Kisah Pejuang | Khalid Bin Walid - Tunsha Ayunie Punya Belog

April 29, 2016

Kisah Pejuang | Khalid Bin Walid

iho03

KISAH PEJUANG : KHALID BIN WALID | Khalid bin al-Walid atau Khalid ibni al-Walid (1 Julai 592- 1 Oktober 642) ;  Nama sebenarnya Khalid bin al-Walid bin al-Mughirah.. Beliau juga dikenali sebagai Saidullah al-Maslul yang bermaksud Pedang Allah Yang Terhunus...

Beliau adalah diantara panglima Arab yang memainkan peranan penting dalam peperangan antara tentera Islam dengan tentera Byzantine juga tentera Parsi pada kurun ketujuh.. Beliau terkenal dengan kebijaksanaan dalam peperangan dan memimpin tentera Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW dan juga zaman khalifah2 Abu Bakar Al-Siddiq dan Ummar Al-Khattab. 

Pencapaiannya yang terulung ialah dimana beliau berjaya mengalahkan pasukan Rom & Parsi dalam masa tiga tahun sahaja.. 

Khalid ibn Al Walid Military genius

Khalid bin al-Walid seorang berbangsa Arab berketurunan Quraisy yang pernah suatu ketika menentang Nabi Muhammad SAW.. Beliau merupakan askar yang aktif ketika Perang Uhud menentang tentera Islam.. Ketika tempoh damai, berikutan pemeteraian Perjanjian Hudubaiyah, Khalid memeluk Islam dan memohon maaf kepada Nabi Muhammad atas tindakan beliau sebelum ini..

Ketika zaman Nabi Muhammad, Khalid menyertai tentera Islam dalam Perang Mu'tah dan juga perang-perang yang lain.. Selepas kewafatan baginda Rasulullah SAW, beliau dilantik sebagai panglima perang dan mengetuai ekspedisi menentang tentera Sasan Parsi dan juga tentera Empayar Byzantine.. (digelar "Rum" oleh orang Arab pada masa itu).

Semoga bermanfaat perkongsian harini ye :)

Gadis Marhaenis,
-Tunsha-
29April2015

1 comment:

  1. KHALID AL WALID PANGLIMA PERANG ISLAM YG HEBAT N BERJASA DLM PERJUANGAN MENEGAKAN SYIAR ISLAM PADA ZAMAN AWAL KEBANGKITANNYA...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.