menyedari parut yang ada di tangan Adaline. Adaline cuba melarikan diri dan ketika itu dia kemalangan kali kedua. Kematiannya berulang dan dapat diselamatkan dengan defibrillator. Setelah beberapa bulan, dia akhirnya mengalami proses penuaan.

.... dan dia berasa bahagia sebab akhirnya dia tua ! haha

Sekian.

REVIEW MAKAN : Burger Rio McDonald's Yang Pedas !

12:20 AM 2
REVIEW MAKAN : Burger Rio McDonald's Yang Pedas !


McDonald's Malaysia telah mengeluarkan satu burger limited edition iaitu RIO BURGER ! Pelancaran burger ini adalah tanda bahawa McDonald's sebagai restoran rasmi menyertai Sukan Olimpik Rio 2016.

Oleh sebab ianya Limited Edition, maka tak selalu ada. Hanya boleh didapati bermula 25 Julai 2016 hingga 24 Ogos 2016.

Rio Burger adalah gabungan patty daging, sayuran segar dan sos secret recipe. Tujuannya adalah untuk kita kat sini merasai citarasa dari Brazil.


Well, aku sempat la merasa dua perkara ni. Rio Burger & Mango Pie. Mula2 aku agak excited dengan rasa rio Burger ni sebab rupa dia macam sama dengan Habanero Burger waktu World Cup dulu. Tapi sangkaan aku meleset jugaklah sebab rasa tak seperti yang aku idamkan.



REVIEW
1) Aku dapat burger tak secantik dalam gambar. Mentang2 la ilustration only ! Haha.
2) Aku dapat burger yang sos-nya agak melimpah.
3) Daging burger lagi besar dari roti. Besar melebar ye, bukan gebu macam gambar ilutrasi itu.
4) Sos dia rasa macam kopi. I'm not sure IF black pepper terlalu banyak sampai aku rasa macam tu. 
5) Not recommended untuk budak kecik. Pedas dia menyengat.
6) Not my taste at all.
7) Mango pie sedap.

Kalau nak try, try la. Kalau takut nak makan pun takde siapa nak halang. Haha. Sekian review dari hakakkk.. Errr... siapa nak ajak makan free lepas ni? lalalalalala ~

July 25, 2016

Pemakanan Mengatasi Kanser

11:31 AM 4
Pemakanan Mengatasi Kanser

PENGENALAN 
Kanser atau barah adalah sejenis penyakit berkaitan dengan ketidakseimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan. Sel ini sentiasa akan bertambah (replikasi) mengikut aturan. Adakala sel ini bertambah secara tidak normal menyebabkan berlakunya ketumbuhan tidak normal atau dikenali sebagai tumor.

Kanser juga dikaitan dengan kegagalan manusia yang kurang makan sayur & buah.

Aku nak share sedikit pemakanan untuk kita sihat dan jauh dari kanser, InsyaAllah. Aku tak janji tips ni berkesan, tapi tak salah amalkan pemakanan yang sihat kan? Firstly, amalkan dengan GBOMS !

Apa itu GBOMS?
G - Greens
B - Berries
O - Onion
M - Mushroom
S - Seeds.

Seterusnya, kurangkan PROTEIN dalam hidangan & banyakkan MINUM AIR PUTIH.

Bukan tak boleh ambil protein, tapi jangan terlalu banyak. Sebabnya, protein adalah BAJA untuk kanser. Senang kata, protein ni boleh membiakkan kanser dengan cepat.

Itu adalah serba sikit. Tips ni diamalkan oleh seorang pengidap kanser tahap 4 tau ! Dan alhamdulillah, dia telah sihat tanpa melakukan rawatan kimo. Atas izin Allah SWT.

Semoga bermanfaat.

July 24, 2016

SENYUM PETANG #5 : Terbakar Loghat Johor

6:05 PM 0
SENYUM PETANG #5 : Terbakar Loghat Johor

Haha !
Tengah stress?

