6/1/16 - Monolog Aku Cuma Di Kiri

June 30, 2016

Kisah Seram : Rumah Berhantu Di Flat Sungai Besi !

4:39 AM 2
Kisah Seram : Rumah Berhantu Di Flat Sungai Besi !

Kisahnya bermula bila seorang mamat bernama Ayep pindah rumah... Awalnya dia ni ada praktikal kursus Mechanical... so dia bercadang laa nak cari bilik sewa... Kalau rumah macam mahal pulak... Sebelum tu dia menapak kat bilik adik dia kat UniKL..

Nak jadi cerita... dia pun dapat laa satu bilik sewa kat Sungai Besi... rumah flat je pun... dapat pulak tingkat atas sekali... Lepas dah bayar deposit semua, dia pun berpindah.... Awal2 pindah dia dah dengar bunyi pelik2 atas bumbung tapi dia bolayan je laa --- ''ahh mungkin tikus ke kucing ke main kejar2 tu..'' haaa gitu laaa dalam fikiran dia...

Walaupun hanya bilik, tapi sebab tuan rumah tak selalunya ada kat rumah.. Ayep ni anggap jela rumah tu macam rumah dia..... Cehh sempat tu berlagak jadi tuan rumah.... Haa !! Gangguan atas bumbung tu hari2 ada tapi si Ayep ni dah lali sangat... Sebab memang takde apa yang mengganggu dia sampailah 6 bulan selepas dia tinggal kat rumah tu..

Suatu hari dia tengah tengok TV... Citer Maharaja Lawak Mega ...Lepas tu tetiba dia dengar bunyi yang sayup2 macam tengah meneran ----- "herghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh !!" tapi dia still buat cool... Lepas tu dia boleh cari pulak bunyi tu datang dari mana...

Orang tua2 cakap... Kalau bunyi slow maknanya "benda" tu dekat dengan kita... kalau bunyi kuat maknanya "benda" tu jauh... Dan bunyi yang Ayep dengar ni slow aje..... Selepas dah tercari2 tu... Boleh pulak hijab dia terbuka sampai nampak benda tu depan dia... Sejenis susuk bewarna hitam dan rambut panjang mengurai menutupi muka...


Ayep nak lari tapi macam tak berdaya so dia decide masuk bilik, bukak je laa surah2 yang ada... Then cuba untuk lelapkan mata walaupun menggigil sampai nak terkencing... Nak kencing pun kena tahan tau... Takut punya pasal....! Akhirnya dia terlelap jugak...

Esoknya , Ayep terus blah dari rumah tu dan balik ke kampung... Dalam masa yang sama dia dah habis pun praktikal dia so memang hantu tu muncul on time laa....   Ayep tak sempat pun bertanya tuan rumah pasal hantu tu... Tapi pelik kann?Tuan rumah dah ada rumah sendiri tapi selalu sangat dia menumpang tido kat rumah kawan dia kat Dato' Keramat.... haaaaa~~~ tetiba macam terseram plak....

[REVIEW EPISOD AKHIR] Drama Samarinda TV3 - Lambaian Ramadhan

2:56 AM 1
[REVIEW EPISOD AKHIR] Drama Samarinda TV3 - Lambaian Ramadhan

Baru sempat tengok via online cerita Lambaian Ramadhan ni... last episod tadi.. Tapi tak sempat nak tengok sebab tuan suami belanja makan sempena anniversary kami yang ke-3 tahun... Oklah, jomlah baca apa terjadi di episod akhir tadi...

PLOT
Adam mengambil keputusan untuk meninggalkan Warda sebab dia sedar dia masih menyayangi isterinya Shila dan juga anak2 dia... Lelaki macho je weh yang masih ada perasaan sayang dan kasih ni... So lepas dia tinggalkan Warda, Warda pun apalagi.... meroyan laa.. Dia kental pujuk2 Adam tapi Adam bolayan je dengan dia... Sudahnya, Adam kena tumbuk dengan abang Warda... Tapi Adam tetap dengan keputusan dia untuk tidak berbalik pada Warda...

Adam dengan Shila dah semakin rapat... Dah start loving2 macam zaman bercinta.. Itu yang buat anak2 diorang ni seronok..... Nurin pulak dah nampak tenat, tapi famili dia taknak menampakkan muka diorang sedih so diorang buat muka happy2 je..


Then Nurin ajak famili dia balik kampung... Rindu atok nenek katanya... Malam tu, Nurin ajak famili dia buat terawih kat rumah.... Sebelum tu dia dah pakai siap2 baju raya... Nak bergambar dengan abang2 dia..... Selesai je solat terawih, Nurin pun hembuskan nafas yang terakhir..

REVIEW
Jalan cerita pun cliche .... Mean, dah boleh agak apa yang berlaku... Kekuatan dalam cerita ni adalah Puteri Balqis & Elizad... 

Cuma bagi aku, pasal Warda tu terlalu simple... kalau buat dia meroyan sampai masuk psikatrik ok jugak kan?? Haha ! 

By the way, episod akhir ni dari mula dah buat aku nangis.... Watak Shila ni mengguriskan perasaan  hakakkkk especially bila dia menangis..

So, 5 bintang.. Tahniah Along Kamaluddin ! Dan semua crew2 ~

June 25, 2016

Kisah Seram : Perempuan Misteri Di Kondominum Damansara !

3:14 AM 3
Kisah Seram : Perempuan Misteri Di Kondominum Damansara !

Alkisahnya ada la seorang pemuda ni... Warga asing katanya... Dia dah lama laa bekerja dan menetap dekat Malaysia...

Sebelum ni dia berkongsi rumah flat dengan 10 orang member dia... then dia dapat kerja bagus dan gaji agak masyuk... So dia pindah kat kondo yang agak mewah jugak laa kat area Damansara... Dia bercadang nak bawak anak bini dia tinggal kat kondo mewah tu... Tapi anak bini dia takde kat Malaysia ni, so.... dia tinggal la sesorang dulu kat rumah dia baru beli tu..

