Isteri Hentak Kepala Suami Ke Tingkap Kereta - Tunsha Ayunie Punya Belog

April 13, 2016

Isteri Hentak Kepala Suami Ke Tingkap Kereta

suami isteri bergaduh

Aku, kalau gaduh dengan tuan suami... dia memang banyak mengalah... Sebab... dia tahu aku sakit and suddenly mood aku tak stabil... Well, asam garam rumahtangga, gaduh tu perlu... Tapi rasanya tak perlulah nak expose yang suami kau tundukkkkk je pada kau... Suami ni, ego lebat tau ! Sekali dia PANGGgggg !! Kau mendapat ---

Berbalik cerita asal.
Sabtu haritu, aku balik Rawang.. On the way roundabout nak ke Selayang tu, jalan jammed teruk... Aku memang berpeluh habisss la dengan tuan suami sebab almaklumlaaa... kereta takde aircond... musim panas plak... Maka berhuhuhu dalam kereta sambil mengelap peluh tuan suami yang dah masuk mata...

Tetiba belakang kereta kami, kami nampak ada pasangan suami isteri bergaduh.. Actually suami dia diam je.. Si isteri pulak bagai dirasuk hantu.... Maki2 si suami... Kereta tu, si isteri yang drive... Tapi bertukar tempat dengan si suami sebab dah macam histeria aku tengok si isteri ni tadi...

Ingat habis dah kisah tu tapi......................

....
...
..

Si Suami cuba nak pujuk si isteri tadi.. Tapi si isteri ni yang nampak kami pandang2 dia sejak tadi, pergi hempas2 badan, tolak sekuat rasa suami dia tadi sampai kepala suami di tunjal2 ke cermin tingkap... Allahu... sadis rasanya... Nasib baik laaa aku bukan jenis kaki viral, kalau tak dah viral video kelakuan si isteri itu....

Kita nak leraikan pun tak boleh, kang lagi bermasalah... Yang aku sedih, pasangan tu dah bebaya 50-an gitu... Rasa tak manis sungguh perbuatan si isteri tadi.. emmm... nasib baik laa si suami jenis maha penyabar....

Gadis Marhaenis,
-Tunsha-
13April2016

1 comment:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.