Kisah Pejuang : Salahuddin Ayyubi (Saladin)

Salahuddin Ayyubi 5a
Gambar hiasan.


KISAH PEJUANG : SALAHUDDIN AYYUBI (SALADIN) | Salahuddin Yusuf bin Ayyub (Saladin) atau dikenali sebagai Sultan Salahuddin al-Ayyubi, adalah seorang panglima perang dan penguasa Islam selama beberapa abad di kalangan kaum Muslimin..

Baginda dikenali sebagai tokoh Perang Salib.. Namanya dikenal luas ketika baginda dapat menakhlukkan kerajaan Jerusalem yang ketika itu dipimpin oleh The Lusignan Raja Jerusalam.. Pasukan Salahuddin juga dikenali sebagai pasukan paling berani di bawah kepimpinannya.


Salahuddin al Ayyubi sword


Salahuddin Al-Ayyubi atau nama sebenarnya Sholahuddin Yusuf bin Ayyub, atau Saladin menurut panggilan orang Barat.. Dilahirkan pada tahun 1137M, di kota Tikrit, berhampiran dengan Sungai Tigris, kira-kira 140 km dari kota Baghdad.

Baginda dari suku bangsa Kurdish dan semasa dilahirkan keluarganya dihalau dari Tikrit oleh pemerintah Baghdad kerana dituduh penghianat. Dalam perjalanan ke Alleppo, Salahuddin dilahirkan sehingga ayahnya berkata ❝..Anakku ini dilahirkan ketika aku dalam kesusahan. Aku bimbang kelahirannya membawa sial..❞ --- Dan tiada siapa menyangka bayi itu akan menjadi pahlawan terbilang...

Kecintaan Salahuddin kepada Islam
Peperangan Hittin telah menyerlahkan kecintaan Salahuddin kepada Islam. Stanley Lane-Poole menulis bahawa Salahuddin berkhemah di medan peperangan semasa peperangan Hittin... Pada satu ketika setelah khemahnya didirikan, dia memerintah tawanan perang dibawa ke hadapannya. Maka dibawalah Raja Palestin dan Reginald dari Chatillon masuk ke khemahnya. 

Dipersilakan sang Raja duduk di dekatnya. Kemudian baginda bangun pergi ke hadapan Reginald lalu berkata -----

 ❝ Dua kali aku telah bersumpah untuk membunuhnya. Pertama ketika ia bersumpah akan melanggar dua kota suci dan kedua ketika ia menyerang jemaah haji. Ketahuilah aku akan menuntut  bela Muhammad atasnya.. ❞.. 

--- Lalu dihunuskan pedangnya dan memenggal kepala Reginald. Mayatnya kemudian dibawa keluar oleh pengawal dari khemah. Raja Palestin apabila melihat adiknya dipancung, ia mengeletar kerana menyangka gilirannya akan tiba. Tetapi Salahuddin menjamin tidak akan mengapa-apakannya sambil berkata, Bukanlah kelaziman seorang raja membunuh raja yang lain, tetapi orang itu telah melanggar segala batas-batas, jadi terjadilah apa yang telah terjadi❞..... Tindakan Salahuddin adalah disebabkan kebiadaban Reginald kepada Islam dan Nabi Muhammad. 


baitul maqdis pic 4


Menawan Baitul Maqdis
Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Salahuddin untuk menawan Baitul Maqdis... Bahauddin telah mencatatkan bahawa Salahuddin sangat-sangat berhajat untuk menawan Baitul Maqdis hinggakan bukitpun akan mengecut dari  bebanan yang dibawa di dalam hatinya...

Pada hari Jumaat, 27 Rejab, 583H, iaitu pada hari Isra' Mi'raj, Salahuddin telah memasuki bandar suci tempat Rasulullah s.a.w naik ke langit. Dalam catatan Bahauddin ia menyatakan inilah kemenangan atas kemenangan. Ramai orang yang terdiri dari ulama, pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa datang meraikan gembira kemenangan ini.

Salahuddin yang Penyayang
Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin semasa peperangan ini sangat jauh  berbeza daripada kekejaman musuh Kristiannya... Ahli sejarah Kristian pun mengakui hal ini. Lane-Poole mengesahkan bahawa kebaikan hati Salahuddin telah mencegahnya daripada membalas dendam. Salahuddin telah menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang-orang Kristian menyerah kalah...

Tenteranya sangat  bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan hinggakan tiada kedengaran orang-orang Kristian dipersalah-lakukan... Semua jalan keluar-masuk ke Baitul Muqaddis di tangannya dan seorang yang amanah telah dilantik di pintu Nabi Daud untuk menerima wang tebusan daripada orang-orang Kristian yang ditawan.

Meninggal Dunia
Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, Salahuddin pulang ke rahmatullah selepas berhempas pulas mengembalikan tanah air Islam pada usia 57 tahun.. Pada malam 27 Safar, 12 hari selepas baginda jatuh sakit, baginda menjadi sangat lemah..

Syeikh Abu Ja'afar seorang yang wara' telah diminta menemani Salahuddin di istana supaya jika Sultan Salahuddin nazak, bacaan Qur'an dan syahadah boleh diperdengarkan kepadanya... Memang pada malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin..

Syeikh Abu Jaafar telah duduk di tepi katilnya semenjak 3 hari yang lepas membacakan Qur'an. Dalam masa ini Salahuddin selalu pengsan dan sedar sebentar..  Apabila Syeikh Abu Jaafar membacakan ayat, ❝.. Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata.. ❞ (Al-Hasyr: 22), Salahuddin membuka matanya sambil senyum, mukanya berseri dan denga nada yang gembira ia berkata, Memang benar❞.. Selepas ia mengucapkan kata-kata itu, baginda terus menghembuskan nafasnya yang terakhir.. Masa ini ialah sebelum subuh, 27 Safar.

Seorang Gadis Gojes,
-Tunsha-
Kisah Pejuang : Salahuddin Ayyubi (Saladin) Kisah Pejuang : Salahuddin Ayyubi (Saladin) Reviewed by Tunsha Ayunie on May 13, 2016 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.