May 30, 2016

Karya 12 - KULIT : WAYANG KULIT, KULIT MANUSIA?

12:57 AM 0
Karya 12 - KULIT : WAYANG KULIT, KULIT MANUSIA?
tumblr inline nr6cvhhg Al1txgyyd 500

JUDUL : KULIT 
GENRE : Seram
PENGARAH : Michael Ang 
PELAKON : Ellie Suriaty, Fizz Fairuz, Nabila Huda, Sharifah Sakinah, Zaidi Omar, Puteri Balqis

SINOPSIS
Dalam sebuah kampung di daerah Kelantan, ada sebuah pulau yang di dasarnya terdapat satu panggung wayang kulit yang amat terkenal... Pak Luqman adalah pemilik panggung tu... Dia ada seorang isteri, 3 orang anak (2 perempuan 1 lelaki).. Yang lelaki dok KL, yang tinggal anak dia yang perempuan.. Seorang besar seorang kecik....


kulit2

Misteri bermula bila  seorang demi seorang, orang kampung yang mati... termasuklah isteri dan anak perempuan Pak Luqman yang kecik tu.... Setiap diorang yang mati tu, kulit diorang akan disiat-siat dan dijadikan wayang kulit, tapi takde siapa yang tahu patung wayang kulit tu adalah dari KULIT MANUSIA !


13129314 1865099440384231 1283556038 n


Lepas dah berapa lama tu, anak lelaki Pak Luqman yang dah lama menetap kat KL, balik laaa ke kampung... Lepas tu Pak Luqman ni macam nak wariskan laaa panggung ni kat anak lelaki dia... Tapi anak lelaki dia macam was2 laaa pulak... Lepas tu hantu (roh) mak dengan adik perempuan dia asyik kacau dia je... Macam nak bagitau laaa mamat ni apsal diorang jadi hantu...


image Resize And Crop

Akhirnya mamat ni tadi dapat laaa merungkai misteri yang terjadi.... Yang tak bestnya... kulit mamat tadi disiat-siat pulak untuk dijadikan wayang kulit...... Apa jadi?? haaa ending mamat ni tak mati, tapi yang siat kulit dia tu kena pasung... Siapa yang buat?? Adik perempuan dia sendiri !

REVIEW
Tak banyak, cuma nak tanya... Mana Nabila Huda di akhir cerita? Macam tergantung plak... Takkan mati cenggitu je? Boleh bagitau aku tak Micheal Ang?

Seorang Gadis Marhaenis,
-Tunsha-

May 27, 2016

Perlukah Buat Sesuatu Rumors?

2:18 PM 2
Perlukah Buat Sesuatu Rumors?


Zaman sekarang zaman media sosial, sehinggakan nak berak pun boleh selfie dulu & post... Emm itu hak masing, sebab perkara melibatkan peribadi.. yang malu, korang jugekkk---
.
.
Cuma dikalangan kita ni lebih ramai penyibuk daripada pembantu... Orang accident bukan nak dibantu, tapi ambil gambar @ video dulu... Tiada langsung sifat rohaniah... Dan kerana ramai sangat spesis macam ni, maka nyawa orang yang tengah nazak tak dapat diselamatkan... Macam accident yang melibatkan lorong kecemasan, baru2 ni...
.
.


Kekadang, bila kita post & viralkan sesuatu perkara, tanpa tahu perkara sebenar. Dan para netizen memasing membawa peranan "menjual" fitnah tanpa rasa bersalah... Tanpa menghiraukan perasaan keluarga2 mangsa...
.
.
Perlu ke rumors seperti ni?? Segala apa yang keluar dari keyboard netizen, kebanyakkan perkara negatif.... Pernah tak kita fikir apa yang pihak keluarga mangsa tanggung??

Maaf, ini hanya random entry semata :)

Seorang Gadis Marhaenis,
-Tunsha-

May 26, 2016

Kalau Nak Berhutang, Jangan Berurusniaga !

6:52 AM 2
Kalau Nak Berhutang, Jangan Berurusniaga !
hutang 1

KALAU NAK BERHUTANG, JANGAN BERURUSNIAGA | Assalamualaikum wbt. Memang antara kita jenis suka berhutang walaupun secara hakikatnya memang susah nak laksanakan hutang tu... Well, nak beli kereta ke rumah ke, perlu berhutang jugak... Kalau tak bergelandanganlah kau di merata tempat..
.
.
Emmm.... bila kau janji nak ambil barang dengan seseorang, secara (COD - cash on delivery), kau perlulah bayar... Namapun CASH.... Tapi ini tidak, barang kau ambik, kau jual tapi kau tak bayar... Yang susah, orang lain...

cats

Abah seorang peniag/stokis Tamar Cocoa, tapi inilah yang dia hadapi sekarang.. Hmm... kami bukanlah orang senang... yang dah berjanji tu kenapa tidak kotakan janji... RM400 je katanya.... Ingat RM400 je tu turun dari langit & sampai ke abah ke macam mana?? *sentap tau*

012

Ini lagi laaa best.... dah buat kerja, diamkan je... Abah pulak yang kena cari... Lepas tu sewenangnya kata guna duit tu untuk bayar yuran sekolah anak....  Rasanya kalau abah tak cari dia, dia cari abah?? Rasanya dia lupa terus kot....

Kesian abah :( Untuk semua.... Kalau rasa nak berhutang, sebaiknya bayar... kalau tak, jangan berurusniaga... Ini bukan kisah dengan abah je, siapa2 pun.......

Seorang Gadis Marhaenis,
-Tunsha-

May 23, 2016

Gajah Itu Akan Berterima Kasih....

5:10 PM 3
Gajah Itu Akan Berterima Kasih....

Assalamualaikum wbt.

Pernah naik gajah? Rasanya kalau pergi zoo, ada la kot yang merasa naik gajah.. Aku pernah bermain2 dengan gajah dalam air waktu mengikuti kempen dengan group office mama dulu..