Senyumlah :)

[UPDATE] Mohd Akmal Hamdan, Kanak-Kanak Hanyut Di Taman Tasek Tambahan Dijumpai Di Sg.Klang

2:11 AM 0
[UPDATE] Mohd Akmal Hamdan, Kanak-Kanak Hanyut Di Taman Tasek Tambahan Dijumpai Di Sg.Klang
[UPDATE] Dukacita dimaklumkan, bahawa Mohd Akmal bin Hamdan, kanak-kanak yang hanyut dibawa arus pada 21 Julai 2016 jam 5:30ptg, telah ditemui di Sg.Klang.

Pada 21 Julai 2016 (Khamis), Akmal dikatakan sedang dalam perjalanan balik dari Sekolah Rendah Agama Tasik Tambahan, dan tergelincir jatuh ke dalam parit berdekatan sekolah pada jam 5.30pm.

Operasi pencarian bermula dari jam 5:45pm, hari yang sama dan pencarian diberhentikan seketika. Pada 22 Julai 2016, pencarian disambung semula namun masih tidak menemui apa2 tanda. Pelbagai team operasi yang bersatu dalam pencarian Mohd Akmal.

Sehinggalah 23 Julai 2016 (Sabtu) , mangsa telah dijumpai di Sg.Klang pada pukul 8:30pm. Mangsa dikenali melalui logo sekolah.

Bagaimana pertemuan dan dijumpai oleh siapa tidak diberitahu.



Aku ada satu penyakit paranoid. Aku selalu gambarkan perkara2 macam ni. Terus jadi sedih & sebak. Terbayang susahnya dia cuba menyelamatkan diri dari arus. Terbayang perasaan keluarganya. Risau kalau yang kena ni adik aku. Masa menaip ni pun mata rasa berair. Lagi sedih tengok video abang dia post kat IG semasa hayat hidupnya.

Syurga buatmu, insyaAllah. Yang datang, pasti kembali. Bermainlah kau di syurga sana :')

-Tunsha-

July 22, 2016

RESEPI MINUMAN DETOX EPAL UNTUK KULIT WAJAH GLOWING

9:00 PM 1
RESEPI MINUMAN DETOX EPAL UNTUK KULIT WAJAH GLOWING
RESEPI MINUMAN DETOX EPAL UNTUK KULIT WAJAH GLOWING - Inginkan wajah yang glowing dengan bahan semulajadi? Tak perlu sapu2, cukup korang minum dan amalkan selalu. InsyaAllah muka akan glowing, badan pun sihat je tau !

Aku saja nak share resepi air detox ni. Bahan yang digunakan agak sihat & sedap. Aku suka apple, lemon & peppermint. Cuma kalan kondisi aku yang sakit ni, aku tak boleh ambik apple terlalu banyak. By the way, resepi air detox ni akan menghalangi korang dari craving nak makan itu dan ini. Kena konsisten la, jangan hangat2 ayam je... heh !


RESEPI MINUMAN DETOX EPAL UNTUK KULIT GLOWING

Bahan-bahannya :
1/2 cawan epal merah yang dipotong dadu (tak perlu buang kulit)
3-4 hirisan lemon
4-5 daun pudina
1 st serbuk kayu manis
2 liter air

Cara-caranya :
Campur semua bahan dan biarkan dalam peti sejuk. Biar 1 hari best jugak. Rasa pun naik. Manis2 gitu. 

Nanti aku share resepi best2 lagi ye... Sekarang ni mood tengah gila kumpul resepi...hahaha!

SINOPSIS FILEM : KABALI [TAMIL]

7:48 PM 1
SINOPSIS FILEM : KABALI [TAMIL]


FILEM : Kabali
PENGARAH : Pa. Ranjith
PELAKON : Rajinikanth, Dinesh, Radhika Apte & John Vijay (menampilkan Norman Hakim & Rosyam Nor)

SINOPSIS
Mengisahkan tentang perjuangan seorang lelaki separuh baya bernama Kabali yang ingin melindungi perniagaannya dan juga keluarganya. Oleh kerana dia ni seorang gangster, maka ramaila musuh2 yang cuba menyerang keluarga dia. Tujuan untuk melemahkan lelaki ni tadi.

