Solat Sunat Tarawih Paling Cepat - Tunsha Ayunie Punya Belog

June 09, 2016

Solat Sunat Tarawih Paling Cepat

Solat sunat tarawih adalah solat sunat yang dilakukan di bulan Ramadhan... Ramai yang ingin mengumpul pahala menerusi solat sunat tarawih.. Tapi tak kurang jugak ada yang jenis malas nak lakukan solat tarawih ni sebab lambat katanya.... Kekadang pulak imam baca sampai tertido kita kat belakang.. Its normal, pernah terjadi pada aku...

Dewasa ni dah belajar sikit2, bahawa solat tarawih harus dipercepatkan.. Yela, orang berbuka perut tengah penuh, dah imam baca ayat berjela, si makmum dah berkata2 dalam hati... terus hilang kusyuk...

2 Bolehkah Shalat Tarawih dengan Tergesa gesa
Gambar hiasan semata.

Di satu daerah di Indonesia, solat sunat tarawih sebanyak 20 rakaat termasuk solat sunat witir 3 rakaat, hanya mengambil masa selama 7 minit ! [VIDEO]

Menurut KH Diya’uddin, solat itu cepat kerana imam hanya membaca doa2 yang wajib contohnya niat, takbirotul ihram, bacaan Al-Fatihah dan ayat pendek Al-Quran hingga salam....

“... Doa rukuk, kita singkat cukup Subhanallah... Lain-lain hanya Allah-Allah saja. Tahiyat akhir juga hanya dengan bacaan selawat untuk Nabi Muhammad kemudian salam,” jelasnya.

Ntahla, tak berani cakap sesat ke hape... Tapi meremang bulu roma hakakkk tetiba... Yela, mazhab kadang berbeza kan.... Just info, don't be so judgemental ya :) By the way, kisah ni tahun lepas punya... saja nak share...

Seorang Gadis Marhaenis,
-Tunsha-

1 comment:

  1. 20 rakaat 7 minit aje! Wah, ni memang superfast. Kalau naik LRT pun kita belum sampai destinasi, orang dah habis berterawih!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.