Gajah adalah haiwan darat yang paling besar didunia... Tapi, gajah ni antara spesis yang hampir pupus.. *sedih*... Aku memang sukakan gajah, kalaulah kat Malaysia ni boleh membela haiwan terpupus ni, of coz aku akan pilih, GAJAH..

Antara gajah yang semakin pupus adalah gajah dari Borneo.. Kalau korang sayangkan gajah, bolehlah membantu... KALAULAH GAJAH ITU MAMPU BERCAKAP, MESTI MEREKA BERTERIMA KASIH [KLIK] kerana masih ada manusia yang menyayangi mereka...

Kesian, gading gajah2 ini dicuri untuk kepentingan manusia2 yang tak berhati perut dikalangan manusia seluruh dunia ni... Jom tunjukkan rasa sayang kita pada GAJAH !!

Seorang Gadis Marhaenis,
-Tunsha-

Wajah Dikartunkan Dengan Harga Murah...

10:57 AM 4
Wajah Dikartunkan Dengan Harga Murah...
Assalamualaikum wbt..

Korang minat tak kalau muka korang di"kartun"kan?? 

Sebenarnya nak bagitau, adik aku ni seorang OKU, (urat tangan kanan tidak berfungsi)... Tapi dia minat art... lukis2.... Masa lapang dia dengan art je laa...

Adik hakakkk ni bukan kidal, daripada sikap dia hakakkk tau dia bukan kidal but dia TERPAKSA jugak guna tangan kiri untuk serba serbi sebab tangan kanan tak berfungsi... emm... Bercerita pasal lukisan, dia minat lukis anime, awalnya... Lepas tu dia belajar kartunkan muka orang... Model dia masa tu adik beradik dia laaa.... Dia guna gambar kita, then kartunkan :)

522223 389306977772585 2140849586 n

CUBA TEKA SIAPA NI?

Kalau ada yang berminat...

Whatsapp : 0176908394 (Amsyar Abid)

HARGA : 
1 keping = RM 3
5 keping = RM 12

.-.sekian.-.

May 20, 2016

RESEPI : Ayam Goreng Bawang Putih

5:48 PM 2
RESEPI : Ayam Goreng Bawang Putih
Awas Ini Ciri Ayam Goreng Fast Food Tak Segar
Ilustrasi semata.

Bila cakap / sebut ayam goreng je.. aku akan terbayangkan kanak2... Aku dulu tak suka pun ayam goreng ni... Tapi lepas kawin, tinggal dengan mertua... dalam seminggu tu adalah 4-5 kali jugak ayam goreng ni jadi hero utama dalam rumah... Paling best kalau Mama Nora buat ayam goreng, partner masak lemak labu & sambal belacan... perghh... sedap tak terkata...

RESEPI AYAM GORENG BAWANG PUTIH
Bahan-bahannya :
  • Ayam beberapa ketul
  • Bawang putih - lebih sikit pun takpe
  • Serbuk cili
  • Garam
  • Penambah perasa - tak letak pun takpe, ganti dengan gula sikit
  • Tepung jagung

Cara-caranya :
  • Bawang putih ditumbuk halus (jangan blend) .. Lepas tu masukkan dalam ayam.. Masukkan garam, serbuk cili, penambah perasa / gula.. Perap ayam.. Lagi lama perap lagi sedap...
  • Sebelum goreng, celup ayam dalam tepung jagung..


TIPS
Panaskan minyak dengan api besar, tunggu sehingga minyak betul2 panas, kecikkan api.. Mulakan menggoreng.. Tutup kuali.. dan alihkan ayam setiap 5 minit sehingga ayam masak..

Haaa senang gilossss kan.... Nak sedap, rahsianya bawang putih kena banyak dari ayam laaa... Namapun ayam goreng bawang putih kan... kan kan...? Selamat mencuba !

Seorang Gadis Marhaenis,
-Tunsha-

SENYUM PETANG #2 : Jangan Beli Telur Ayam Dari Ayam Penzina !!

4:24 PM 0
SENYUM PETANG #2 : Jangan Beli Telur Ayam Dari Ayam Penzina !!
JANGAN BELI TELUR AYAM DARI AYAM PENZINA !! | Assalamualaikum wbt.. Tudiaaaa aihh.... Ayam berzina... Ampa jangan buat main naaa.. Ampa tau dak teloq ayam yang ampa beli tu Halal ka Haram?? Baik2... Sesungguhnya telur dari hasil ayam yang berzina itu adalah tidak halal...

ayam kmpung1
.
..
...

OK-------------CUT !!

...
..
.

Ni sebenarnya aku nak tergelak baca post satu ni tadi... Rasanya Kak +Ayuni Rafilah yang share... Sampai aku confused then sambung gelak... macam2 hal tau...

ayam

Dari ayat2 yang terukir, rasanya ini dari Indonesia... Haritu aku ternampak pasal tudung cop Halal... Pertama di Indonesia tuuu... Lepas ni ayam kambing semua kena sunat jugak... Takut laaa pulak termakan daging tak halal.... aduhai...

Selamat petang semua.. harini mood hakakkk stabil dek kerana iklan telur halal ni tau ~

Seorang Gadis Marhaenis,
-Tunsha-

Hilangkan Rasa Gugup Ketika Bercakap Di Khayalak Ramai

11:53 AM 2
Hilangkan Rasa Gugup Ketika  Bercakap Di Khayalak Ramai
successful public speaking

HILANGKAN RASA GUGUP KETIKA BERCAKAP DI KHAYALAK RAMAI | Assalamualaikum wbt. Sebenarnya jika kita jenis yang pendiam... memang susah kalau kita nak berdepan dengan khayalak ramai.. For seriously, aku pun macam tu jugak... Kekadang dengan mertua sendiri pun aku gugup... entah...

Masa Adib kawin haritu, aku jadi emcee... Tapi gugupnya sangatlah ketara sampai Kaklong yang terpaksa takde over... Aku pulak langsung tak buat research macam mana nak atasi gugup... Aduhai... That is my totally first time tau....