Persaingan dengan musuh ni tak lain tak bukan, semuanya kerana bisnes. Ini tidak mematahkan semangat Kabali.

Bisnes dan keluarga adalah penting tetapi berbeza. Kabali harus membuat pilihan sama ada menyelamatkan bisnes atau keluarganya.

So? Agak2 dia akan selamatkan yang mana dulu? Haaa peminat Rajinikanth silalah pergi ke panggung wayang !

[UPDATE] Kanak Kanak Lemas Masih Belum Dijumpai

11:47 AM 0
[UPDATE] Kanak Kanak Lemas Masih Belum Dijumpai
Assalamualaikum wbt. Sedih rasanya bila penduduk setaman mengalami nasib tak dijangka ni. Alkisahnya semalam seorang kanak-kanak hanyut dibawa arus ketika hujan lebat. Mangsa bernama Mohd Akmal bin Hamdan, 10 tahun, seorang anak yatim yang bersekolah di Sekolah Rendah Agama Taman Tasek Tambahan.

Aku membayangkan betapa sayu perasaan keluarganya bila menerima berita macam ni. Sampai harini masih belum dijumpai.

Team Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Dang Wangi dikerah ke lokasi bagi membantu PKOD Cheras dalam operasi pencarian.



Sesiapa yang melalui kawasan parit & longkang2 besar yang menuju ke Sungai Kerayong, andai ternampak objek seakan manusia terapung boleh call Balai Polis berdekatan atau agensi penyelamat adi talian 03-2687 1400.

Moga dipermudahkan operasi mencari ni. InsyaAllah.

Kanak-Kanak Hanyut Dibawa Arus Di Taman Tasek Tambahan, Ampang.

1:58 AM 2
Kanak-Kanak Hanyut Dibawa Arus Di Taman Tasek Tambahan, Ampang.
Assalamualaikum wbt. Hujan agak lebat petang semalam, sampai bilik kami lakibini pun banjir. Rasanya petang semalam adalah hujan paling lebat sepanjang musim hujan ni..

Lepas hujan dah reda, malam sikit aku ajak tuan suami pergi beli makan malam. Lapar katanya. Dalam perjalanan nak pergi kedai makan tu, banyak ahli bomba dengan penduduk Taman Tasek Tambahan berkumpul. Kami hanya syak kes pembunuhan sebab kat Ampang ni kes bunuh2 macam dah menjadi suatu kebiasaan pulak.. So takde laa apa sangat.

Then lalu depan Masjid Ubudiah, nampak ada 2-3 orang pakcik tengah intai2 kat parit depan masjid tu. Oleh sebab curious, aku suruh tuan suami tanya pakcik tu. Rupanya seorang budak sekolah agama berumur 10 tahun hanyut masa arus kuat petang tadi.




Kisahnya, dia bergurau senda dengan kawan2. Lepas tu tergelincir. Emm.. nak salahkan pun tak boleh kan sebab dah nama budak2. Segala marabahaya diorang tak berapa nak faham lagi. Pencarian dimulakan seawal jam 5.45 petang sehinggalah pukul 12.30 tengah malam tadi. Tapi still tak jumpa.

Info & sumber mengatakan pencarian dihentikan seketika. Mungkin kerana hujan.

Yang sedihnya, ada sumber yang tak bertanggungjawab membuat propaganda. Kata budak tu dijumpai dalam keadaan tak sempurna dan sebagainya. Info sahih tentang perjumpaan tersebut belum ada lagi.

Semoga kanak2 tersebut dijumpai. Amin.

July 21, 2016

REVIEW MAKAN : Nasi Ayam Hailam Damansara Utama (Ampang Point)

12:10 PM 0
REVIEW MAKAN : Nasi Ayam Hailam Damansara Utama (Ampang Point)

Assalamualaikum wbt. 