Nak jadi cerita, dalam sebulan dia tinggal dalam kondo mewah tu, dia rasa selesa... Semuanya serba mudah... parking senang... kedai runcit dekat... kira dia puas hati laa... Tapi tetiba ada benda tak best pulak jadi...

Satu malam tu, dia tengah syok2 tido dalam bilik... melayan perasaan sambil tido2 ayam... Dia dengar bunyi orang bukak pintu bilik sebelah... Dia buat tak tau lagi tu... then, tetiba dia dengar bunyi pintu kena hempas plak... "Ehh... siapa plak tu?" getus hati dia... Tapi dia abaikan je perasaan ingin tahu tu demi mengatasi rasa takut... mau tak takut tetiba dengar bunyi padahal kau sorang kat rumah...

Esok pagi, dia check bilik sebelah.. "aik.. kosong je takde orang"... So dia bolayan je laa... Sangka dia mungkin salah dengar... dan malam2 seterusnya.... dia sudah tidak diganggu..

Suatu hari yang tak dapat dijangka, mamat ni tetiba haus tengah malam... so dia nak minum air... Dia bangun arr nak ambil air kat dapur...Dalam keadaan mamai2 tu, dia dengar bunyi gelas jatuh.... tanpa disengajakan, dia ternampak seorang wanita berbaju lusuh, berlari dalam keadaan kepala menunduk... Mamat ni cecepat cari suis lampu... tapi bila pasang lampu, hilang pulak kelibat wanita tu,,


Dipendekkan cerita, esok tu dia beli CCTV demi menyiasat siapa wanita tersebut.... Dalam hati dia kemain husnudzon, dia ingatkan wanita tu seorang warga dhoif yang memerlukan tempat tinggal... Tapi logikla sikit, macam mana wanita tu boleh masuk rumah? tengah malam pulak tu?? *haha*

Firstly masa tengok CCTV tu, dia still bersangka baik bahawa wanita itu adalah seorang manusia yang menumpang tido dalam bilik sebelah....Maka mamat ni dengan nawaitu yang baik nak tolong laa... Then malam tu dengar lagi bunyi gelas pecah... tapi bila pasang lampu takde siapa pun kat rumah tu..

Dia tengok balik CCTV, dan terkejut macam kerasukan saiton nirrojim bila tengok wanita tu boleh tembus dinding... Menggeletar jiwa raga mamat ni tadi.... Maka dia tak cakap apa dah.. Dia ambik kunci kereta dan pergi tido flat lama dia dengan kekawan dia...

Maka, tak tercapailah hasrat mamat ni tadi nak bawak anak bini dia tinggal kat kondo mewah Damansara ni.... dia dah jual rumah tu kat bank.... Siapa wanita tu? masih lagi misteri...

Sekian.

Sinopsis & Review - Noda Setitik Arak - Part 2

1:21 AM 0
Sinopsis & Review - Noda Setitik Arak - Part 2

JUDUL : Noda Setitik Arak (Bahagian 1)
PENGARAH : Ellie Suriaty Omar
PELAKON : Izara Aishah, Benjamin Ibrahim (Benjy), Azri Iskandar, & Sharifah Shahora

SINOPSIS / PLOT
Kerana ingin membalas dendam, Mawar meminta izin untuk tinggal di kediaman Datuk Bakhtiar.. Pada suatu malam, Mawar bertindak agresif dan mencekik Datin Noreen dalam tandas.. Datin Noreen yang ketakutan, menyelongkar bilik Mawar untuk mencari tahu siapa Mawar sebenarnya... Tetapi, Mawar dapat menghidu perbuatan Datin Noreen.

Datin Noreen cuba memberitahu Datuk Bakhtiar tentang kejadian tersebut namun Datuk Bakhtiar tidak mempercayai..

Akibat stress dengan pergaduhan dengan isterinya, Datuk Bakhtiar mabuk.. Dan ketika itu juga Mawar mengambil kesempatan memporak-perandakan rumahtangga Datin Noreen... Bukan itu saja, Mawar juga menghasut Misha, anak Datuk Bakhtiar & Datin Noreen supaya mengikutnya.

REVIEW
Ending tak berapa nak best sebab terlalu banyak flashback... Klimaks yang begitu simple sampai aku rasa macam --- haihhh waste my time tengok part 2 ni...... Anyway, aku baru berkesempatan untuk tengok PART 2 harini... Kesian kan?? Entah berapa lama tinggal kereta api tak tau laa.....

June 23, 2016

SINOPSIS PONDOK ITU RUMAHKU (CEREKARAMA TV3)

11:58 PM 0
SINOPSIS PONDOK ITU RUMAHKU (CEREKARAMA TV3)

TAJUK : Pondok Itu Rumahku
PENGARAH : Shuhaimi Lua
TERBITAN : Tanah Beris Film Production Sdn Bhd
PELAKON : Danish Hazriq, Amyza Aznan, Nasir Bilal Khan, Ku Faridah, Amirul Faqeem, Nina Iskandar, Amir Rajalawak, Nafiz Muaz, Farah Nadia, Wilma Muhammad, Faiz Nor, Ikhwan Ibrahim

SINOPSIS
Mengisahkan tentang sebuah keluarga yang miskin dan daif.. Ketua keluarga iaitu Pak Sudin seorang yang gemar berjudi dan berhutang...  Dia dikurniakan 5 orang anak iaitu Syukri, Safuan, Sarimah, Salwa dan Saiful, hasil perkongsian hidup dengan isterinya Rahimah.. Konflik cerita bermula apabila Pak Sudin menjual Syukri kepada sepasang suami isteri yang tinggal dibandar iaitu Suhaimi dan Zaleha akibat kesempitan hidup yang dialaminya.


Jalan cerita dah best dah sebab Nasir Bilal Khan berlakon... Lepas tu Amyza Adnan bawak watak serius leleh gitu.. Cuma sayang je aku tak dapat citer ni... Firstly, hidup menumpang -- so TV bukan kepunyaan aku seorang.... Second -- takde sebab ! Kah !