So, dari FB Encik Roslan Ab Hamid, aku nak share tips atasi gugup..
.
.
1) Firstly korang kena minum air dulu.. Ambil secawan air lebih kurang 100ml, 5 minit sebelum kita dipanggil ke pentas.. Kata Kunci : 5 minit sebelum.

2) Sejam sebelum program, makan makanan berkhasiat dan yang membekalkan tenaga.

3) Beritahu audience, betapa berdebarnya kita melihat kumpulan mereka yang hebat hadir memberikan telinga untuk mendengar.. Well, insyaAllah mereka akan sukakan kita..

4) Sentiasa membawa message map bersama.. Ianya pelambung kesematan supaya kita tidak "lemas" ketika masih di pentas..

5) Cari muka mesra dari kalangan audience kalau ada..

6) Fokus pada apa yang mahu diperkatakan... Katakan segera.... Katakan dengan bermakna... Katakan dengan petah bicara....
.
.
Mungkin susah kot awalnya, tapi bila praktikkan... insyaAllah... Aku memang minat bercakap di hadapan umum.. Cuma penyakit gugup ni dari kecik... Macam tak boleh nak ubatkan plak... Berdebar jantungku... mengenangkan namamu~~~ ehhh... nyanyi plak.... kbai..

Seorang Gadis Marhaenis,
-Tunsha-

KISAH PEJUANG : Amr Bin Ash

10:50 AM 0
KISAH PEJUANG : Amr Bin Ash
download (1)

KISAH PEJUANG : AMR BIN ASH | Amru bin Ash bin Wa'il bin Hisyam (583-664) atau dikenali dengan nama Amr Al-Ash.. Beliau adalah sahabat kepada Nabi Muhammad SAW.... Beliau juga seorang yang cerdik dan genius..Ayahnya (Ash bin Wa'il) seorang tokoh dan penguasa Arab zaman Jahiliah...

Amr


Amr bin al-Ash memeluk Islam pada tahun 8 H setelah kegagalan Quraisy dalam perang Ahzab dan enam bulan sebelum penaklukkan Kota Mekah... Di saat itu beliau datang bersama Khalid bin Walid dan Uthsman bin Thalhah ke Kota Madinah.. Mereka bertiga pergi menemui Rasulullah SAW.. Rasulullah menatap wajah ketiga2 mereka dan bersabda..... “..Mekah telah memberikan putera terbaiknya untuk kalian (umat Islam).”

Enam bulan selepas memeluk Islam, dia bersama Rasulullah SAW menakhluki Makkah dalam peristiwa Fathul Makkah.. Dia adalah panglima perang yang bijak dalam mengatur strategi perang... Beliau juga adalah panglima perang yang menakhluk Baitul Maqdis dan Mesir dari cengkaman Romawi..

Amru bin Ash wafat pada tahun ke 43 H ketika masih menjadi Gabenor Mesir.

Seorang Gadis Marhaenis,
-Tunsha-

May 19, 2016

RESEPI : Bebola Tauhu Udang

4:56 PM 2
RESEPI : Bebola Tauhu Udang
enhanced 13268 1460661066 11

RESEPI BEBOLA TAUHU UDANG | Aku tengah bosan sebenarnya tak tahu nak buat apa... nak tido takmau lelap... so saja usha2 resepi.. Nampak pulak resepi ni macam sedap maka nak abadikan dalam blog... nak buat tak tahu laaa bila pulak ye.. mihmih

Bahan-bahannya :-
*4 ketul tauhu lembut
*1/2 pound udang - dikisar halus
*3 ulas bawang putih - dicincang
*1/2 sb halia - dicincang
*2 st garam
*sedikit gula
*2 st lada putih
*1 sb kicap 
*1 sb minyak bijan

Tepung gandum
Telur - dipukul sedikit
Serbuk roti
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya :-
Campurkan semua bahan bertanda (*).. Bulat2kan bahan tadi, celup dalam tepung gandum, kemudian telur, seterusnya serbuk roti.. Goreng sehingga warna keemasan.. Kemudian boleh cicah dengan sos.. Taraaa !

Bahan Sos :-
Kicap cair + bawang putih hancur + daun bawang.

Nampak macam menarik laaa pulak kan?? Aku memang suka benda2 camni... Udang seketul2 aku tak suka makan, tapi kalau jenis kena langgar lori ni, sedap pulak kat tekak aku... arghh merapu dah... Selamat mencuba !

Seorang Gadis Marhaenis,
-Tunsha-

Buat Prank Call Bagi Harapan Palsu

3:56 PM 1
Buat Prank Call Bagi Harapan Palsu
download

BUAT PRANK CALL BAGI HARAPAN PALSU | Assalamualaikum wbt.. Mengenakan orang memang seronok lagi2 kalau orang tu beria2 eksaited dan percaya dengan butir yang kau cakapkan tu.. Tapi pernah ke terfikir dengan membuat prank call sambil bagi harapan palsu tu...... akan buat orang yang berharap tu kecewa.... atau kurang kewarasan, dia boleh bunuh diri sebab kau dah malukan dia !

Terfikir tak? --- takdepun.

Hangat sekarang ni orang marahkan salah satu stesen radio popular yang telah membuat segmen Prank Call untuk mengenakan pendengar.. Yang menaikkan kemarahan para netizen bila panggilan itu seolah memberi harapan kepada pendengar... Seterusnya pendengar itu terlalu berharap & mereka kata itu hanya PRANK... woooo kecewa harapan si pendengar... hmm jom layan screenshot ~

1

2

After that Tauke mengamuk...
Tapi tweet tauke ni telah dipadam rasanya...

.
.
Katanya, orang yang dikenakan tu antara kenalan deejay sendiri... but well, janganlah expect pendengar tahu yang korang call tu member2 korang gak... Tak pepasal peminat mengamuk tau.. kan dah tak best? Lenkali kalau nak buat kelakar, buatlah MACAM AKSI PEMAIN BOLA NI [KLIK]... Takde laaa nak sakitkan hati sesiapa... kan kan kan??

