RESEPI : Homemade Tteokbokki [First Trial] - Monolog Aku Cuma Di Kiri

May 04, 2016

RESEPI : Homemade Tteokbokki [First Trial]

IMG 20160502 WA0006

RESEPI : HOMEMADE TTEOKBOKKI [FIRST TRIAL] | Assalamualaikum wbt. Aku memang dah lama nak buat benda alah ni sendiri tapi sebab MALAS, maka aku kuburkan niat aku itu.. Tapi kemalasan bertukar rajin sebab adik aku teringin nak makan.. Maka terciptalah homemade tteokbokki ni menggunakan segala barang yang ada di rumah..


ricecake white

RICE CAKE, aku just guna tepung beras, air, garam & minyak bijan.. Kalau ikut resepi Maangchi, dia letak dalam microwave.. Aku buat tak jadi maka aku kukus bagi lembut lepas tu taruk dalam mixer sampai dia jadi doh.. Tangan aku memang tak kuat nak uli sendiri..

Nak buat rice cake ni renyah, lepas dah jadi doh, kau kena tumbuk dengan benda berat -- aku guna anak lesung.. Tujuannya nak bagi benda tu liat... Tekstur rice cake ni liat2 sikit... Ok selesai bab rice cake.

gochujang1

GOCHUJANG, sejenis korean paste yang memang terkenal kat korea.. Aku takde so aku buat sendiri... Yang ni aku just guna 1sudu taucu(hancurkan), 2 sudu serbuk cili, 3 paket chili flakes Dominos (atau kisar je cili kering tanpa air), gula. Campur je semua lepas tu ketepikan...

Ok, dua benda ni kira bahan asas laa nak buat tteokbokki ni when my first time aku dengar macam perkataan lucah je.. haha.... By the way, resepi ni aku bagi tanpa sukatan sebab aku main campak je tau.. So pepandai lee kalau nak ikut... Aku share je, padahal ---- dah banyak dah resepi ni kat Google.

RESEPI HOMEMADE TTEOKBOKKI
Bahan-bahan :
Rice cake
Gochujang
Air - dalam 2 cawan 
Ikan bilis - Aku guna half je kiub pati ikan bilis 
Seaweed
Gula - 1 sudu

Cara-caranya :
Letak air dalam kuali, letak ikan bilis dan seaweed. Bila mendidih, masukkan rice cake, gochujang dan gula.. Biarkah kuah sehingga pekat... SIAP !

Resepi asal gunakan ikan bilis & kelp(sejenis seaweed kering) untuk dijadikan stok.. Lepas tu bahan rebusan tadi ditapis.. Tapi aku guna seaweed buat sushi tu & kiub ikan bilis so tak payah tapis2..

Selamat mencuba !

1 comment:

  1. Wah! Ada resepi.. Bolehla try.. Dah lama terliur tengok tteokbokki ni.. Glup!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.