RESEPI : Kerabu ikan Bilis - Monolog Aku Cuma Di Kiri

June 13, 2016

RESEPI : Kerabu ikan Bilis

8 Ramadhan 1437h.

Dah lama tak blogging rasanya.. sebab mengekor je tuan suami pergi kerja... Maklumlah, bosan tak ada kawan.... Kat tempat kerja dia best la sikit... Ada aircond lagi... hihi...

Teringat satu jenis kerabu masa makan kat kedai Thailand.. Kerabu mangga sebenarnya, tapi dia sprinkle dengan ikan bilis... Ikan bilis tu rasa manis2... Sama macam aku ikut mama pergi makan kat Restoran Chiangmai, beli ikan bilis Thailand tu... sedapnya.....

Sebenarnya, nak abadikan resepi Kerabu Ikan Bilis dalam blog ni, semoga ada masa nak buat nanti...


str2 is 3108 chef ikanbilispdf
Ilustrasi Semata.

RESEPI KERABU IKAN BILIS
Bahan-bahan :-
  • 1 mangkuk ikan bilis goreng

(hiris halus)
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 1 batang serai
  • 1 pokok daun ketumbar
  • 3 helai daun limau putus
  • 1 biji bawang holland
  • 1 biji tomato
  • 5-11 biji cili padi

Bahan perasa :-
  • 8 biji limau kasturi (ambil jus)
  • 2sb gula perang
  • 2sb sos ikan

Cara-caranya :-
  • Campur semua bahan perisa sehingga gula cair. Masukkan bahan2 hiris dan gaul hingga mesra. Masukkan ikan bilis, gaul dan hidangkan.
Senang gila kan?? meratah cenggitu pun sedap kekdahnya... selamat mencuba !

Seorang Gadis Marhaenis
-Tunsha-

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.