Seorang Gadis Marhaenis,
-Tunsha-

Cemburu Tu.... Normal Ke?

2:34 PM 1
Cemburu Tu.... Normal Ke?
black blue calm greem jealous Favim com 274622

CEMBURU TU.... NORMAL KE? | Assalamualaikum wbt.. cemburu tu normal katenye.... Haha ! Zaman aku bercinta, cemburu tu ada... tapi takde laaa tebal sangat... Sebab aku belajar dari pengalaman... kot2 aku beria2 cemburu tapi dia ada perempuan lain....  So lepas kawin dok berkepit dengan suami je... So cemburu tu takde laa timbul sangat... 24hours beb depan mata...
.
..
...

TAPI................. !!!

...
..
.

Sejak dia start bekerja ni... cemburu aku terlebih2 laaa pulak... Asal dia balik kerja je, aku start emo & nangis... Setiapkali balik kerja, dia akan cerita... awek Guardian pandang2 dia sambil senyum2... Aku kenal gak laa awek tu... bila aku dengan tuan suami pun dia perati suami, tapi bila aku pandang... Muka awek tu jadi tension.... kau rasa??
.
.

Aku ni cemburu lebih2 sangat... macam sia2 pulak buat tips tangani perasaan cemburu... Diri sendiri pun tak praktikkan.. Well, rasa lain kot sebab terpaksa berpisah dengan tuan suami seharian... This week dia kerja direct... So aku jumpa dia time pagi & malam je.. Malam pun balik lewat, then tido.... then esok dia sambung rutin... Aku emo lagi pastu... haha !
.
.

Mungkin normal kot, sebab sebelum ni aku tak pernah berjauhan dengan tuan suami... So now dia start kerja, memacam perkara negatif laaa aku fikir... tapi dia tetap yakinkan aku...
.
..
...

"... Abang kerja untuk MASA DEPAN kita tau.... untuk bagi keselesaan pada sayang tau..."...

                                krikkk... krikkk.... krikkk ----- MY BAD, seadanya...

Seorang Gadis Marhaenis,
-Tunsha-

Aku Yang Mati Seketika Ini.................

6:50 AM 2
Aku Yang Mati Seketika Ini.................
black rose dektop hd 640x447

Assalamualaikum wbt...
.
..
...

Cadangnya... memang nak menaip... mahu mengisi blog seadanya.... Tapi sesuatu terjadi pada aku semalam... sehingga mood aku terpesong sangat2... Jujur, mood aku memang lari tiada naluri.. 

                                    .MATI.

.... Sampai tuan suami balik, terus angkut aku pergi tempat kerja dia....

Aku cuba bertahan -- bersabar dengan apa yang jadi... tadah telinga macam tak ada apa yang berlaku... Dan hakikatnya ?? 

AKU TAK MAMPU !!

.
..
...

Tuan suami mencari rezeki, takkan laaa setiap masa aku harus mesej dia mengadu itu dan ini??

TERPAKSA ikut suami kerja, merayaulah aku dalam mall tu sementara tuan suami bekerja..

...
..
.

So.................... niat nak blogging mati seketika ini...
naluri aku mati sekejap.
.
.
doakan aku bersemangat kembali --
doakan aku tabah kembali --

.
..
...

.................DEMI ALLAH !! -- aku dah tak larat nak tadah telinga, BERAT !

SEORANG GADIS MARHAENIS,
-Tunsha-

May 18, 2016

Pemuzik Dan Penyanyi Indonesia, Deddy Dores Meninggal Dunia

12:01 PM 1
Pemuzik Dan Penyanyi Indonesia, Deddy Dores Meninggal Dunia
deddy

DEDDY DORES MENINGGAL DUNIA | Assalamualaikum wbt. Pemuzik lagenda kelahiran Surabaya, Indonesia -- Deddy Dores telah meninggal dunia malam semalam akibat serangan jantung. Deddy Dores menghembuskan nafas yang terakhir ketika berada di Rumah Sakit Bintaro, (Jakarta Selatan) pada jam 11.45 malam.
.
.
Deddy, penulis lagu slow rock dan namanya popular ketika mengeluarkan album berjudul Hilangnya Seorang gadis pada tahun 1971.. Beliau juga antara komposer yang bertanggungjawab mempopularkan penyanyi muda sekitar 1990 iaitu Nike Ardilla.
.
.
Ketika hayatnya, Deddy pernah menerbutkan dua buah album berjudul Seberkas Sinar (1990) dan Bintang Kehidupan (1992).. Beliau pernah berduet dengan Mayang Sari dengan lagu berjudul Jangan Pisahkan, juga pernah berduet dengan Ella dengan lagu berjudul Mendung Tak Bererti Hujan
.
.
Seorang Gadis Gojes,
-Tunsha-

VIRAL : Isteri Disepak Di Kedai Dobi Tidak Mahu Buat Laporan Polis

11:29 AM 0
VIRAL : Isteri Disepak Di Kedai Dobi Tidak Mahu Buat Laporan Polis
sepak

ISTERI DISEPAK TIDAK MAHU BUAT LAPORAN POLIS | Assalamualaikum wbt, Kes video viral seorang isteri yang disepak terajang di pinggang oleh suaminya di kedai dobi tempoh hari, telah menaikkan kemarahan para netizen...
.
.
Difahamkan, wanita yang menjadi mangsa itu baru melahirkan anak kedua dan masih dalam keadaan berpantang... Allahuakbar... sampai hati.... emm... Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh telah menemui wanita 20-an itu dan telah mengambil keterangan untuk tindakan seterusnya..
.
.
Bagaimanapun, wanita berkenaan enggan membuat laporan polis dan tidak mahu polis mengambil tindakan ke atas suaminya.... emm sayang suami punya pasal... Sekali lagi menaikkan kemarahan netizen....  Bersuka-ria lah si suami kan sebab isteri mampu jadi mangsa di kemudian hari...? Nauzubillahminzalik !
.
.
Diharap si suami insaf2 laaa jadikan wanita yang melahirkan anak kau sebagai "bola".. Dia dah cukup terseksa nak lahirkan anak kau tahu tak?... Dia dalam pantang lagi kau dah terajang dia macam lehenettt ---
.
.
Hopefully si suami ni sentiasa ada dalam pemerhatian polis... Kaki tindas ni patut potong je ASET dia tu kasi sedar sket ~