Mulanya nak tulis review cerita jugak tapi dah tak tengok memang harapan dan angan2 je laaa nak me-review telemovie ni.... *sebak*

Apapun.... siapa yang dah tengok.. best tak?? Korang meleleh menangis tak?? But I'm pretty sure my mum mesti sendu sampai bengkak mata kalau tengok cerita ni... Tengok trailer pun dah rasa sedih.... wuwuwuwu... kbai ~

-Tunsha-

Lelaki Pedofil Cuba Mencabul Anak Saudara

9:00 AM 1
Lelaki Pedofil Cuba Mencabul Anak Saudara
Kisah ini mendapat liputan meluas apabila seorang individu bercerita mengenai pengalamannya berhadapan dengan seorang lelaki Pedofil @ Pedofilia.

Pedofil @ Pedofilia adalah suatu penyakit ketagihan seks terhadap kanak2... Sesiapa yang mengalami Pedofil akan sentiasa attack kanak2 sebagai pelepas nafsu... Well, bebudak apa depa tahu... AWAS ye ! Kekadang orang berdekatan kita pun mengalami perkara sebegini.... Jauhkanlah kanak-kanak perempuan dari saudara mara lelaki. Takut perkara tidak diingini berlaku.

Adakala, perlu juga bersangka buruk ni.


Kisah sebelum ini adalah tentang seorang lelaki pedofil dari Britain, Richard Huckle.. Banyak perkara dilakukannya termasuk memaksa seorang kanak2 berbogel dan mengambil gambarnya... Tapi Richard ni dah kena hukum penjara seumur hidup.... ok tutup kisah Richard.

TERBARU !

Seorang wanita iaitu Zarra Asyaari, melampirkan report polis apabila kejadian lelaki pedofil ni terjadi depan mata dia... Katanya, seorang lelaki menaiki sebuah motor dan membawa seorang budak perempuan..


Untuk ibubapa, awasilah anak2 anda... sebenarnya bukan lelaki je berpenyakit Pedofil ni, wanita pun ada jugak.. Pedofil adalah satu JENAYAH.... Perkara ini akan mempengaruhi anak2... Mereka akan menjadi ketagihan seks, hidup dalam kemurungan dan banyak lagi kesan negatif...

Semoga anak2 kita semua terlindung... amin.

June 22, 2016

Sinopsis & Review - Bila Tiba Saatnya (TV3)

11:30 PM 0
Sinopsis & Review - Bila Tiba Saatnya (TV3)

TAJUK : Bila Tiba Saatnya
PENGARAH : Heykal Hanifah
TERBITAN : Luqsar Kreatif Sdn Bhd 
PELAKON : Nazim Othman, Syazwan Zulkifly, Niena Baharun, Rusdi Ramli, Faezah Elai, Aleza Shadan, Dian P.Ramlee, Kodi Rashid, Kamal Ibrahim, Ahmad Iswazir Ismail, Zulkifli Ismail

SINOPSIS
Kisah tentang dua individu yang meninggal dunia pada hari yang sama tetapi di tempat yang berlainan.. Namun, mereka dikebumikan di kampung halaman yang sama.. Satu kisah mengenai seorang suami yang kaki minum dan kembali bertaubat namun mati ketika mengajak sahabatnya untuk menjenguk anaknya yang sedang sakit di hospital... Satu kisah lagi mengenai seorang pemuda yang hampir berubah ke jalan yang benar, tetapi mencuri duit masjid dan bermain sumpah atas nama Allah.. Dia mati ketika berpura2 hendak mendirikan solat di masjid.

REVIEW
Aku faham konsep cerita ni adalah dua cerita... Cuma kepuasan aku tiada dalam menonton drama ni sebab klimaks cerita tak ada langsung... Habis2 cerita hanya menayangkan anak & mak ber-wuwuwu nangis... itu je... then tamat --

Adakah cerita ini hanya cerita sambil lewa? No komen.

Gambar Terbaru Yahaira Leanne, Anak Pasangan Yusry KRU Dan Lisa Surihani

4:53 PM 1
Gambar Terbaru Yahaira Leanne, Anak Pasangan Yusry KRU Dan Lisa Surihani

Dah lama rasanya tak dengar kisah pasangan berdua ni...Aku selalu jugak layan Babypedia.. Hos adalah Lisa Surihani & Yusry KRU sendiri... Cerita tentang macam-mana nak handle baby dari dalam perut sampailah dah terberanak nanti.. haaa gitu...

Ramai tertanya2... macam-mana laa rupa anak Lisa Surihani & Yusry KRU yang diberi nama Yahaira Leanne ni kan?? Dekat Instagram, Yusry ada share gambar Yuhaira sempena umur Yuhaira 9 bulan... Comel gebu gebas tau !



Close-up sikit...

Pejam celik pejam celik... dah besar dah Yuhaira... Semoga membesar menjadi anak yang solehah :) ... Emmm ...Agaknya kan, lepas ni Lisa Surihani akan berlakon lagi tak? Macam rindu laaa pulak dengan lakonan kayu dia.... Hahaha... Tapi serious laaa.... walaupun nampak kayu, aku suka tengok Lisa berlakon ~

Kuatlah... Hikmah Itu Pasti...

7:39 AM 0
Kuatlah... Hikmah Itu Pasti...
17 Ramadhan 1437h.

Dilanda dengan emosi yang huru-hara buatkan aku rasa kosong~kosong~ ... For seriously, aku berapa kali klik backspace sebab aku rasa tak mampu nak menaip..... Sebab rasanya terlalu kosong bila aku emosi....