Siapa suka makan nasi ayam? Aku suka. Yup. Suka sangat especially nasi ayam hailam & hainan. Apa bezanya? Emm bagi aku adalah sambal. Kalau nasi ayam hainan, ada sos kicap dengan sos cili. Kalau hailam, ada sambal cili dan sambal halia. Gitulah.

Nasi ayam ni memang makanan orang Cina. 
So kalau nak tau nasi ayam tu sedap ke tidak, aku akan tanya tuan suami. Well, dia kan anak Cina !

So that day hari apa ntah hakakkk tak ingat, it was raining day. Perut lapar, kebulur, dahaga. And aku terus mengajak-ngajak ayam si tuan suami untuk makan. Then he did ask me :

-- " Makan nasi ayam, nak? " . Aku macam nak loncat2 je, macam tau2 je puan isteri mengidam nasi ayam. Then dia ajak aku pergi Nasi Ayam Hailam Damansara Utama, area Ampang Point.



Untuk sesiapa yang rasa was2, kedai ni ada sijil HALAL ye. 
Just in case kalau ada yang tertanya-tanya, halal ke? owner cina ke? bla bla bla kazambooo.



So this is. Aku order Steamed Chicken Rice. Ada satu kejadian masa aku nak makan, dimana aku tengah potong2 ayam guna sudu, tiba2 nasi terpelanting habis sepah kat baju aku. Terus hilang mood nak makan, sampai bergenang airmata uolsss. Tapi tuan suami kemain pujuk & bagitau --

.." It's normal sayang, semua orang akan melalui kejadian macam ni, at least sekali seumur hidup..".

OK. Lega. 
Boleh senyum tanpa dipaksa.

HARGA : RM 7.50



Tuan suami order Roasted Chicken Rice. Ini sedap, alhamdulillah. Aku punya pun sedap tapi sebab dia bagi bahagian peha, maka tekak aku tak terima sangat. Ayam dia moist gila kot! Tuan suami banyak kali cakap -- sedap, sedap, sedap. So memang sedap la. Chinese style , katanya.

HARGA : RM 7.50
+ 2 nasi tambah
+ 100 plus
+ Ice lemon tea
= RM 26

Harga berbaloi dengan rasa. So agak2 kalau nak makan nasi ayam lagi, boleh la makan kat sini. Tak boleh selalu lah ye, kopak duit. Haha!

Sebenarnya memang suka jalan2 cari makan. Nak travel tak mampu, so suka sangat kalau dapat makan ni. Tuan suami bulan ni ada duit lebih, dia asyik ikut tekak aku je. Aku pulak serba salah jadinya, tapi dia kata takpe. Heh !

Sekian.

Rowan Atkinson @ Mr Bean Meninggal Dunia?

1:01 AM 0
Rowan Atkinson @ Mr Bean Meninggal Dunia?
Assalamualaikum wbt. 

Adoi, kemain nak bergosip di malam hari, sebelum tido pulak tu. Kau rasa?

Takdelah. Aku macam baru nampak sekarang tengah trending nama Rowan Atkinson. Siapa tu? Encik Kacang kitalah. errr... I mean -- Mr Bean !

Mr Bean disahkan meninggal dunia akibat membunuh diri. Sebab dia bunuh diri adalah kerana terlalu stress dengan hidup. Persoalannya, betul ke? Atau agenda Yahudi semata2?



Macam ni la poster yang tersebar & tengah viral sekarang. Sebenarnya fitnah terhadap Mr Bean ni dah lama. 2013 pun dia pernah difitnah meninggal dunia. 2015 dituduh memeluk Islam. Dan kembali dengan fitnah meninggal dunia.

Sebenarnya Mr Bean tengah happy2 je dengan anak bini dia. Cuma dia masih menjalankan rawatan di Rehabiliti. So BERITA KEMATIAN MR BEAN ADALAH TIDAK BENAR !

