Header Ads

Google Doodle #2 : Perayaan Duan Wu

dragon boat festival 2016 5688885083373568 hp

GOOGLE DOODLE : PERAYAAN DUAN WU | Buka je new tab, nampak pulak gambar si naga ni... Aku kahwin dengan anak cina, so memang sinonim laa dengan naga kan... Cuma, apa simbolik yang cuba Google bawakan?


a2


Perayaan Duan Wu atau Perayaan Bot Naga ialah salah satu perayaan traditional bagi masyarakat Cina..  Aktiviti perayaan ini adalah dengan memakan bak chang dan berlumba dengan menggunakan perahu/bot naga.

Terdapat beberapa teori mengenai asal usul perayaan ini..

Yang paling diingati adalah tentang seorang sasterawan terkenal bernama Qu Yuan. Beliau dituduh sebagai pengkhianat negara dan dibuang negeri.. Oleh kerana beliau terlalu sedih, beliau terus terjun ke dalam sungai dan nekad membunuh diri. Qu Yuan sempat menulis sajak yang mengatakan tentang gejala rasuah di negerinya..

Apabila penduduk kampung tahu akan perkara ni, mereka berlumba2 dengan menggunakan bot naga untuk mencari mayat Qu Yuan tapi tidak dijumpai.

Oleh kerana risau mayat Qu Yuan dimakan ikan atau haiwan di dalam sungai, penduduk kampung mencampak Bak Chang ke dalam sungai.

a1
 . Bak Chang .
(feveret hakakkk ni)

Maka hingga ke hari ini masyarakat Cina berpegang kepada kepercayaan ini dengan harapan mayat Qu Yuan tidak dimakan haiwan sungai.. Perayaan Bot Naga ini adalah sebagai tanda memperingati jasa Qu Yuan.

Sekian info untuk hari ini... Tetiba lapar pulak tengok Bak Chang tu kan....

Seorang Gadis Marhaenis,
-Tunsha-

3 comments:

  1. salam ramadhan...

    jom join GA..

    http://ayubarbydol.blogspot.my/2016/06/first-giveaway-ramadhan-2016-by-ayu.html

    ReplyDelete
  2. Oh, akak ada nampak juga tapi takdalah nak ambil peduli katanya! Dok fikir juga ada apa event besar ke google letak doodle macam ni!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.