Pemuzik Dan Penyanyi Indonesia, Deddy Dores Meninggal Dunia - Tunsha Ayunie Punya Belog

May 18, 2016

Pemuzik Dan Penyanyi Indonesia, Deddy Dores Meninggal Dunia

deddy

DEDDY DORES MENINGGAL DUNIA | Assalamualaikum wbt. Pemuzik lagenda kelahiran Surabaya, Indonesia -- Deddy Dores telah meninggal dunia malam semalam akibat serangan jantung. Deddy Dores menghembuskan nafas yang terakhir ketika berada di Rumah Sakit Bintaro, (Jakarta Selatan) pada jam 11.45 malam.
.
.
Deddy, penulis lagu slow rock dan namanya popular ketika mengeluarkan album berjudul Hilangnya Seorang gadis pada tahun 1971.. Beliau juga antara komposer yang bertanggungjawab mempopularkan penyanyi muda sekitar 1990 iaitu Nike Ardilla.
.
.
Ketika hayatnya, Deddy pernah menerbutkan dua buah album berjudul Seberkas Sinar (1990) dan Bintang Kehidupan (1992).. Beliau pernah berduet dengan Mayang Sari dengan lagu berjudul Jangan Pisahkan, juga pernah berduet dengan Ella dengan lagu berjudul Mendung Tak Bererti Hujan
.
.
Seorang Gadis Gojes,
-Tunsha-

1 comment:

  1. kaknoor mmg peminat dedi dores ni
    masih terngiang2 lagu jgn pisahkan tu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.