Emm.. macam2 agenda terhadap nama2 besar macam ni kan? Terkejut jugak. Aku memang tak pernah bosan layan cerita Mr Bean ni walaupun orang cakap macam bodoh. Tapi inilah cerita zaman2 childhood aku dulu. hiks~

UPDATE : Ada logik tak pasal poster ni? "Mr.Bean Mati Kerana Bunuh Diri" .. Kalau ingat starting cerita ni macam mana, comfirm faham apa yang tersirat.. Cuba tengok tahun dia.. 1995 - 2016. Mean, "Mr.Bean" dah tak akan ada kesinambungan. Haaa gittew ~ Bukan Rowan Atkinson yang mati ye.

July 18, 2016

RESEPI : AYAM RANGUP BERSALUT SOS MANIS PEDAS ALA KOREA

8:45 PM 2
RESEPI : AYAM RANGUP BERSALUT SOS MANIS PEDAS ALA KOREA
RESEPI : AYAM RANGUP BERSALUT SOS MANIS PEDAS ALA KOREA - Resepi ni aku cedok dari page Maangchi tukang masak Korea yang famous kat Youtube tu... Hari2 kalau aku lapar, aku memang suka tengok video ni... inspirasi sangat ! Aku suka tengok style dia bercakap.... sometimes dia masak binatang haram tu pun aku layankan jugak... Well, dia guna piggy, kita tukarlaaa daging lembu ke hape.... No need to geli2 sangat... bukan bau pun.. hiks...

Resepi Maangchi ni dalam Bahasa Inggeris tapi aku translate dalam Bahasa Melayu. Aku ada derhaka sikitlah resepi ni ikut tekak aku. Resepi asal guna halia tapi aku tak berapa suka, aku tukar dengan bawang putih. Rice syrup aku tukar kepada madu. 

Kredit photo & recipe : Maangchi

RESEPI AYAM RANGUP BERSALUT SOS MANIS PEDAS ALA KOREA
Bahan-bahan ayam goreng :
3½ pound kepak ayam (lebih kurang 1.6kg)
½ st garam
½ st serbuk lada hitam
1 ulas bawang putih - cincang
2 @ 3 cawan tepung kentang / tepung jagung
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya :

Basuh dan lapkan kepak ayam menggunakan kain @ tisu dapur. Pastikan ayam dalam keadaan kering sikit.


Lumurkan kepak ayam tadi bersama garam, lada hitam & bawang putih cincang. Perap sebentar.


Selepas itu, salutkan kepak ayam dengan tepung kentang @ tepung jagung.


Panaskan minyak dan kecilkan api, goreng sehingga ayam garing dan angkat. Sejukkan.

Kemudian, goreng untuk kali kedua.. Kita panggil cara ni sebagai double fry. Setelah ayam agak garing, bolehlah diangkat & ketepikan.

Bahan-bahan sos :
4 ulas bawang putih - cincang
3 - 4 biji cili kering - gunting kasar
¼ cawan kicap soya cair
½ cawan madu
1 sb cuka
1 sb mustard (optional)
1 sb gula perang

Cara-caranya
Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang putih dan cili kering. Setelah naik bau, masukkan kicap soya, madu, cuka, mustard dan gula perang.. Masak sehingga sedikit pekat.


Masukkan ayam yang digoreng tadi.. Gaul2kan dan tutup api. Taburkan daun bawang yang dihiris jika perlu.. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Tak Semua Bangladesh Tu Jahat

3:48 PM 2
Tak Semua Bangladesh Tu Jahat
Assalamualaikum wbt.

Tak semua orang sukakan warga pendatang asing, especially Bangladesh... Aku pun tak ada idea kenapa... Tapi setahunya, sebab warga diorang ni suka rosakkan anak bini orang... hmm.... kalau nak ikutkan, warga Malaysia pun lebih kurang peel-nya..

