Selamat Menyambut Hari Jururawat Sedunia 2016

f56

SELAMAT MENYAMBUT HARI JURURAWAT SEDUNIA | Assalamualaikum wbt. 12 Mei adalah hari dimana hari yang diistiharkan sebagai HARI JURURAWAT SEDUNIA kerana mengangkat Florence Nightingale (1820-1940 M) sebagai Tokoh Jururawat British.

.
.
florence nightingale 03
Florence Nightingale

Dilahirkan pada 12 Mei 1820 di Itali dan dewasanya beliau bertugas di England.. Anak warga British kelas atasan ini lebih dikenali sebagai The Lady with The Lamp kerana beliau gigih bekerja termasuk di malam hari bagi merawai askar2 Brtish yang luka ketika perang.. Beliau juga pengasas Pendidikan Kejurawatan secara profesional di St Thomas Hospital (London), pada tahun 1860 sebelum meninggal dunia pada tahun 1910.


Gambar hiasan.


Tapi adakah korang kenal siapa Rufaidah Binti Sa'ad?

Namanya tidaklah semasyur tokoh Islam yang lain seperti Al-Razi, Ibnu Sina dan Abdul Qassim Az'Zahrawi tetapi Rufaidah sebenarnya antara tokoh yang memberi sumbangan yang amat besar di dalam dunia perubatan Islam..

Rufaidah Binti Sa'ad merupakan jururawat pertama di dalam dunia Islam dan perubatan sebenar-benarnya !

Beliau merupakan jururawat hebat yang telah mempelopori dunia perawatan ini 1300 tahun lebih awal sebelum Florence Nightingale.

Rufaidah binti Sa'ad al Aslami, berasal daripada suku Khazraj di Madinah.. Dilahirkan di Yathrib (Madinah) sebelum tahun hijrah dan merupakan penduduk Madinah yang pertama memeluk Islam.

Beliau juga merupakan seorang jururawat cemerlang yang telah dilatih oleh ayahnya yang merupakan seorang doktor di Madinah ketika itu.. Beliau menjalani praktikal dengan menjadi pembantu peribadi kepada ayahnya..

Rufaidah seorang jururawat yang cemerlang dan mempunyai ciri2 pengamal perubatan yang istimewa antaranya :-

1- Seorang yang sangat baik, dedikasi dan mempunyai empati yang tinggi. 

2- Seorang pengurus dan ketua yang berkebolehan yang mampu menggerakkan pasukannya untuk menghasilkan tugas yang terbaik. 

3- Berkemahiran klinikal tinggi dan tidak kedekut untuk berkongsi ilmu mengajar dengar jururawat-jururawat lain yang bekerja bersama-samanya. 

4- Beliau tidak menghadkan tugasnya di dalam situasi klinikal sahaja, malah turut turun ke padang melihat sendiri keadaan masyarakat untuk menyelesaikan masalah sesuatu penyakit dari akar umbi. 

5- Sumbangan Rufaidah tidak terhad kepada merawat orang sakit sahaja. Sifat ‘peduli ummah’ yang dimilikinya membuatkan Rufaidah bukan sekadar jururawat biasa. 

6- Pelbagai golongan muslim telah didekati Rufaidah sama ada yatim piatu mahupun orang kurang upaya. Mengajar anak-anak yang buta huruf juga menjadi sebahagian daripada rutin dalam jadual hidup wanita istimewa ini.

.
.

Beliau juga mengambil peduli dalam menyelesaikan masalah masyarakat.. Tenaganya disalurkan kepada kerja2 kebajikan dan tanggungjawab di kalangan masyarakat.. Beliau turut mewakafkan dirinya untuk membantu para mujahidin. Beliau mengabdikan dirinya untuk merawat orang ramai yang sakit..

Ketika Perang badar, Uhud, Khandaq dan Khaibar, Rufaidah sentiasa bersedia di barisan belakang sebagai aktivis perubatan dan merawat tentera Islam yang tercedera...

Banyak sebenarnya jasa Rufaidah binti Sa'ad ni :)
.
.
Benarlah bahawa Rufaidah adalah seorang 'Ikon Ummah’ yang wajar diteladani kerana beliau adalah tokoh yang telah memenuhi objektif sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, 

“Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain”-  (Hadith Riwayat Bukhari)

Seorang Gadis Gojes,
-Tunsha-
Selamat Menyambut Hari Jururawat Sedunia 2016 Selamat Menyambut Hari Jururawat Sedunia 2016 Reviewed by Tunsha Ayunie on May 12, 2016 Rating: 5

1 comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.