Karya 12 - KULIT : WAYANG KULIT, KULIT MANUSIA? - Tunsha Ayunie Punya Belog

May 30, 2016

Karya 12 - KULIT : WAYANG KULIT, KULIT MANUSIA?

tumblr inline nr6cvhhg Al1txgyyd 500

JUDUL : KULIT 
GENRE : Seram
PENGARAH : Michael Ang 
PELAKON : Ellie Suriaty, Fizz Fairuz, Nabila Huda, Sharifah Sakinah, Zaidi Omar, Puteri Balqis

SINOPSIS
Dalam sebuah kampung di daerah Kelantan, ada sebuah pulau yang di dasarnya terdapat satu panggung wayang kulit yang amat terkenal... Pak Luqman adalah pemilik panggung tu... Dia ada seorang isteri, 3 orang anak (2 perempuan 1 lelaki).. Yang lelaki dok KL, yang tinggal anak dia yang perempuan.. Seorang besar seorang kecik....


kulit2

Misteri bermula bila  seorang demi seorang, orang kampung yang mati... termasuklah isteri dan anak perempuan Pak Luqman yang kecik tu.... Setiap diorang yang mati tu, kulit diorang akan disiat-siat dan dijadikan wayang kulit, tapi takde siapa yang tahu patung wayang kulit tu adalah dari KULIT MANUSIA !


13129314 1865099440384231 1283556038 n


Lepas dah berapa lama tu, anak lelaki Pak Luqman yang dah lama menetap kat KL, balik laaa ke kampung... Lepas tu Pak Luqman ni macam nak wariskan laaa panggung ni kat anak lelaki dia... Tapi anak lelaki dia macam was2 laaa pulak... Lepas tu hantu (roh) mak dengan adik perempuan dia asyik kacau dia je... Macam nak bagitau laaa mamat ni apsal diorang jadi hantu...


image Resize And Crop

Akhirnya mamat ni tadi dapat laaa merungkai misteri yang terjadi.... Yang tak bestnya... kulit mamat tadi disiat-siat pulak untuk dijadikan wayang kulit...... Apa jadi?? haaa ending mamat ni tak mati, tapi yang siat kulit dia tu kena pasung... Siapa yang buat?? Adik perempuan dia sendiri !

REVIEW
Tak banyak, cuma nak tanya... Mana Nabila Huda di akhir cerita? Macam tergantung plak... Takkan mati cenggitu je? Boleh bagitau aku tak Micheal Ang?

Seorang Gadis Marhaenis,
-Tunsha-

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.