Bayangkan, perkara yang kau tunggu selama bertahun.... Tuhan hanya pinjamkan sebulan... SEBULAN tidak cukup untuk aku membina sebuah kehidupan yang lebih cerah... DIA pinjamkan aku LILIN, tapi DIA hembuskan semula sehingga malap ---

Aku happy masa suami dapat kerja... Tapi hanya sebulan... Ekonomi sekarang memang tengah breakdown.... Banyak rupanya tempat yang buang pekerja... Termasuklah suami dengan staff lain... 

Actually aku berangan, dengan adanya tuan suami bekerja... Aku merancang nak cari rumah sewa sendiri... dimana aku boleh beribadah dengan tenang... tidak rasa terbeban di rumah mertua... Hati aku tak tenang disini... Mungkin sebab dah lama aku tinggal dengan mertua... Aku jadi tak selesa...

Tapi semuanya mereput.. haha ! Boleh pulak tuan suami diberhentikan dengan alasan kerja tak sesuai... Kalau kerja tak sesuai why dari dulu hired  tuan suami bekerja..? So the mainpoint is... tak mampu bayar gaji.... ok enough with that.

Aku dah redha walaupun rindu nak gosokkan baju dia untuk pergi kerja ! Mungkin ada hikmah kot semua ni... kan kan kan?? 


It's so hard to be strong..
redha itu payah---
tapi aku cuba.

-Tunsha-

June 20, 2016

Ice Skating Di Atap Apartment Kazakhstan !

2:30 PM 1
Ice Skating Di Atap Apartment Kazakhstan !

Apa perasaan korang bila rumah korang ada ice skating?? haaa mestilah seronok kan?? Aku teringin jugak nak cuba ice-skating ni tapi sebab tulang mereput---- maka berhuhuhu semata2 saja lah kan? Nak main ice-skating ni pun agak costing jugak sebenarnya...



Di Kazakhstan, bangunan yang dinamakan sebagai "Slalom House" ini adalah yang paling menarik... Direka oleh arkitek, Shokhan Mataibekov. bangunan ini memecah belanja lebih kurang 70juta dollar ! Menarik kan??

Bila Malaysia nak berfikir di luar kotak? *tetibe*

June 18, 2016

REVIEW FILEM : The Conjuring 2 : Rahib Yang Jahat

1:44 PM 4
REVIEW FILEM : The Conjuring 2 : Rahib Yang Jahat

FILEM : The Conjuring 2
GENRE : Seram
PENGARAH : James Wan
PELAKON : Patrick Wilson, Vera Farmiga, Madison Wolfe, Frances O'Connor, Lauren Esposito, Benjamin Haigh, Patrick McAuley dan Simon McBurney

SINOPSIS
Peggy Hodgson, seorang ibu tunggal yang mempunyai 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan iaitu Margaret, Janet, Johny & Billy. Kehidupan mereka tidaklah begitu senang... Malah bermasalah kerana Peggy perlu menanggung anak2nya sedangkan suami dia lepas tangan je..



Kisah bermula dalam sebuah rumah apabila Margaret & Janet bermain ' Papan Memanggil Roh '.... Mulanya, tiada apa2 yang berlaku sehinggalah Janet asyik diganggu... Margaret sangka Janet mengalami sleepwalking... Hari demi hari, Janet asyik dirasuk dengan roh yang bernama Bill Wilkins... Perkara ni terus menular ke media... Ada yang membuat spekulasi bahawa keluarga ini menipu....



Ahli Demonologist, Ed Warren & Loraine yang mewakili pihak gereja, terbang ke London untuk mencari bukti dan membantu keluarga Peggy.. Sesampainya mereka ke rumah Peggy, mereka diberikan bahan bukti seolah Janet mengada-adakan kerasukan itu... Perkara itu telah membuat Peggy tertekan....



Dalam pada itu, Lorraine sering dihantui dengan kuasa jahat yang menyerupai seorang rahib... Tapi apa kena mengena roh jahat ni dengan Bill Wilkins? Haaa kena tengok la kan..

REVIEW
1) Filem ini adalah dari kisah benar dan babak seram adalah ketika suara rasukan kerana ianya juga adaptasi dari audio yang sebenar ! [KLIK]

2) Pada mula2 babak, memanga da ketegangan dan agak boring sikit... Bagi aku agak kelam kabut, knowing The Conjuring... awal2 memang serabut sikit ceritanya..

3) Ed Warren diganggu bayangan seorang rahib dan melukisnya.. Kemudian Lorraince pulak mendapat bayangan bahawa rahib tersebut akan menjadi punca kematian Ed Warren.. Masa ni dah terfikir2... Apa plak kaitan rahib tadi dengan kes keluarga si Peggy?

4) Klimaks cerita ni baru tunjuk apa kaitan roh jahat rahib tu dengan Bill Wilkins.. akhir cerita semuanya sangka Ed Warren mati...


 

5) Untuk yang jenis jantung tak kuat, rasanya tidak disarankan tengok... aku yang duduk straight atas kerusi, punya terkejut sampai kaki jadi ke atas... tak pasal2 orang belakang ketawakan aku...

6) Ada jugak babak seram yang berjaya kejutkan tuan suami... Tuan suami kan tak takut hantu, tapi dia terkejut tu sampai tercarut2 dalam panggung...

7) Paling sweet adalah babak romantik Loraine mengajak suaminya menari bersama...

TERIMA KASIH SEBAB BACA.

Seorang Gadis Marhaenis,
--Tunsha--

June 14, 2016

Google Icon | Karl Landsteiner : Penemuan Golongan Darah

5:40 AM 2
Google Icon | Karl Landsteiner : Penemuan Golongan Darah
goo

Google Doodle meraikan ulangtahun Karl Landsteiner yang ke 148 tahun... Tapi siapa Karl Landsteiner ni sampai nak kena rai2 pulak?? Haaaa.... siapa yang malas nak baca pun hakakkk tetap nak berkongsi..

a3

Karl Landsteiner (14 Jun 1868 - 26 Jun 1943) adalah seorang ilmuwan Austria berketurunan Yahudi.. Beliau adalah tokoh yang menemukan darah manusia terbagi kepada 4 kelompok iaitu golongan darah O, A, B dan AB.. Dengan adanya golongan darah ini, para doktor boleh memindahkan darah tanpa membahayakan nyawa pesakit.

a2

a1

Setelah lulus ujian Matura dari sebuah sekolah menengah di Wina, beliau menyambung pelajaran dalam jurusan kedoktoran di University of Vienna dan menulis tesis pada tahun 1891.. Ketika masih bergelar pelajar, beliau sudah menulis esei tentang pengaruh diet pada komposisi darah.. Dari tahun 1891-1839, Landsteiner mempelajari kimia di Wurzburg dengan bimbingan Hermann Emill Fischer..

