Kisah Pejuang : Muhammad Al-Fateh - DARI JARI NOVELLA

May 06, 2016

Kisah Pejuang : Muhammad Al-Fateh

Sultan Muhammad 4 - Click to view full size photo
Gambar hiasan,

KISAH PEJUANG : MUHAMMAD AL-FATEH | Baginda Sultan Muhammad Al-Fatih dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (Sempadan Turki-Bulgaria). Walau bagaimanapun... sejarah hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya... 
.
.
Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al-Fateh kerana kejayaannya membebaskan Konstantinopel...  Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481)..   Baginda merupakan seorang negarawan sulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen ketenteraan...
.
.
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu... Dalam bidang keagamaan.. gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al-Wali dikatakan daripada keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq RA. Dalam ilmu peperangan pula.. baginda di-ajar tentang taktik peperangan.. memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera..
.
.
Dalam bidang akademik pula, baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam tujuh bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Dalam bidang ilmu pemerintahan pula, ayahandanya Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. 

maxresdefault - Click to view full size photo


Dalam usia semuda ini baginda telah matang menangani tipu helah musuh.. Baginda sentiasa bersifat tawaduk...  Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja. 
.
.
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan...  Baginda sangat cintakan ulama dan selalu berbincang dengan mereka mengenai permasalahan negara.
.
.
Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 akibat sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat baginda mangkat diracun. 

Moga bermanfaat.

1 comment:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.