Seorang Gadis Gojes,
-Tunsha-

May 17, 2016

TIPS : ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR

10:30 AM 2
TIPS : ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR
4

TIPS : ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR | Bayi yang baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dan mengenali dunia setelah 9 bulan hidup di dalam rahim seorang ibu.. Maka ibubapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahiran si bayi mengikut cara yang dianjurkan dalam Islam..
.
.
Mungkin kebanyakan ibu tidak mengambil berat tentang tatacara memandikan bayi yang baru lahir, iaitu dari umur sehari ke 40 hari.. Dalam tempoh ini, kaedah memandikan bayi memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik. 
.
.

3

TIPS MANDIKAN BAYI BARU LAHIR

1) Seeloknya mandikanlah bayi pada waktu dhuha, kerana dalam waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang.. Gunakan air suam..

2) Siraman pertama - dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan2.. Kemudian baru disiramkan ke kaki dan seterusnya di bahagian punggung bayi.

3) Belai dan gosok badan bayi dengan lembut.. Ia akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik.. Siraman disertakan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi..

4) Seterusnya siram dari belakang ke kepala.. Siraman harus dibuat secara perlayan supaya air tidak mengalir masuk ke lubang telinga.. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, gunakan tangan untuk menggosok dahi bayi..



5) Sebaiknya tugas memandikan bayi ini dilakukan oleh bapa, sambil memandikan anak, zikirlah Ya Latiff Ya Hadi -- Yang Maha Lembut, Yang Memberi Petunjuk

6) Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7) Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah.. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat. 

8) Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.
.
.
Semoga bermanfaat untuk ibu & bapa2 diluar sana :)

VIRAL : Terajang Isteri Depan Anak Di Dalam Kedai Dobi

1:26 AM 2
VIRAL : Terajang Isteri Depan Anak Di Dalam Kedai Dobi
sepak

VIRAL : TERAJANG ISTERI DEPAN ANAK DI DALAM KEDAI DOBI | Assalamualaikum wbt.. Memang, perkahwinan itu indah awalnya, tapi kalau syaitan dah merasuk --- salah seorang mesti jadi mangsa.. Sekarang tengah viral seorang lelaki terajang seorang wanita di depan anak kecil... [VIDEO]
.
.
Rakaman CCTV itu menunjukkan bahawa seorang lelaki dipercayai suami mangsa, menyepak bakul baju ke arah isterinya kemudian menyepak isterinya yang sedang duduk di atas bangku.. Aksi itu disaksikan oleh anak mereka yang masih kecil...
.
.
Emm... Apa guna jadi lelaki asyik nak sepak terajang kaum hawa? Tak terfikir ke lahirnya awak tu dari rahim seorang hawa?? Sadis sangat perangai ! 
.
.
Semoga tindakan akan diambil untuk menangkap jantan lahanat sebegini...

Seorang Gadis Gojes,
-Tunsha-

May 16, 2016

SENYUM PETANG #1 : Ramalan Bomoh

6:58 PM 1
SENYUM PETANG #1 : Ramalan Bomoh
ramalan

Selamat petang semua :)

-Tunsha-

REVIEW MAKAN : Taiwan House Ampang Point Lagi !

6:27 PM 8
REVIEW MAKAN : Taiwan House Ampang Point Lagi !
REVIEW MAKAN : TAIWAN HOUSE AMPANG POINT LAGI | Assalamualaikum wbt. Semalam niat nak ikut +Sally Samsaiman pergi event blogger kat Bangi Golf Resort. Hakakkk kemain laa eksaited nak pergi sampai termimpi-mimpi dah sampai Bangi dah pun... Sekali sedar2 badan panas, seram sejuk... demam pulak -- Lepas tu makan ubat, sambung tido, dengan harapan bangun2 nak bersiap pergi... Lastly, masih demam malah perut memulas2 alkisahnya...
.
.
Aku agak frustrated sebenarnya.. Aku memang suka makan buffet... Sebab banyak pilihan makanan aku boleh makan... Aku ni hantu makan sebenarnya once makanan tu kena dengan tekak aku... Ntah laa... duit tuan suami habis untuk aku makan je... sampai dia cakap --- " amboi, kaw2 hang kikis duit abang ye... ? " hahaa !
.
.
Sebab dia tengok muka isteri dia ni frustrated sangat... Marahkan diri sendiri sebab tak sihat, diajaknya aku pergi Ampang Point, makan mee ! Aku memang dah lama mengidam makan kat Taiwan House dalam Ampang Point tu sebab asal pergi je ramai gila.... tapi alhamdulillah, haritu tak berapa ramai sangat...


IMG 20160515 125549

WANTAN NOODLE SOUP : Ini tuan suami punya... Wantan dia tak masin macam fish ball.. Actually fish ball pun takde la masin cuma MSG berlebihan kot... Haha ! Tapi sedap wantan dia... Portion banyak, cili dia pun sedap... Sawi jeruk dia pun sedap... Yang paling best, mee depa buat sendiri.. Mee tarik kekdahnya...

HARGA : RM 13.50

IMG 20160515 125519

PRAWN FISH BALL NOODLE SOUP : Aku macam tak boleh berhenti makan fish ball dia.. Dalam tu ada isi udang... Ya Allah, sedap kemain.. Masa makan plak hari tengah hujan2... Hirup sup, lega tekak -- hilang terus demam hakakkk.... Tapi sebu jugak laa perut sebab portion dia yang banyak itu, perutku yang kecik tidak mampu menampung kos...

