Pusing-Pusing Cari Bihun Goreng.. - Tunsha Ayunie Punya Belog

April 22, 2016

Pusing-Pusing Cari Bihun Goreng..

bi hun goreng di bungkus
Gambar sekadar hiasan.

PUSING-PUSING CARI BIHUN GORENG | Assalamualaikum wbt. Aku dari malam tadi kebulur lapar sebenarnya... Is dah offer dah nak beli makan tapi sebab poyo dan ego, aku kata tak payah.. Tapi tetap meratap nasib sebab lapar... Ngada tak??

Bangun pagi, sambung meratap nasib nak makan bihun goreng... Is dah serba salah, dia kata nak pi ronda kawasan carikan aku bihun... Aku ikut. Hampir sejam jugak laaa pusing2 cari bihun goreng tapi hampir semua kedai bagi jawapan sama -- BIHUN HABIS !

... Disebabkan kesian kat perut wife dia nak sangat makan bihun goreng, Is berusaha jugak cari bihun goreng walaupun aku dah cebik muka kata TAK PAYAH.... well... naluri suami kan... dia nak jugak cari bihun goreng tu...

Rezeki aku, ada satu kedai yang simpan sebungkus lagi bihun goreng... Is nak bayar, tapi kami dapat free pulak... alhamdulillah... rezeki hari Jumaat...

Tuan suami siap cakap --- " Tulaaa marah2 abang, Allah SWT dah tolong... Abang usaha jugak carikan bihun goreng untuk sayang, dengan izin Allah SWT, ada rezeki sayang, kan? Berterima kasih pada Allah.."... ok... terasa macam tersindir.... sobs...

Agak2 kalau mintak Kenny Rogers, tuan suami sanggup tak?? ngeee ~~~ SEBAB ADA LIMITED OFFER UNTUK PENCINTA KENNY ROGERS ROASTER ! Korang yang nak dapatkan offer yang eksklusif ni boleh klik jugak ye :)

kbai.

2 comments:

  1. Kasihan alahai isteri tersayang nak bihun goreng ya. Mestilah si suami cuba tunaikan dah itu keinginan isteri ^_^ Sedap tak bihun goreng yang dapat beli tu?

    ReplyDelete
  2. Pusing2 jngn smpi terpusing hehee... lama pulak tak makan bihun goreng rasanya. Sedap juga makan waktu petang2 ni... marveles!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.