Apa yang aku salute warga asing terutama Bangladesh ni, sebab kerajinan diorang bekerja... gigih jalan kaki berbatu untuk mendirikan solat Jumaat... cuma satu aku tak gemar, depa kalau berjalan macam kat tempat depa sendiri... main jalan je tengah2 jalan... tak fikir bahaya terhadap diri sendiri atau orang lain.. hmmm....


Ini Shawn. Cleaner kat Unit Hemodialisis Ampang. Aku tak sure dia warganegara apa sebenarnya... Bangladesh atau Myanmar.. Shawn akan marah kalau kami panggil dia Bangla... Dia akan cakap dia Myanmar... Tapi cara percakapan tu memang iras2 Bangladesh... hahahha... tak kisahlah...

Aku salute Shawn sebab dia rajin bekerja... Semua kerja dia buat, dari kerja cleaner sampai attendence... Dia yang tolong kemas katil, dia yang tolong angkat patient yang susah nak bangun... dia tolong ambikkan air... Mintak je laaa tolong apapun, kalau dia free... dia tolong... Kekadang tak suruh pun dia tolong...

Kadang2 aku ada jugak terbuat kerja dia, bentang cadar & lap meja... Alih2 aku kena marah dengan Shawn sebab buat kerja dia.... emm... sengaja aku abadikan cerita mengenai Shawn ni... Sebab aku tak pernah jumpa cleaner kat hospital serajin Shawn.... 

-Tunsha-

REVIEW MAKAN : Sari Ratu Prima, Ampang Point

11:16 AM 2
REVIEW MAKAN : Sari Ratu Prima, Ampang Point

Assalamualaikum wbt.

Bertahun rasanya mengidam nasi padang ni... Dari sebelum kahwin sampai lah dah 3 tahun ni... Mengidam lebih, tapi tak terlaksana lagi... Sampailah hari Jumaat lepas, tuan suami ajak aku pergi makan nasi padang.... nak hilangkan kempunan puan isteri katanya...

Tempat yang aku suggest adalah Pelita Nasi Padang, dekat Taman Putra Sulaiman.. Punyalah pusing2 satu taman, tak jumpa2 tapi tuan suami tak putus asa, dia punyalah round sampailah terjumpa lokasi yang dimaksudkan tapi hampa ------ sebab Pelita Nasi Padang dah tak ada kat situ ! Bertukar jadi kedai makan lain pulak... punyalah sedih.....

Aku ada sedikit kecewa.... then tuan suami tanya, mana lagi ada nasi padang? So aku baru teringat, area Ampang Point ada saru restoran nama Sari Ratu Prima.... kami try makan kat situ...

Masuk2 kedai, aku tengok lauk dah tak macam varieties... Aku datang pukul 2petang gitu... Orang pun dah takde, tinggallah kami berdua baru nak mengisi perut... its ok la... Aku ambik apa yang ada je... Dah masuk, takkan nak keluar pulak...


Gulai Nangka
Terung Balado
Ayam Goreng Special
Ikan Keli
Sambal Balado
= RM 44.25 .

Actually aku tak kisah dengan harga sangat sebab still mampu laaa setakat sebulan sekali nak makan... Hahhaha..... ! aku selalu je mengadu aku susah tapi asyik update makan kat luar..... Kalaulah orang tahu duit yang kami makan ni dari hasil jimat cermat duit OKU tuan suami + duit orang sedekah kat kami... Emmm sekali sekala nak merasa gak makan luar dari kotak...

So... meh nak review sikit..

REVIEW

1) Makanan yang so-so saja.. Takde rasa macam -- "wowwww! sedap gilerrrrrr" ! takde arr camtu.

2) Portion kecik teramat.. dah la depa yang serve, kita tak boleh ambik sendiri.. (kalau ambik sendiri, mahal lagi gamaknya)...

3) Ayam goreng special tu mahal giler rasanya... isi sikit giler.. seriously rasa tak berbaloi langsung..