HARGA : RM 13.50

IMG 20160515 130135

SPRING ONION PANCAKE : Yang ni buat aku addicted... tuan suami makan dua keping je... Aku makan selebihnya... mihmih... Sos kicap cair + bawang putih tu yang buat aku addict sebenarnya... padahal pancake ni biasa je.. Tepung campur daun bawang, haaa buatlah pancake.. Tapi harga... Yarabbi... Akur je laa sebab teringin..

HARGA : RM 8

Subtotal + tax = RM 37

-------------------------------------------

Oklah sekali sekala makan... Kalau makan selalu kopak jugak laaa kisahnya... Hmm tujuan tuan suami nak belanja ni sebab dia dah kerja harini... So tak tahu bila lagi dia dapat belanja isteri dia yang tersayang ni.... Yelaaa... selamat laaa dia sebab isteri dia ni tak dapat mengikis dah... mihmih ~

Seorang Gadis Gojes,
-Tunsha-

TIPS : Bagaimana Berfikir Secara Kreatif

11:00 AM 0
TIPS : Bagaimana Berfikir Secara Kreatif
2

TIPS : BERFIKIR SECARA KREATIF | Assalamualaikum wbt.. Selalunya kita ni ada je bernawaitu/berniat nak buat sesuatu, tapi sebab kita tak berapa nak kreatif, maka terbantut jelaa hajat dan cita2 itu, macam hakakkk.... weeeeeeeee ! Sebenarnya, kreatif ni memerlukan otak yang sihat... So kita mampu berfikir waras kan.. haaa... Ni ada tips untuk berfikir secara kreatif !


TIPS BAGAIMANA BERFIKIR SECARA KREATIF

1) Ambil Masa Untuk Berehat
Sometimes kita terlalu memberi fokus atau memaksa diri untuk melakukan sesuatu.. Maka kita akan terlepas pandang terlalu banyak perkara.. Bila kita terlalu memaksa diri, kita akan jadi stress.. So, segala kreativiti ibarat tertutup.. Kalau rasa tertekan menyiapkan sesuatu tugas, ambillah masa untuk berehat dan tenangkan fikiran terlebih dahulu.. Bila dah stabil dan tenang, barulah ada ruang kreativiti dan kita mampu menyiapkan sesuatu tanpa tekanan !

2) Gagal Sebelum Berjaya
Bila kita usahakan sesuatu.. kekadang perkara yang paling dirisaukan adalah kegagalan.. INGAT ! Gagal sekali tak bermaksud gagal selamanya... Ianya bukanlah penamat kepada sesuatu usaha.. Jangan takut untuk berhadapan dengan kegagalan.. Kerana ianya adalah satu permulaan.. Jangan takut untuk mencuba dan ambillah kegagalan itu sebagai satu point untuk memperkembangkan kreativiti masing2.


1


3) Menetapkan Tujuan
Apa jua usaha yang penting adalah TUJUAN & TARGET. Bila ada tujuan & target ni, secara tak langsung kita akan menjadi lebih kreatif untuk memastikan tujuan & target kita tu tercapai... 

4) Jadikan Persekitaran Sebagai Sumber Ilham
Sebenarnya, alam disekeliling kita maha luas.. Pelbagai ilmu didalamnya.. Situasi tenang sambil melihat kehijauan & keindahan boleh meransang otak kita untuk memberi sesuatu yang kreatif dan menjadikan individu itu lebih kreatif.

5) Berfikir Atas Idea
Kebolehan untuk mengusahakan sesuatu antara individu yang berbeza kerana kreativiti seseorang itu berbeza2.. Ada jenis orang yang banyak idea tapi tak tahu bagaimana mahu bertindak.. Sayanglaa kan? Maka kita sebagai orang kedua ni membantu dan sama2 bertindak ! Rezeki harus dikongsi.. hihi.. Bila saling bantu membantu, pasti hasilnya juga memuaskan..
.
.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kamu yang ingin menjadi kreatif !

Seorang Gadis Gojes,
-Tunsha-

Pemenang Gempak Superstar 2016

2:27 AM 1
Pemenang Gempak Superstar 2016
Gempak Superstar Logo

PEMENANG GEMPAK SUPERSTAR 2016 | Assalamualaikum wbt. Aku takdela melayan sangat cerita ni tapi kalau balik Rawang, mama aku kemain hadap cerita Gempak Superstar ni.. Haha... actually aku tak tahu pun kewujudan cerita ni.. Entah konsert keberapa pun aku tak tahu.. tetiba je nampak Sofi Jikan menyanyi... haha... He's my favourite actor la sebenarnya..


Peserta Gempak Superstar

Gempak Superstar telah menampilkan pelakon2 yang ingin membuktikan mereka mampu menjadi penyanyi.. Peserta2 termasuklah Soffi Jikan, Dazrin Kamaruddin, Nazim Othman, Arja Lee, Ryzal Jaafar, Tasha Shilla, Raja Ilya, Izreen Azminda, Siti Elizad & Sherry Ibrahim.


13178990 845247775581097 763784159403552401 n

SENARAI PEMENANG GEMPAK SUPERSTAR 2016

PEMENANG TERLAJAK 
GEMPAK SUPERSTAR
ANJURAN : DATO ALIFF SYUKRI
- SHERRY IBRAHIM -

JUARA
RM 100,000 & TROFI
- SITI ELIZAD -

NAIB JUARA
RM 25,000 & TROFI
- SHERRY IBRAHIM -

TEMPAT KE-3
RM 15,000 & TROFI
- ARJA LEE -

TEMPAT KE-4
RM 10,000 & TROFI
- SOFFI JIKAN -

TEMPAT KE-5
RM 5,000 & TROFI
- NAZIM OTHMAN -


.
.
.

Tahniah kepada para pemenang :)

May 14, 2016

MUTIARA DI HATI #2

8:40 PM 2
MUTIARA DI HATI #2
81156c6daa5c760f16e496f6df82dda1

Allah knows
WHAT
is the best for you and
WHEN
it's best for you
to have it.

.
.
.

