[REVIEW EPISOD AKHIR] Drama Samarinda TV3 - Lambaian Ramadhan - Monolog Aku Cuma Di Kiri

June 30, 2016

[REVIEW EPISOD AKHIR] Drama Samarinda TV3 - Lambaian Ramadhan


Baru sempat tengok via online cerita Lambaian Ramadhan ni... last episod tadi.. Tapi tak sempat nak tengok sebab tuan suami belanja makan sempena anniversary kami yang ke-3 tahun... Oklah, jomlah baca apa terjadi di episod akhir tadi...

PLOT
Adam mengambil keputusan untuk meninggalkan Warda sebab dia sedar dia masih menyayangi isterinya Shila dan juga anak2 dia... Lelaki macho je weh yang masih ada perasaan sayang dan kasih ni... So lepas dia tinggalkan Warda, Warda pun apalagi.... meroyan laa.. Dia kental pujuk2 Adam tapi Adam bolayan je dengan dia... Sudahnya, Adam kena tumbuk dengan abang Warda... Tapi Adam tetap dengan keputusan dia untuk tidak berbalik pada Warda...

Adam dengan Shila dah semakin rapat... Dah start loving2 macam zaman bercinta.. Itu yang buat anak2 diorang ni seronok..... Nurin pulak dah nampak tenat, tapi famili dia taknak menampakkan muka diorang sedih so diorang buat muka happy2 je..


Then Nurin ajak famili dia balik kampung... Rindu atok nenek katanya... Malam tu, Nurin ajak famili dia buat terawih kat rumah.... Sebelum tu dia dah pakai siap2 baju raya... Nak bergambar dengan abang2 dia..... Selesai je solat terawih, Nurin pun hembuskan nafas yang terakhir..

REVIEW
Jalan cerita pun cliche .... Mean, dah boleh agak apa yang berlaku... Kekuatan dalam cerita ni adalah Puteri Balqis & Elizad... 

Cuma bagi aku, pasal Warda tu terlalu simple... kalau buat dia meroyan sampai masuk psikatrik ok jugak kan?? Haha ! 

By the way, episod akhir ni dari mula dah buat aku nangis.... Watak Shila ni mengguriskan perasaan  hakakkkk especially bila dia menangis..

So, 5 bintang.. Tahniah Along Kamaluddin ! Dan semua crew2 ~

1 comment:

  1. ala...akak tak tengok pun auni...eh..nama anak akak pulak..hehhe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.