Sinopsis | 'Dia Semanis Honey' Lakonan Siti Nordiana Dan Aliff Sattar - Tunsha Ayunie Punya Belog

May 11, 2016

Sinopsis | 'Dia Semanis Honey' Lakonan Siti Nordiana Dan Aliff Sattar

CYMERA 20160304 171611

SINOPSIS 'DIA SEMANIS HONEY' LAKONAN SITI NORDIANA DAN ALIFF SATTAR | Assalamualaikum wbt. Haritu pergi kedai buku... Nampak laaa novel tajuk ni... Lepas tu tuan suami cakap --- "Lepas ni mesti ada orang buat cerita ni..." ... Tak sampai beberapa hari... Tuptup je cerita ni keluar.... hahahaha.... asal tajuk cerita yang best je kan....?

Tajuk : Dia Semanis Honey
Arahan : Micheal Ang & Hadith Omar
Pelakon : Siti Nordiana, Aliff Sattar, dan Hairul Azreen

Sinopsis Dia Semanis Honey
Pertunangan antara Hani dan Ahnaf sebenarnya tidak begitu dipersetujui.. Tetapi kerana taatnya seorang anak, Ahnaf terpaksa akur.. Perbalahan demi perbalahan terjadi sehingga menimbulkan bibit2 cinta antara Ahnaf dan Hani.. Tetapi di saat Ahnaf bersedia untuk menjadi suami kepada Hani, kekasih lamanya Ariana muncul dan menghancurkan segala impian.. Hani ditinggalkan terkontang-kanting sendirian..

Tiga tahun berlalu, Ahnaf kembali setelah sekian lama menyepi.. Namun ketika itu juga Hani telah mempunyai Adam di sisi.. Kehadiran Bella di sisi Ahnaf telah mengukuhkan lagi tembok pemisah antara Ahnaf dan Hani..

Mereka putuskan untuk menjadi sahabat.. Namun itu hanya dibibir saja.. Hati masing2 mengimpikan sesuatu lebih dari persahabatan..  Apakah mereka akan bersatu atau hanya menjadi SAHABAT semata-mata?

Seorang Gadis Gojes,
-Tunsha-

1 comment:

  1. TAK PERNAH TGK PUN DRAMA NI .... BEST KE ....1ST TIME KAN SITI NORDIANA BERLAKON

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.