Walaupun aku bukanlah pentaksub kepada agama, berteka-teki tentang Islam, tapi cuma satu...
.
.
AKU--- percaya dengan Qada & Qadar yang Allah SWT tulis...
Jalan-NYA terperinci tanpa aku tahu apakah dia... 
.
.
Kejahatan dosa yang aku lakukan adalah kerana kehendak aku... Tapi aku masih percaya...
--- segala KEBAIKAN yang datang itu kerana Allah SWT sayangkan aku....
.
.
Kerana terlalu penat mengeluh dan menunggu, sehingga aku cuba berputus asa... sehingga sang suami memberi peransang dan kata2 --- "Sayang, Allah taala benci sesiapa yang putus asa..."
.
.
.. Dan ketika aku hampir lena dan hampir membenci Tuhan, DIA terus membuka mata... Seolah berbisik, --- "AKU ADA DI MANA2 "...

Dan hari ini buktinya, DIA membuka jalan untuk suami... Mencari rezeki halal untuk menyuapkan aku sebutir nasi... Kami berniat tidak mahu susahkan sesiapa... Kami tidak mahu dipandang sebagai dhoif lagi... Selagi berkudrat, kami cuba....

Dan ALLAH SWT Maha Tahu,
APA YANG TERBAIK BUAT HAMBA-NYA :')

Seorang Gadis Gojes,
-Tunsha-

REVIEW FILEM - Wanted (2008)

12:00 PM 0
REVIEW FILEM - Wanted (2008)
wanted wesley2 003

REVIEW FILEM : WANTED (2008) | WANTED merupakan sebuah filem adaptasi dari sebuah komik yang bergenre Action & Crime.. Diarahkan oleh Timur Bekmambetov, filem ini menampilkan pelakon yang terkenal seperti Angelina Jolie, Morgan Freeman dan James Mc'Avoy.

wanted movie poster wide

Filem : Wanted (2008)
Released : 27 Jun 2008
Pengarah : Timur Bekmambetov
Pelakon : Angelina Jolie, James Mc'Avoy, Morgan Freeman & Thomas Kretchmann.

SINOPSIS

Mengisahkan tentang Wesley Gibson (James Mc'Avoy) yang bekerja sebagai akauntan pejabat.. Hidup Wesley ni sangatlah terumbang ambing.. dengan bapak dia tinggalkan dia masa dia kecik... dengan masalah kos sara hidup, teman sekerja yang asyik kenakan dia, girlfriend dia pulak curang dan bermain kasih dengan member kerja dia.. So dia rasa serabut dan hidup bergantung pada ubat depress je..



Wesley and Fox


Suddenly dia berjumpa dengan seorang perempuan bernama Fox (Angelina Jolie), di farmasi ketika membeli ubat.. Fox ni konon nak protect Wesley daripada kena tembak dengan seorang lelaki yang Wesley tak kenal..

Wesley dibawa bertemu dengan Sloan (Morgan Freeman).. Sloan ni merencanakan satu pembunuhan dan pembunuhan tu hanya Wesley yang mampu lakukan.. Pelbagai teknik pembunuhan yang diajar pada budak Wesley ni tadi...

Setelah berhempas pulas membunuh sana dan sini, Wesley mengetahui kebenaran di sebalik pembunuhan itu...
.
.
.
Seorang Gadis Gojes,
-Tunsha-

May 13, 2016

REVIEW MAKAN : Teochew Chendul, Tesco Extra Ampang

12:16 PM 2
REVIEW MAKAN : Teochew Chendul, Tesco Extra Ampang
cats

REVIEW MAKAN : TEOCHEW CHENDUL, TESCO EXTRA AMPANG | Assalamualaikum wbt. Aku ni bukanlah penggemar cendol sangat tapi sebab musim panas ni kan, so benda2 cenggitu menarik perhatian aku.. 
.
.
Haritu pergi Tesco Extra Ampang, tujuan nak cari spec tuan suami... Dia peminat rayban tapi nak beli yang mahal2 tak mampu, so cari laaa yang murah2 aje... Tapi takde pulak berkenan di hati.. Pi melencong makan pulak.. Aku makan nasi ayam Linda Onn, lepas tu tetiba perasan depan aku ada orang jual cendol... Penang mari katanyaaaaaaaaaaa.... so aku merintih2 nak tapi sebab perut penuh maka terbatas je laa niat tu...
.
.
Nak jadi cerita, lepas dialisis semalam.. Aku kelaparan... Tekak nak makan laksa walaupun hakikatnya laksa tu tidaklah mengenyangkan pun.. Then terus je tuan suami ajak pergi Teochew Chendul ni... Tercapai hasrat di hati nak makan Assam Laksa & Cendol !!


2

ASSAM LAKSA : Bagi aku kuah dia sangattttttttt sedap ok ! Cuma, mee laksa tu agak lembut sampai aku rasa macam makan kanji ubi je.... Dalam dia aku tak sure sama ada dia letak meat flakes/fish flakes sebab aku confused dengan rasa ketulan2 itu...Kuah dah sedap tapi awat mee laksa tu lain bebenar...? Stress hakakkk...

HARGA : RM 10.90

3

PENANG CURRY : Lemak2 sedap kekdahnya... Tuan suami kata mee kari dia rasa macam mee kari cina... tak pedas... just nice saja... Licin tuan suami makan... Bagi aku yang suka pedas ni, kira so-so je laa mee kari dia... Lain padang lain belalang kan... *eh tetibe*

HARGA : RM 10.90

1

Makan tanpa mempedulikan sesiapa.............
.
.
.
.

4

ORIGINAL CHENDOL : Lastly baru makan cendol.. Tekak aku rasa kurang sesuatu.. Well, mungkin tukang masak @ tukang buat tak sama... So cendolnya pun bagi aku so-so aje.. Mula nak order cempedak chendol, tapi takde laaa pulak so aku beli je laaa yang original....

HARGA : Aku tak ingat :(

Sekadar berkongsi pengalaman makan kat area Tesco Extra Ampang ni... Bagi aku memang so-so-so saja laaa... Takde laaa rasa macam termimpi2... Atau aku kurang selera makan?? Mungkin...... 