Beliau pernah menerima Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan.. Juga pernah dianugerahkan Lasker Award pada tahun 1946 dan diiktiraf sebagai "Bapa Saluran Darah"..

REVIEW FILEM - The Lazarus Effect : Yang Mati Dihidupkan Kembali

1:32 AM 3
REVIEW FILEM - The Lazarus Effect : Yang Mati Dihidupkan Kembali
a1

THE LAZARUS EFFECT : YANG MATI DIHIDUPKAN KEMBALI | Beberapa hari lepas baru lah ada chance nak tengok TV.. knowing astro, cerita semuanya tak semenggah & berulang... Lepas tu tuan suami offer tengok cerita ni... Disebabkan aku sukakan cerita berkaitan sains, fizik, kimia segala mak nenek tu, maka aku layankan je... Dah dia kata best... Meh baca sinopsis dulu.

a3

FILEM : The Lazarus Effectt (2015)
GENRE : Sains Fiksyen, Seram
PENGARAH : David Gelb
PELAKON : Olivia Wilde, Mark Duplass, Donald Glover, Evan Peters, & Sarah Bolger.

SINOPSIS
Mengisahkan tentang satu kumpulan mahasiswa yang mengambil bidang kedoktoran.. Diorang ni tengah buat satu kajian untuk menghidupan sesuatu yang mati..  Ketua kumpulan ni adalah pasangan suami isteri, Zoe (Olivia Wilde) dan Frank (Mark Duplass).. Dibantu oleh sahabat2 diorang yang lain iaitu Eva (Sarah Bolger),  Clay (Evans Peter) dan Nico (Donald Glover).

Diorang ni cuba untuk hidupkan anjing diorang yang dah mati... Anjing tu nama Rocky kalau tak silap.. So nak jadi cerita, Rocky ni berjaya dihidupkan... Tapi perkara lain jadi, Rocky tak jinak macam dulu... Dia jadi anjing yang liar dan terpaksa dikurung...

a2

Then makmal tempat student2 ni belajar kena rampas pulak.. One day, diorang curi2 masuk.. still nak buat kajian... Malang tak berbau, Zoe mati lepas kena renjatan elektrik... Frank yang tak dapat terima kenyataan, berusaha menghidupkan Zoe... Zoe juga berjaya dihidupkan.. Awalnya nampak Zoe normal macam takde apa... Lepas tu dia macam kena rasuk, habis satu2 kawan dia kena bunuh...


REVIEW
Filem ni mengingatkan aku pada filem LUCY... Aku pun tak tahu kenapa aku boleh ingat cerita tu... Hmm... Bagi aku, cerita ni dah ada jalan penceritaan, tapi tak kuat.... Adegan kawan2 dia yang kena bunuh tu just simple sangat... I'd expected moreeeeeeeeeeeee --- Tak ada komen yang banyak kat sini, cuma so simple... Untuk tengok secara berulang, rasanya tidak... sekian.

Rating : 2.5 out of 5

Seorang Gadis Marhaenis,
-Tunsha-

June 13, 2016

VIRAL : Belum Bersedia Memeluk Islam, Berita Accapan Memeluk Islam Adalah Palsu!

4:20 PM 2
VIRAL : Belum Bersedia Memeluk Islam, Berita Accapan Memeluk Islam Adalah Palsu!
Accapan

VIRAL ACCAPAN MEMELUK ISLAM ADALAH PALSU | Semalam menjadi viral bila pelakon & pelawak, iaitu Accapan atau nama sebenarnya Samynathan Rethinan, dikatakan dah convert Islam... Siap kata, Accapan dah tukar nama sebagai Muhammad Ramadhan... ada jugak yang kata nama dia dah tukar dengan nama Shahrin Muhammad...

13450151 10205066736347193 378639739088392608 n

Adakah itu benar? 
SALAH ! Anda salah !

Itu berita palsu yang sengaja diuar-uarkan kerana beberapa foto yang menunjukkan Accapan join berbuka puasa dengan rakan artis Islam yang lain...

accapan (1)

Accapan menegaskan, dia masih belum bersedia untuk memeluk Islam, tetapi dia akui.. dia masih mendalami ilmu Islam... haaa bagus laa tu... sebelum convert sesuatu agama, sebaiknya mendalami ilmu agama itu terlebih dahulu..

Hmm... moral of the story, janganlah terus dan terus share sesuatu yang tidak sahih beritanya... Mungkin dengan berita Accapan memeluk Islam ni sesuatu kebanggaan bagi kita orang Islam, tapi perlu fikir jugak keluarga beliau dan aspek2 lain... Kita hidup dalam berbagai masyarakat... Kan??

UPDATE : Dikatakan Accapan terpaksa menafikan untuk keselamatannya. Ini ada beberapa screenshot yang hakak dapat.


13450872 200750700320372 8363164719498485079 n13432153 200750780320364 3454793580996979707 n

Sekalipun jika ianya benar, sepatutnya biarlah tuan punya badan yang menjelaskan segala perkara... Jangan kita pandai2 walaupun ianya berita yang baik :)

Seorang Gadis Marhaenis,
-Tunsha-

Kucing Comel Si Mata Bulat

3:49 PM 1
Kucing Comel Si Mata Bulat
Aku ni nak kata pencinta kucing sangat pun bukan... sebab naluri aku hanya suka kucing yang betul2 comel.. Yang tak comel aku memang tengok dia sebagai tak comel... hahaa... tapi takde laa kejam sangat sampai pilih kasih antara kucing comel dan tak comel...

