Kisah Seram : Bukan Atok Yang Jemput Nenek.... - Monolog Aku Cuma Di Kiri

May 12, 2016

Kisah Seram : Bukan Atok Yang Jemput Nenek....

tokman

[KISAH SERAM] : BUKAN ATOK YANG JEMPUT NENEK | Kisahnya ada seorang nenek yang menjual nasi lemak di salah sebuah sekolah kat kampung dia.. Tiap2 hari nenek ni akan teman menantu dia yang baru lepas bersalin..
.
.
Jarak rumah nenek ni dengan menantu dia takde laa jauh sangat... dalam 500 meter je gitu.. So tiap2 hari laa nenek ni akan datang rumah menantu dia sebelum maghrib untuk menjaga menantu dia yang masih dalam keadaan berpantang..
.
.
Satu hari tu sebelum nenek ni keluar nak pergi rumah menantu dia, dia pesan kat suami dia, suruh ambik dia pukul lima pagi... Tapi si atok ni takdela janji... Si atok ni takut yang dia tak boleh bangun je... yelaa syok tido laa katakan...
.
.
Lepas berpesan2 pada atok tu, nenek pun pergi jela rumah menantu dia sambil berfikir2... "laki aku ni nak amik aku ke tidak sat lagi?".... haaa gitu...
.
.
Tengah2 syok tido tu... boleh pulak atok ni panggil si nenek.... Nenek bangun tanpa curiga apatah lagi nak tengok jam, terus dia ikut je atok ni balik... Atok ni pulak satu hal, dah jemput nenek balik.. Dia jalan laju tinggalkan si nenek... Dan tiba2 atok lesap... Nenek yang tengah termengah2 makin berdebar tapi tetap kuatkan semangat teruskan perjalanan balik..
.
.
Sampai je rumah, dia terus jerit nama atok.. Atok yang tengah syok tido tadi pergi bukak pintu... Nenek apalagi... pengsan time tu jugak... sebelum tu dia perasan jam baru pukul 3 pagi...
.
.
Emm.. siapa yang jemput nenek sebenarnya??

Seorang Gadis Gojes,
-Tunsha-

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.