4) Harga not affordable :)

5) 1.5 out of 5.
.
.
Apapun, itu hanya pendapat aku sebagai customer yang first time makan kat sini.... Bagi aku tiada apa yang menarik untuk aku gambarkan... Emm... Aku cakap dengan tuan suami, kalau ada duit pun mungkin aku dah taknak makan kat sini dah...

Sekian.

July 17, 2016

Penulisan Itu Berdarjat......

10:59 AM 5
Penulisan Itu Berdarjat......
Assalamualaikum wbt

Hidup ini penuh dengan positif dan negatif. Tapi, sejauh manakah positifnya kita terhadap kehidupan?? Actually, kehidupan aku terlalu banyak protokol... Banyak yang TAK BOLEH dari yang DIBOLEHKAN... ada saja yang tak kena...

Bukan protokol aku, tapi protokol orang..

Kesannya? Aku jadi agak depress dan emosi.. Penerimaan aku terhadap protokol itu memberi impak yang sangat negatif pada diri aku... Contohnya, aku suka menulis.. Tapi bila kesan negatif tu ada pada diri aku, aku terus hilang fokus dengan apa yang ingin aku sampaikan..


Kenapa jadi macam tu? Sebab aku terlalu banyak berfikir... Dan sentiasa bandingkan hidup aku dengan orang lain... well.. it's not good for myself includes my health also, I know.

Nak jadi positif bukan mudah..... kau harus hidup dalam suasana yang positif... fikir perkara2 yang positif jugak......

Cinta aku pada penulisan sebenarnya menebal.. Tu sebab aku sayang nak tinggalkan dunia blogging ni walaupun selalunya idea aku jadi tepu... Harini, aku dapat satu ilmu baru.. Alhamdulillah... Bermanfaat untuk aku supaya aku kekal positif dan tidak terlalu mendabik dada... InsyaAllah.



Darjat Dalam Penulisan terbahagi pada (4) :

1) GRADE A : Penulisan sentiasa sebut dan mengingati tentang kebesaran Allah SWT.
2) GRADE B : Bercakap @ sembang kosong & tiada iktibar atau apa2 kebaikan,
3) GRADE C : Bercakap membangga diri, sifat keakuan atau sombong.
4) GRADE D : Bercakap keburukan orang, membuka aib dan seumpamanya.

Semoga bermanfaat, salam Ahad.

July 14, 2016

RESEPI KERABU KAKI AYAM

6:39 PM 2
RESEPI KERABU KAKI AYAM
PENGENALAN - Baba & Nyonya (juga dikenali sebagai Peranakan) adalah golongan keturunan Cina yang unik di-antara kaum Cina yang lain, khususnya di Melaka. Tetapi kebanyakan mereka tidak mahu mengakui mereka adalah bangsa Cina sebaliknya lebih bangga mengaku mereka adalah dari keturunan rakyat British..

Cara masakan mereka kebanyakannya diresapi oleh cara pemasakan Melayu... Menjadi kebiasaan mereka juga makan menggunakan tangan..

Salah satu jenis makanan yang popular dikalangan Baba Nyonya adalah Kerabu Kaki Ayam... aku kalau makan ni tak boleh stop... suka betul dengan kaki ayam... lemak2 masam manis masin tu aduhhh..... menambat selera....... kah ! over plak drama kau...


cats

RESEPI KERABU KAKI AYAM
Bahan-bahan :
10 ketul kaki ayam (rebus & buang tulangnya, ambil isi)
segenggam daun ketumbar - dicincang kasar
1/2 ulas bawang merah - hiris halus
1 biji cili merah - hiris
1 cawan lobak merah - hiris halus
1 biji tomato - dipotong dadu

(Bahan campuran)
2 sudu besar sos ikan
1 sudu teh belacan
2 sudu besar kerisik
1 sudu teh gula
4 sudu besar jus limau
1 sudu besar sos cili

Cara-caranya :
Campurkan semuanya... sesuaikan rasa.. boleh digantikan dengan sotong yang dicelur sebentar dan dihiris halus.

Cheers.