Dulu aku start bela kucing jalanan... Warna oren... Sangat comel dan bermata bulat... Dia suka ikut aku sampai rumah... alang2 aku bela je la... lelama makin jinak... Aku dah start sayang, aku mandikan... aku manjakan dia... sanggup curi duit arwah opah untuk beli makanan dia... Kalau dia takde kat rumah, aku goncang je bekas makanan dia, haaaaa---- datang laa dia tunjuk diri...

1969380 10201698810632314 7582443719494538608 n

Lepas tu dia merajuk sebab aku pukul dia... Sampai sudah dia tak balik rumah... Aku pukul dia sebab dia pecahkan periuk mama... Secukup rasa aku pukul.... Masa tu kecik lagi, apa aku tahu erti zalim pada binatang?? -----------

Nowdays, nak bela kucing pun tak mampu... Sebab tinggal dengan mertua... Aku malas nak bising2.... Lagipun aku jadi semakin pemalas sekarang ni... Tapi kalau korang pencinta kucing, rasanya mesti korang suka dengan HADIAH COMEL EKSLUSIF KHAS UNTUK PENCINTA KUCING [KLIK].... sekian.

Seorang Gadis Marhaenis,
-Tunsha-

RESEPI : Kerabu ikan Bilis

3:32 PM 0
RESEPI : Kerabu ikan Bilis
8 Ramadhan 1437h.

Dah lama tak blogging rasanya.. sebab mengekor je tuan suami pergi kerja... Maklumlah, bosan tak ada kawan.... Kat tempat kerja dia best la sikit... Ada aircond lagi... hihi...

Teringat satu jenis kerabu masa makan kat kedai Thailand.. Kerabu mangga sebenarnya, tapi dia sprinkle dengan ikan bilis... Ikan bilis tu rasa manis2... Sama macam aku ikut mama pergi makan kat Restoran Chiangmai, beli ikan bilis Thailand tu... sedapnya.....

Sebenarnya, nak abadikan resepi Kerabu Ikan Bilis dalam blog ni, semoga ada masa nak buat nanti...


str2 is 3108 chef ikanbilispdf
Ilustrasi Semata.

RESEPI KERABU IKAN BILIS
Bahan-bahan :-
  • 1 mangkuk ikan bilis goreng

(hiris halus)
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 1 batang serai
  • 1 pokok daun ketumbar
  • 3 helai daun limau putus
  • 1 biji bawang holland
  • 1 biji tomato
  • 5-11 biji cili padi

Bahan perasa :-
  • 8 biji limau kasturi (ambil jus)
  • 2sb gula perang
  • 2sb sos ikan

Cara-caranya :-
  • Campur semua bahan perisa sehingga gula cair. Masukkan bahan2 hiris dan gaul hingga mesra. Masukkan ikan bilis, gaul dan hidangkan.
Senang gila kan?? meratah cenggitu pun sedap kekdahnya... selamat mencuba !

Seorang Gadis Marhaenis
-Tunsha-

June 12, 2016

Kisah Ramadhan : Kedai Makan Mamak Buka, Kedai Makan Melayu Tutup!

9:00 AM 2
Kisah Ramadhan : Kedai Makan Mamak Buka, Kedai Makan Melayu Tutup!
Mamak Mee Goreng 1 jpg 712x433 q85 crop
Ilustrasi semata.

Sengaja la kan, nak cerita masa dialisis... rasanya second day puasa... Aku kalau dialisis, tuan suami tak bagi aku puasa... sebab takut aku pengsan... evendo aku tak puasa pun aku tetap pengsan... So he's worried laa kalau puasa it will make me getting worst la camtu...
.
.
So nak jadi cerita, puasa ke-2 tu aku tak puasa, then tuan suami order makan kat kedai mamak... Kedai mamak satu ni best, depa boleh buat delivery untuk patient2 kat hospital.. target depa pun memang patient hospital gamaknya... Bulan puasa pun depa bukak...
.
.
Yang buat aku geli hati adalah patient yang aku panggil Makcik Norgi... Dia pun tak puasa sebab tak larat.... So aku ada geng tak puasa la kat situ... hihi... Then dia pesan, nak makan jugak....
.


Lepas budak delivery tu datang hantar makanan, Makcik Norgi terus tanya..........................

Bulan puasa memang bukak ke? Baguslah... Kedai mamak bulan puasa pun bukak... Tak macam kedai Melayu... apalaaaa... Bulan puasa nak tutup pulak...❞

She's keep talking about the same thing sampai aku berkata2 dalam hati ----- ❝ Serius bebenar Makcik Norgi ni... ❞....

Haha... Jangan ambil hati ye... sekadar random entri... apa yang terjadi bulan ramadhan ni.. No heart feeling ya :) Biasalah, pesakit macam kami ni jenis peluah perasaan orangnya.

Seorang Gadis Marhaenis,
-Tunsha-

June 09, 2016

SENYUM PETANG #4 : Kesalahan Peniaga Di Bazar Ramadhan

5:30 PM 3
SENYUM PETANG #4 : Kesalahan Peniaga Di Bazar Ramadhan
Bazaar Ramadhan
Gambar hiasan semata.


