REVIEW FILEM : The Conjuring 2 : Rahib Yang Jahat - Monolog Aku Cuma Di Kiri

June 18, 2016

REVIEW FILEM : The Conjuring 2 : Rahib Yang Jahat


FILEM : The Conjuring 2
GENRE : Seram
PENGARAH : James Wan
PELAKON : Patrick Wilson, Vera Farmiga, Madison Wolfe, Frances O'Connor, Lauren Esposito, Benjamin Haigh, Patrick McAuley dan Simon McBurney

SINOPSIS
Peggy Hodgson, seorang ibu tunggal yang mempunyai 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan iaitu Margaret, Janet, Johny & Billy. Kehidupan mereka tidaklah begitu senang... Malah bermasalah kerana Peggy perlu menanggung anak2nya sedangkan suami dia lepas tangan je..



Kisah bermula dalam sebuah rumah apabila Margaret & Janet bermain ' Papan Memanggil Roh '.... Mulanya, tiada apa2 yang berlaku sehinggalah Janet asyik diganggu... Margaret sangka Janet mengalami sleepwalking... Hari demi hari, Janet asyik dirasuk dengan roh yang bernama Bill Wilkins... Perkara ni terus menular ke media... Ada yang membuat spekulasi bahawa keluarga ini menipu....



Ahli Demonologist, Ed Warren & Loraine yang mewakili pihak gereja, terbang ke London untuk mencari bukti dan membantu keluarga Peggy.. Sesampainya mereka ke rumah Peggy, mereka diberikan bahan bukti seolah Janet mengada-adakan kerasukan itu... Perkara itu telah membuat Peggy tertekan....



Dalam pada itu, Lorraine sering dihantui dengan kuasa jahat yang menyerupai seorang rahib... Tapi apa kena mengena roh jahat ni dengan Bill Wilkins? Haaa kena tengok la kan..

REVIEW
1) Filem ini adalah dari kisah benar dan babak seram adalah ketika suara rasukan kerana ianya juga adaptasi dari audio yang sebenar ! [KLIK]

2) Pada mula2 babak, memanga da ketegangan dan agak boring sikit... Bagi aku agak kelam kabut, knowing The Conjuring... awal2 memang serabut sikit ceritanya..

3) Ed Warren diganggu bayangan seorang rahib dan melukisnya.. Kemudian Lorraince pulak mendapat bayangan bahawa rahib tersebut akan menjadi punca kematian Ed Warren.. Masa ni dah terfikir2... Apa plak kaitan rahib tadi dengan kes keluarga si Peggy?

4) Klimaks cerita ni baru tunjuk apa kaitan roh jahat rahib tu dengan Bill Wilkins.. akhir cerita semuanya sangka Ed Warren mati...


 

5) Untuk yang jenis jantung tak kuat, rasanya tidak disarankan tengok... aku yang duduk straight atas kerusi, punya terkejut sampai kaki jadi ke atas... tak pasal2 orang belakang ketawakan aku...

6) Ada jugak babak seram yang berjaya kejutkan tuan suami... Tuan suami kan tak takut hantu, tapi dia terkejut tu sampai tercarut2 dalam panggung...

7) Paling sweet adalah babak romantik Loraine mengajak suaminya menari bersama...

TERIMA KASIH SEBAB BACA.

Seorang Gadis Marhaenis,
--Tunsha--

4 comments:

  1. Akak memg xla nk tgk filem2 seram nih....

    ReplyDelete
  2. pnh tgk conjuring 1 dlu..tatoottt..

    kt wyg ph tgk annabelle...

    ReplyDelete
  3. LA NI DH XMINAT NK TONTON FILEM SERAM SHA...TAKUT XLENA TIDUR.

    ReplyDelete
  4. Tak cukup semangat nak tengok cerita macam ni.. Hheehee Reen jalan-jalan sini sambil komen dan follow.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.