RESEPI : Bebola Tauhu Udang - Tunsha Ayunie Punya Belog

May 19, 2016

RESEPI : Bebola Tauhu Udang

enhanced 13268 1460661066 11

RESEPI BEBOLA TAUHU UDANG | Aku tengah bosan sebenarnya tak tahu nak buat apa... nak tido takmau lelap... so saja usha2 resepi.. Nampak pulak resepi ni macam sedap maka nak abadikan dalam blog... nak buat tak tahu laaa bila pulak ye.. mihmih

Bahan-bahannya :-
*4 ketul tauhu lembut
*1/2 pound udang - dikisar halus
*3 ulas bawang putih - dicincang
*1/2 sb halia - dicincang
*2 st garam
*sedikit gula
*2 st lada putih
*1 sb kicap 
*1 sb minyak bijan

Tepung gandum
Telur - dipukul sedikit
Serbuk roti
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya :-
Campurkan semua bahan bertanda (*).. Bulat2kan bahan tadi, celup dalam tepung gandum, kemudian telur, seterusnya serbuk roti.. Goreng sehingga warna keemasan.. Kemudian boleh cicah dengan sos.. Taraaa !

Bahan Sos :-
Kicap cair + bawang putih hancur + daun bawang.

Nampak macam menarik laaa pulak kan?? Aku memang suka benda2 camni... Udang seketul2 aku tak suka makan, tapi kalau jenis kena langgar lori ni, sedap pulak kat tekak aku... arghh merapu dah... Selamat mencuba !

Seorang Gadis Marhaenis,
-Tunsha-

2 comments:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.