Baru 3 hari berpuasa namun penguatkuasa KPDNKK dalam operasi bersepadu di Bazar Ramadhan telah mengesan kesalahan peniaga2 kuih antaranya :-

  • Mempamerkan PUTERI MANDI di khayalak ramai.
  • TAHI ITIK dijumpai bersepah.
  • Tidak menyediakan kolam untuk BADAK BERENDAM.
  • Menjual SERI MUKA dengan mencampur-adukkan makanan dan barangan makeup.
  • Terjumpa BOM di tempat awam.
  • Tiada badak dalam CUCUR BADAK.
  • TEPUNG PELITA tidak boleh menyala.
  • Mempamerkan BATANG BURUK pada orang awam.
.

hehe.... why soooo serious?? Saja gurau sepetang sementara menunggu waktu berbuka.. Jangan ambil hati ye, takde apapun... senyum itu sedekah, maka... senyumlah... Selamat berbuka puasa :)

Seorang Gadis Marhaenis,
-Tunsha-

Solat Sunat Tarawih Paling Cepat

5:22 PM 1
Solat Sunat Tarawih Paling Cepat
Solat sunat tarawih adalah solat sunat yang dilakukan di bulan Ramadhan... Ramai yang ingin mengumpul pahala menerusi solat sunat tarawih.. Tapi tak kurang jugak ada yang jenis malas nak lakukan solat tarawih ni sebab lambat katanya.... Kekadang pulak imam baca sampai tertido kita kat belakang.. Its normal, pernah terjadi pada aku...

Dewasa ni dah belajar sikit2, bahawa solat tarawih harus dipercepatkan.. Yela, orang berbuka perut tengah penuh, dah imam baca ayat berjela, si makmum dah berkata2 dalam hati... terus hilang kusyuk...

2 Bolehkah Shalat Tarawih dengan Tergesa gesa
Gambar hiasan semata.

Di satu daerah di Indonesia, solat sunat tarawih sebanyak 20 rakaat termasuk solat sunat witir 3 rakaat, hanya mengambil masa selama 7 minit ! [VIDEO]

Menurut KH Diya’uddin, solat itu cepat kerana imam hanya membaca doa2 yang wajib contohnya niat, takbirotul ihram, bacaan Al-Fatihah dan ayat pendek Al-Quran hingga salam....

“... Doa rukuk, kita singkat cukup Subhanallah... Lain-lain hanya Allah-Allah saja. Tahiyat akhir juga hanya dengan bacaan selawat untuk Nabi Muhammad kemudian salam,” jelasnya.

Ntahla, tak berani cakap sesat ke hape... Tapi meremang bulu roma hakakkk tetiba... Yela, mazhab kadang berbeza kan.... Just info, don't be so judgemental ya :) By the way, kisah ni tahun lepas punya... saja nak share...

Seorang Gadis Marhaenis,
-Tunsha-

Google Doodle #2 : Perayaan Duan Wu

9:00 AM 3
Google Doodle #2 : Perayaan Duan Wu
dragon boat festival 2016 5688885083373568 hp

GOOGLE DOODLE : PERAYAAN DUAN WU | Buka je new tab, nampak pulak gambar si naga ni... Aku kahwin dengan anak cina, so memang sinonim laa dengan naga kan... Cuma, apa simbolik yang cuba Google bawakan?


a2


Perayaan Duan Wu atau Perayaan Bot Naga ialah salah satu perayaan traditional bagi masyarakat Cina..  Aktiviti perayaan ini adalah dengan memakan bak chang dan berlumba dengan menggunakan perahu/bot naga.

Terdapat beberapa teori mengenai asal usul perayaan ini..

Yang paling diingati adalah tentang seorang sasterawan terkenal bernama Qu Yuan. Beliau dituduh sebagai pengkhianat negara dan dibuang negeri.. Oleh kerana beliau terlalu sedih, beliau terus terjun ke dalam sungai dan nekad membunuh diri. Qu Yuan sempat menulis sajak yang mengatakan tentang gejala rasuah di negerinya..

Apabila penduduk kampung tahu akan perkara ni, mereka berlumba2 dengan menggunakan bot naga untuk mencari mayat Qu Yuan tapi tidak dijumpai.

Oleh kerana risau mayat Qu Yuan dimakan ikan atau haiwan di dalam sungai, penduduk kampung mencampak Bak Chang ke dalam sungai.

a1
 . Bak Chang .
(feveret hakakkk ni)

Maka hingga ke hari ini masyarakat Cina berpegang kepada kepercayaan ini dengan harapan mayat Qu Yuan tidak dimakan haiwan sungai.. Perayaan Bot Naga ini adalah sebagai tanda memperingati jasa Qu Yuan.

Sekian info untuk hari ini... Tetiba lapar pulak tengok Bak Chang tu kan....

Seorang Gadis Marhaenis,
-Tunsha-

June 08, 2016

Kisah Ramadhan : Cincalok Sotong Membuatku Obses !

6:10 PM 2
Kisah Ramadhan : Cincalok Sotong Membuatku Obses !
a1

Alkisahnya semalam tuan suami cuti.... so bila cuti ni, kisahnya berbuka kat rumah je laa... Mama Nora masak ayam goreng, gulai terung & ready telur masin... Lepas tu tiba2 dia offer cincalok... Tapi bukan udang.................. tapi.. SOTONG !

Well, untuk orang macam hakakkk jakun la sikit sebab biasa makan cincalok geragau je..... so apa rasa cincalok sotong ni?? *semasa menaip ni air liur dah ngences2 dah ...

Waktu makan dengan nasik tu Allahu.. sedapnya... cuma slack sebab dah letak lauk itu dan ini, so aku tak dapat rasa exactly apa rasa cincalok tu... Tapi memang sedap laaa... untuk tekak rare macam aku kira sedap laa...

a2

Tengok sotong tu macam mentah kan?? Itu kira macam fermented squid laaa... Sotong jeruk kekdahnya... Mungkin ada orang tak boleh hadam rasa cincalok yang sebegini... Untuk tekak aku, memang aku suka... Aku kan suka makan benda2 tak masak... ehh??

Oleh sebab aku amik dekat Mama Nora sikit sangat semalam.... Maka aku pun bukak peti ais malam tu, dan tuang sesudu terus ngap camtu je dalam mulut.... Ok dah dapat dah macam mana rasa dia...

Masin2 sikit, masam2, pedas2... So pedas tu macam buang sedikit rasa hanyir sotong... Tujuan aku update entri ni adalah kerana nak tanya....................................

