[SINOPSIS] Drama Samarinda TV3 - Lambaian Ramadhan - DARI JARI NOVELLA

June 02, 2016

[SINOPSIS] Drama Samarinda TV3 - Lambaian Ramadhan

13277661 275434282844805 1159005289 n

Sempena kedatangan Ramadhan al-Mubarak yang bakal tiba tak lama lagi, TV3 menyajikan sebuah rancangan yang menarik khas untuk penggemar drama.. Diterbitkan oleh A.Aida Production Sdn Bhd, dan melalui arahan Along Kamaluddin, slot Samarinda, telah menayangkan sebuah drama berjudul Lambaian Ramadhan, khas untuk tontonan satu keluarga laa kekdahnya...

Aku dah lama tau tak layan TV3,..... almaklum, mak mertua selalu layan cita omputeh dgn. cina je... tuan suami pun suka tengok action movie... TV plak satu je... hakakkk ni mereput jelaaa dalam bilik... Tau2 ada drama best ni.... Rasa nak tengok laa pulak.... Lagipun Elizad dengan Puteri Balqis yang berlakon.... arghhh lagi menepek badan depan TV laa kan... heh !

JUDUL : LAMBAIAN RAMADHAN 
PENGARAH : Along Kamaluddin 
WAKTU TAYANGAN : 10malam di TV3
PELAKON : Adi Putra, Siti Elizad, Puteri Balqis, Izz Ikmal, Muntazar Ghufran, Reen Rahim dan Qazim Nor.

SINOPSIS
Kisah pergolakan rumahtangga antara Shila (Siti Elizad) & Adam (Adi Putra). Awalnya diorang ni hidup bahagia dan dikurniakan tiga orang anak, Iman (Izz Ilham), Iskandar (Muntazar Ghufran) dan Nurin (Puteri Balqis).. Kebahagiaan suami isteri ni tadi tak kekal bila wujud perampas suami orang *haha*, iaitu Warda (Reen Rahim). Sebenarnya Adam ni boyfriend lama si Warda ni...

So Warda ni berjaya pulak tawan hati Adam.. Dan Adam ni pulak start curang dengan Shila.. well.. untuk kepentingan bisnes katanya.. Akibat kehadiran Warda ni tadi, Adam mula lupakan tanggungjawab terhadap isteri dan anak2, dan tanpa dia sedar, Nurin mengidapi penyakit kronik..

Saksikanlah drama berepisod yang bakal menyentuh emosi dan sediakan tisu banyak2 ye... kbai.

Seorang Gadis Marhaenis,
-Tunsha-

2 comments:

  1. kalau ada budak balqis tu
    memang nak kena standby tisu bebanyak...hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.