July 02, 2016

Takziah : Pelakon Veteran Aziz Singah Meninggal Dunia Malam Tadi.

4:30 AM 5
Takziah : Pelakon Veteran Aziz Singah Meninggal Dunia Malam Tadi.

Assalamualaikum wbt.

Untuk makluman semua, pelakon veteran yang popular, Datuk Abdul Aziz Singah (75), telah meninggal dunia pada jam 11.30 malam di kediamannya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, akibat penyakit kanser yang dihidapinya.

Arwahyarham pernah popular dalam drama Sembilu lakonan bersama Aznah Hamid, Zed Zaidi & Hetty Sharlene.. Beliau juga dikenali dalam drama Maria Mariana.

Berasal dari Negeri Sembilan, arwah adalah seorang Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman). Selain itu, Yang Dipertuan Besar of Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman telah berkenan mengurniakan Darjat Darjat Dato' Setia Negeri Sembilan (DSNS) , yang membawa gelaran "DATUK" kepada Abdul Aziz Singah, pada 18 Julai 2005..

Hilang satu lagi butir permata.. Al-Fatihah.. Semoga roh-nya tenang dan ditempatkan bersama orang2 yang soleh. Ameen.

6 Kesalahan Jalanraya Yang Akan Dibawa Ke Mahkamah

4:12 AM 1
6 Kesalahan Jalanraya Yang Akan Dibawa Ke Mahkamah

Wah... sekarang ni jangan main2 uolssss.... Korang takkan kena saman dah kalau lakukan kesalahan trafik... Tapi akan terus didakwa di mahkamah -- huhu ! That's why rasa macam malasnyeeeeeeeeee nak driving.... well... hakakkk memang fobia driving... Baru tekan minyak dah terbayang excident... Ada hati sangat nak bawak kereta....

So, berbalik pada cerita tadi.. JPJ dah cadangkan... Ada 6 kesalahan yang akan buat korang naik mahkamah dengan senang hati... ^^~

πŸ”Ž Gagal mematuhi lampu isyarat
πŸ”Ž Memotong di dua garisan berkembar
πŸ”Ž Memandu di lorong kecemasan
πŸ”Ž Memotong barisan
πŸ”Ž Menggunakan telefon bimbit semasa memandu
πŸ”Ž Tidak memakai tali pinggang keledar dan tidak memakai topi keledar

Walaupun tak bawak kereta, hakakkk tetap rasa seram uolsss.... Sebab yang terakhir tu hakakkk selalu buat.... Bila pakai tali pinggang je sesak nafas :( Ada excuse tak? Haha... Rasa nak cheer2 dulu laaa...

July 01, 2016

Mood Raya Yang Mati..

12:58 PM 0
Mood Raya Yang Mati..
26 Ramadhan 1437h

Assalamualaikum wbt -- salam Jumaat.

Harini Jumaat terakhir dalam bulan Ramadhan.. Tak lama lagi nak raya dah.. Tapi aku rasa kosong je tahun ni... Tak tahu laa.. Aku dah tak rasa excited macam tahun2 sebelumnya... Orang cakap kalau dah takde feel nak raya tu maksudnya dah nak mati --- emm.. pendek umur la kisahnya...

Entah,

Tahun ni, raya tanpa seorang nenek.. Arwah opah dah 10 tahun tinggalkan kami... Lepas tu arwah maktok menyusul tahun lepas... Yang tinggal cuma atok..  Dekat kampung pulak, tinggal Maktok Trong (panggilan untuk adik arwah opah) .. Itupun mama pujuk balik... Aku tetap rasa malas je... Mungkin condition badan aku... Yang tak tahan panas dan cepat letih...

Baju raya pun ada takde je... tuan suami lagi kesian.. Takde dah baju untuk dia... Pakai jela tahun lepas punya... Mood terpesong gara2 tuan suami berhenti kerja... Duit pun banyak habis sebab terpaksa makan kat luar... emm.. aku tidak dibenarkan masak di rumah ni :(

So, korang punya mood raya macam mana?