REVIEW FILEM - Wanted (2008)

wanted wesley2 003

REVIEW FILEM : WANTED (2008) | WANTED merupakan sebuah filem adaptasi dari sebuah komik yang bergenre Action & Crime.. Diarahkan oleh Timur Bekmambetov, filem ini menampilkan pelakon yang terkenal seperti Angelina Jolie, Morgan Freeman dan James Mc'Avoy.

wanted movie poster wide

Filem : Wanted (2008)
Released : 27 Jun 2008
Pengarah : Timur Bekmambetov
Pelakon : Angelina Jolie, James Mc'Avoy, Morgan Freeman & Thomas Kretchmann.

SINOPSIS

Mengisahkan tentang Wesley Gibson (James Mc'Avoy) yang bekerja sebagai akauntan pejabat.. Hidup Wesley ni sangatlah terumbang ambing.. dengan bapak dia tinggalkan dia masa dia kecik... dengan masalah kos sara hidup, teman sekerja yang asyik kenakan dia, girlfriend dia pulak curang dan bermain kasih dengan member kerja dia.. So dia rasa serabut dan hidup bergantung pada ubat depress je..



Wesley and Fox


Suddenly dia berjumpa dengan seorang perempuan bernama Fox (Angelina Jolie), di farmasi ketika membeli ubat.. Fox ni konon nak protect Wesley daripada kena tembak dengan seorang lelaki yang Wesley tak kenal..

Wesley dibawa bertemu dengan Sloan (Morgan Freeman).. Sloan ni merencanakan satu pembunuhan dan pembunuhan tu hanya Wesley yang mampu lakukan.. Pelbagai teknik pembunuhan yang diajar pada budak Wesley ni tadi...

Setelah berhempas pulas membunuh sana dan sini, Wesley mengetahui kebenaran di sebalik pembunuhan itu...
.
.
.
Seorang Gadis Gojes,
-Tunsha-
REVIEW FILEM - Wanted (2008) REVIEW FILEM - Wanted (2008) Reviewed by Tunsha Ayunie on May 14, 2016 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.