Header Ads


May 16, 2016

TIPS : Bagaimana Berfikir Secara Kreatif

2

TIPS : BERFIKIR SECARA KREATIF | Assalamualaikum wbt.. Selalunya kita ni ada je bernawaitu/berniat nak buat sesuatu, tapi sebab kita tak berapa nak kreatif, maka terbantut jelaa hajat dan cita2 itu, macam hakakkk.... weeeeeeeee ! Sebenarnya, kreatif ni memerlukan otak yang sihat... So kita mampu berfikir waras kan.. haaa... Ni ada tips untuk berfikir secara kreatif !


TIPS BAGAIMANA BERFIKIR SECARA KREATIF

1) Ambil Masa Untuk Berehat
Sometimes kita terlalu memberi fokus atau memaksa diri untuk melakukan sesuatu.. Maka kita akan terlepas pandang terlalu banyak perkara.. Bila kita terlalu memaksa diri, kita akan jadi stress.. So, segala kreativiti ibarat tertutup.. Kalau rasa tertekan menyiapkan sesuatu tugas, ambillah masa untuk berehat dan tenangkan fikiran terlebih dahulu.. Bila dah stabil dan tenang, barulah ada ruang kreativiti dan kita mampu menyiapkan sesuatu tanpa tekanan !

2) Gagal Sebelum Berjaya
Bila kita usahakan sesuatu.. kekadang perkara yang paling dirisaukan adalah kegagalan.. INGAT ! Gagal sekali tak bermaksud gagal selamanya... Ianya bukanlah penamat kepada sesuatu usaha.. Jangan takut untuk berhadapan dengan kegagalan.. Kerana ianya adalah satu permulaan.. Jangan takut untuk mencuba dan ambillah kegagalan itu sebagai satu point untuk memperkembangkan kreativiti masing2.


1


3) Menetapkan Tujuan
Apa jua usaha yang penting adalah TUJUAN & TARGET. Bila ada tujuan & target ni, secara tak langsung kita akan menjadi lebih kreatif untuk memastikan tujuan & target kita tu tercapai... 

4) Jadikan Persekitaran Sebagai Sumber Ilham
Sebenarnya, alam disekeliling kita maha luas.. Pelbagai ilmu didalamnya.. Situasi tenang sambil melihat kehijauan & keindahan boleh meransang otak kita untuk memberi sesuatu yang kreatif dan menjadikan individu itu lebih kreatif.

5) Berfikir Atas Idea
Kebolehan untuk mengusahakan sesuatu antara individu yang berbeza kerana kreativiti seseorang itu berbeza2.. Ada jenis orang yang banyak idea tapi tak tahu bagaimana mahu bertindak.. Sayanglaa kan? Maka kita sebagai orang kedua ni membantu dan sama2 bertindak ! Rezeki harus dikongsi.. hihi.. Bila saling bantu membantu, pasti hasilnya juga memuaskan..
.
.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kamu yang ingin menjadi kreatif !

Seorang Gadis Gojes,
-Tunsha-

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.