Seorang Gadis Gojes,
-Tunsha-

Kisah Pejuang : Salahuddin Ayyubi (Saladin)

10:19 AM 0
Kisah Pejuang : Salahuddin Ayyubi (Saladin)
Salahuddin Ayyubi 5a
Gambar hiasan.


KISAH PEJUANG : SALAHUDDIN AYYUBI (SALADIN) | Salahuddin Yusuf bin Ayyub (Saladin) atau dikenali sebagai Sultan Salahuddin al-Ayyubi, adalah seorang panglima perang dan penguasa Islam selama beberapa abad di kalangan kaum Muslimin..

Baginda dikenali sebagai tokoh Perang Salib.. Namanya dikenal luas ketika baginda dapat menakhlukkan kerajaan Jerusalem yang ketika itu dipimpin oleh The Lusignan Raja Jerusalam.. Pasukan Salahuddin juga dikenali sebagai pasukan paling berani di bawah kepimpinannya.


Salahuddin al Ayyubi sword


Salahuddin Al-Ayyubi atau nama sebenarnya Sholahuddin Yusuf bin Ayyub, atau Saladin menurut panggilan orang Barat.. Dilahirkan pada tahun 1137M, di kota Tikrit, berhampiran dengan Sungai Tigris, kira-kira 140 km dari kota Baghdad.

Baginda dari suku bangsa Kurdish dan semasa dilahirkan keluarganya dihalau dari Tikrit oleh pemerintah Baghdad kerana dituduh penghianat. Dalam perjalanan ke Alleppo, Salahuddin dilahirkan sehingga ayahnya berkata ❝..Anakku ini dilahirkan ketika aku dalam kesusahan. Aku bimbang kelahirannya membawa sial..❞ --- Dan tiada siapa menyangka bayi itu akan menjadi pahlawan terbilang...

Kecintaan Salahuddin kepada Islam
Peperangan Hittin telah menyerlahkan kecintaan Salahuddin kepada Islam. Stanley Lane-Poole menulis bahawa Salahuddin berkhemah di medan peperangan semasa peperangan Hittin... Pada satu ketika setelah khemahnya didirikan, dia memerintah tawanan perang dibawa ke hadapannya. Maka dibawalah Raja Palestin dan Reginald dari Chatillon masuk ke khemahnya. 

Dipersilakan sang Raja duduk di dekatnya. Kemudian baginda bangun pergi ke hadapan Reginald lalu berkata -----

 ❝ Dua kali aku telah bersumpah untuk membunuhnya. Pertama ketika ia bersumpah akan melanggar dua kota suci dan kedua ketika ia menyerang jemaah haji. Ketahuilah aku akan menuntut  bela Muhammad atasnya.. ❞.. 

--- Lalu dihunuskan pedangnya dan memenggal kepala Reginald. Mayatnya kemudian dibawa keluar oleh pengawal dari khemah. Raja Palestin apabila melihat adiknya dipancung, ia mengeletar kerana menyangka gilirannya akan tiba. Tetapi Salahuddin menjamin tidak akan mengapa-apakannya sambil berkata, Bukanlah kelaziman seorang raja membunuh raja yang lain, tetapi orang itu telah melanggar segala batas-batas, jadi terjadilah apa yang telah terjadi❞..... Tindakan Salahuddin adalah disebabkan kebiadaban Reginald kepada Islam dan Nabi Muhammad. 


baitul maqdis pic 4


Menawan Baitul Maqdis
Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Salahuddin untuk menawan Baitul Maqdis... Bahauddin telah mencatatkan bahawa Salahuddin sangat-sangat berhajat untuk menawan Baitul Maqdis hinggakan bukitpun akan mengecut dari  bebanan yang dibawa di dalam hatinya...

Pada hari Jumaat, 27 Rejab, 583H, iaitu pada hari Isra' Mi'raj, Salahuddin telah memasuki bandar suci tempat Rasulullah s.a.w naik ke langit. Dalam catatan Bahauddin ia menyatakan inilah kemenangan atas kemenangan. Ramai orang yang terdiri dari ulama, pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa datang meraikan gembira kemenangan ini.

Salahuddin yang Penyayang
Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin semasa peperangan ini sangat jauh  berbeza daripada kekejaman musuh Kristiannya... Ahli sejarah Kristian pun mengakui hal ini. Lane-Poole mengesahkan bahawa kebaikan hati Salahuddin telah mencegahnya daripada membalas dendam. Salahuddin telah menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang-orang Kristian menyerah kalah...

Tenteranya sangat  bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan hinggakan tiada kedengaran orang-orang Kristian dipersalah-lakukan... Semua jalan keluar-masuk ke Baitul Muqaddis di tangannya dan seorang yang amanah telah dilantik di pintu Nabi Daud untuk menerima wang tebusan daripada orang-orang Kristian yang ditawan.

Meninggal Dunia
Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, Salahuddin pulang ke rahmatullah selepas berhempas pulas mengembalikan tanah air Islam pada usia 57 tahun.. Pada malam 27 Safar, 12 hari selepas baginda jatuh sakit, baginda menjadi sangat lemah..

Syeikh Abu Ja'afar seorang yang wara' telah diminta menemani Salahuddin di istana supaya jika Sultan Salahuddin nazak, bacaan Qur'an dan syahadah boleh diperdengarkan kepadanya... Memang pada malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin..

Syeikh Abu Jaafar telah duduk di tepi katilnya semenjak 3 hari yang lepas membacakan Qur'an. Dalam masa ini Salahuddin selalu pengsan dan sedar sebentar..  Apabila Syeikh Abu Jaafar membacakan ayat, ❝.. Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata.. ❞ (Al-Hasyr: 22), Salahuddin membuka matanya sambil senyum, mukanya berseri dan denga nada yang gembira ia berkata, Memang benar❞.. Selepas ia mengucapkan kata-kata itu, baginda terus menghembuskan nafasnya yang terakhir.. Masa ini ialah sebelum subuh, 27 Safar.

Seorang Gadis Gojes,
-Tunsha-