ORANG-ORANG MELAKA, BOLEH TAK POSTKAN KAT HAKAK CINCALOK SOTONG NI?? mihmih... kk kidding...

Selamat berbuka ye :)

RESEPI IKAN BILIS MASAK KICAP

10:03 AM 8
RESEPI IKAN BILIS MASAK KICAP
RESEPI IKAN BILIS MASAK KICAP - Dulu menu ni aku buat untuk sahur dengan tuan suami... masa tu dia tak kerja... Tapi tahun ni dia kerja so dia malas nak turun bawah sahur, so aku bancuhkan dia milo @ nescafe, makan roti je.. Itu je pun dia nak... Memang jenis tak suka isi perut pepagi tuan suami ni...

Selain lauk sahur, ni kira lauk paling malas laaa kiranya kau lapar tapi terpaksa masak... hihi.... Selamat mencuba resepi hakakkk yang simple ni... Sedap bagitau hakakkk... Tak sedap bebuat tak kenal hakakkk ye... eh?

10906572 394182170741415 3129731018081933087 n


RESEPI - IKAN BILIS MASAK KICAP
Bahan-bahannya :-
2 genggam ikan bilis 
2 labu bawang besar - hiris kasar 
Cili api - ikut suka banyak mana 
Sedikit serbuk belacan 
Kicap manis secukup rasa 
2 biji limau kasturi - diambil jusnya.. 

Cara-caranya :-
Senang je nak buat... goreng ikan bilis agak2 garing, masukkan belacan, bawang besar, dengan cili api lepas tu tumis sampai bawang layu, masukkan kicap, tutup api & masukkan jus limau kasturi. Makan dengan nasik panas..

Senang ke susah?? hee ~

Seorang Gadis Marhaenis,
-Tunsha-

June 07, 2016

Buffet Ramadhan : Berbuka Puasa Ala Sajian Ibunda di Vivatel Kuala Lumpur

10:00 AM 1
Buffet Ramadhan : Berbuka Puasa Ala Sajian Ibunda di Vivatel Kuala Lumpur
Beberapa hari sebelum ni, +Sally Samsaiman ada ajak aku join buffet ramadhan kat Vivatel.. Aku jadi terpinga2 pulak, dah kat mana tempat tu?? Sally kata kat Vivahome... Pun aku confused.. Then masalah settle bila encik google membantu...

Well, aku bukanlah blogger yang aktif dengan event walaupun hakikatnya aku teringin nak join.. Oleh sebab aku ni pemalu & tak banyak cakap, maka aku kuburkan jela niat nak aktif laa sangat dengan event ni... Tapi bila Sally cakap dia nak share rezeki dengan aku, alhamdulillah... Aku kentalkan hati ikut dia... Dan disebabkan aku terlalu malu, aku tak sempat nak snap gambar banyak2.... Itu part paling aku sedih..... haha !

Ramadhan 2016 Pop up

Untuk yang baru nak tahu, Vivatel ni terletak di tengah2 Kuala Lumpur jugak sebenarnya iaitu di Jalan Loke Yew...

Vivatel telah menyediakan Buffet Ramadhan ala Sajian Ibunda, dimana pelbagai masakan ala kampung yang boleh menduga nafsu korang... Kira menggamit nostalgia laaa gitu.. Ianya adalah sentuhan daripada Chef Ashar Daud.


APA YANG MENARIK ?

DSCN0542

DSCN0540

DSCN0538

. DESERT .
.
.

DSCN0543

. SEAFOOD .
.
.

DSCN0546

DSCN0545

ULAM DAN SAMBAL .

Fuhhhh.... nama pun SAJIAN IBUNDA,
mana boleh tinggal ulam dan sambal kan....??

Pilih !! Pilih !!

.
.

DSCN0547

. KAILAN GORENG BELACAN .

DSCN0550

. KURMA KAMBING .

DSCN0549

. KETAM MASAK LEMAK CILI API .

DSCN0548

. SAMBAL UDANG GALAH .
.
.
.

Dalam banyak2 lauk ni kan, korang jangan lupa CUBA sambal udang ni....
 Dengar ramai blogger puji memuji sambal udang dia sampai clueless,
 tak boleh nak describes betapa sedapnya sambal udang ni... !!


Haaaaa !! Selain daripada menu ni, ada jugak dihidangkan kuih muih, Sagu Gula Melaka, Tapai Pulut, Lompat Tikam & Dodol !! Bubur dan Pengat pun ada !
.
.
Bukan tu je, ada lagi !! Korang boleh pilih sajian macam Mee Rebus, Mee Sup Daging Ala Vietnam, Laksa Johor, Mee Kari dan macam2 lagi... Tak lupa jugak dengan sajian seperti Kari Kepala Ikan (Ala Mamak), Gulai Kawah, Patin Tempoyak, dan pelbagai jenis sup -- Sup Urat Keting, Sup Gear Box dan Sup Ekor...
.
HERO MENU KITA...
.
.
KAMBING BAKAR !!
.
Sebenarnya banyak lagi lauk pauk yang tak ada dalam gambar, tak sempat nak snap... firstly kejar masa, second, ramai pulak yang nak makan2 time tu, aku dah la kecik, tak terdaya nak amik gambar dalam kesesakan manusia2 itu... sobs*

.
.

UNTUK TEMPAHAN SILA HUBUNGI
(Starting from 6th June - 4th July 2016|6.00pm-10.00pm)

TEL : (603) 9205 8888

EMEL : enquiry@vivatel.com.my

Tempat :  
Retro Cafe @ Vivatel

Alamat :
Vivatel Hotel Kuala Lumpur,
85, Jalan Loke Yew,
55200 Kuala Lumpur.

Dewasa (RM 98)
Kanak-kanak (RM68)




13330416 10207997980059386 532055531 n

Anyway, thanks to Sally and the geng sebab sudi pungut hakakkk kerdil
ni bawak pergi event walaupun hakikatnya hakakkkk pendiam..

kbai.