REVIEW FILEM - The Lazarus Effect : Yang Mati Dihidupkan Kembali - Monolog Aku Cuma Di Kiri

June 14, 2016

REVIEW FILEM - The Lazarus Effect : Yang Mati Dihidupkan Kembali

a1

THE LAZARUS EFFECT : YANG MATI DIHIDUPKAN KEMBALI | Beberapa hari lepas baru lah ada chance nak tengok TV.. knowing astro, cerita semuanya tak semenggah & berulang... Lepas tu tuan suami offer tengok cerita ni... Disebabkan aku sukakan cerita berkaitan sains, fizik, kimia segala mak nenek tu, maka aku layankan je... Dah dia kata best... Meh baca sinopsis dulu.

a3

FILEM : The Lazarus Effectt (2015)
GENRE : Sains Fiksyen, Seram
PENGARAH : David Gelb
PELAKON : Olivia Wilde, Mark Duplass, Donald Glover, Evan Peters, & Sarah Bolger.

SINOPSIS
Mengisahkan tentang satu kumpulan mahasiswa yang mengambil bidang kedoktoran.. Diorang ni tengah buat satu kajian untuk menghidupan sesuatu yang mati..  Ketua kumpulan ni adalah pasangan suami isteri, Zoe (Olivia Wilde) dan Frank (Mark Duplass).. Dibantu oleh sahabat2 diorang yang lain iaitu Eva (Sarah Bolger),  Clay (Evans Peter) dan Nico (Donald Glover).

Diorang ni cuba untuk hidupkan anjing diorang yang dah mati... Anjing tu nama Rocky kalau tak silap.. So nak jadi cerita, Rocky ni berjaya dihidupkan... Tapi perkara lain jadi, Rocky tak jinak macam dulu... Dia jadi anjing yang liar dan terpaksa dikurung...

a2

Then makmal tempat student2 ni belajar kena rampas pulak.. One day, diorang curi2 masuk.. still nak buat kajian... Malang tak berbau, Zoe mati lepas kena renjatan elektrik... Frank yang tak dapat terima kenyataan, berusaha menghidupkan Zoe... Zoe juga berjaya dihidupkan.. Awalnya nampak Zoe normal macam takde apa... Lepas tu dia macam kena rasuk, habis satu2 kawan dia kena bunuh...


REVIEW
Filem ni mengingatkan aku pada filem LUCY... Aku pun tak tahu kenapa aku boleh ingat cerita tu... Hmm... Bagi aku, cerita ni dah ada jalan penceritaan, tapi tak kuat.... Adegan kawan2 dia yang kena bunuh tu just simple sangat... I'd expected moreeeeeeeeeeeee --- Tak ada komen yang banyak kat sini, cuma so simple... Untuk tengok secara berulang, rasanya tidak... sekian.

Rating : 2.5 out of 5

Seorang Gadis Marhaenis,
-Tunsha-

3 comments:

  1. Aku letak up sikit je 3/5 hehe...

    ReplyDelete
  2. Akak dah tengok cerita ni. Biasa-biasa aje. Takdalah luar biasa sangat.

    ReplyDelete
  3. kiranya membosankan lah jugak ye

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.