Pelawak Mr.Os Meninggal Dunia Hari Ini.. - Tunsha Ayunie Punya Belog

April 08, 2016

Pelawak Mr.Os Meninggal Dunia Hari Ini..

mr os

PELAWAK MR.OS MENINGGAL DUNIA | Assalamualaikum wbt. Semua yang hidup pasti akan mati.. Yang datang pasti akan kembali.. Setelah menerima berita pemergian komposer terkenal, Adnan Abu Hassan.. Kini industri seni kehilangan seorang pelawak yang terkenal , Mr.Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof bin Abdul Hamid.

Arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Selayang kira2 jam 2.50 petang tadi (Jumaat - 8April2016) .. Arwah disahkan mengidap kanser paru-paru dan dimasukkan ke dalam wad kerana mengalami sesak nafas...

str2 aymros 2 angelin e1460109945887 770x470

Pada tahun 1990, arwahyarham telah dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di FFM ke-9 menerusi lakonannya sebagai pemuda autisme dalam filem "Adik".  Arwah juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik di FFM sebanyak dua kali menerusi filem Mr.Os (1987) dan Ghazal Untuk Rabiah (1997).


Os lawak

Arwahyarham Mr.Os juga pernah bergandingan bersama Abon sebagai kumpulan Osbon dan telah menjuarai pertandingan itu dalam Maharaja Lawak Mega 2011 dengan memenangi wang tunai sebanyak RM 350,000.

Sama2 kita mendoakan kesejahteraan roh arwah .. Moga arwah ditempatkan bersama orang2 yang dikasihi-Nya.. Innalillah wainnailaihi rojiun..

Gadis Marhaen
-Tunsha-

1 comment:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.