RESEPI : Ayam Goreng Bawang Putih - Tunsha Ayunie Punya Belog

May 20, 2016

RESEPI : Ayam Goreng Bawang Putih

Awas Ini Ciri Ayam Goreng Fast Food Tak Segar
Ilustrasi semata.

Bila cakap / sebut ayam goreng je.. aku akan terbayangkan kanak2... Aku dulu tak suka pun ayam goreng ni... Tapi lepas kawin, tinggal dengan mertua... dalam seminggu tu adalah 4-5 kali jugak ayam goreng ni jadi hero utama dalam rumah... Paling best kalau Mama Nora buat ayam goreng, partner masak lemak labu & sambal belacan... perghh... sedap tak terkata...

RESEPI AYAM GORENG BAWANG PUTIH
Bahan-bahannya :
  • Ayam beberapa ketul
  • Bawang putih - lebih sikit pun takpe
  • Serbuk cili
  • Garam
  • Penambah perasa - tak letak pun takpe, ganti dengan gula sikit
  • Tepung jagung

Cara-caranya :
  • Bawang putih ditumbuk halus (jangan blend) .. Lepas tu masukkan dalam ayam.. Masukkan garam, serbuk cili, penambah perasa / gula.. Perap ayam.. Lagi lama perap lagi sedap...
  • Sebelum goreng, celup ayam dalam tepung jagung..


TIPS
Panaskan minyak dengan api besar, tunggu sehingga minyak betul2 panas, kecikkan api.. Mulakan menggoreng.. Tutup kuali.. dan alihkan ayam setiap 5 minit sehingga ayam masak..

Haaa senang gilossss kan.... Nak sedap, rahsianya bawang putih kena banyak dari ayam laaa... Namapun ayam goreng bawang putih kan... kan kan...? Selamat mencuba !

Seorang Gadis Marhaenis,
-Tunsha-

2 comments:

  1. Wahh sedap ni... makan ratah terus cicah sos cili pun superb!!... :)

    ReplyDelete
  2. Anak akak yang sulung tu suka betul ayam goreng ni. Kalau boleh hari-hari mesti ada menu ayam goreng. Kalau kita masak menu ikan atau goreng ikan, dia mulalah pura-pura kenyang lepas tu kerja tutup buka peti sejuk cari makanan malam-malam!

    Nanti akak nak cuba ya ayam goreng halia ni pulak!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.