4/1/16 - Monolog Aku Cuma Di Kiri

April 30, 2016

TAHNIAH ! Bocey Menjuarai Maharaja Lawak Mega 2016~

8:00 AM 4
TAHNIAH ! Bocey Menjuarai Maharaja Lawak Mega 2016~
a6

TAHNIAH ! BOCEY MENJUARAI MAHARAJA LAWAK MEGA 2016 | Assalamualaikum wbt. Sudah dijangkakan kemenangan mereka ini.. Setiap minggu persembahan Bocey adalah yang paling konsisten.. Ada je lawak yang menghiburkan walaupun kekadang aku rimas jugak bila si Achey terjerit2 but well.. Itu adalah veto dia dalam persembahan.. Dalam pada jerit2 tu, Bocey telah menjadi juara Maharaja Lawak Mega 2016 uolssss....
-
-
-
-

Berikut adalah senarai pemenang yang lain ye :

a2

Tempat ke-4
(LOL)
Hadiah : RM 50,000
Nota : Sebenarnya diorang membuat lawak lebih kepada tribute to arwah Pakyus.
-
-

a1

Tempat ke-3
(PUTEH)
Hadiah : RM 150,000 berserta trofi.
-
-

a3

Naib Juara
(JORAS)
Hadiah : RM 250,000
-
-

a4

Juara
(BOCEY)
Hadiah : RM 500,000
-
-


Apapun, kalau dah masuk final tu kira semua juara la kan?? Kira korang memasing hebat laa ! Bocey pun dah berapa siri barulah dapat anugerah.. Kalau tidak asyik BamBil je yang menang alkisahnya... Tahniah sekali lagi buat para pemenang !

-Tunsha-

April 29, 2016

Kisah Pejuang | Khalid Bin Walid

12:12 PM 1
Kisah Pejuang | Khalid Bin Walid
iho03

KISAH PEJUANG : KHALID BIN WALID | Khalid bin al-Walid atau Khalid ibni al-Walid (1 Julai 592- 1 Oktober 642) ;  Nama sebenarnya Khalid bin al-Walid bin al-Mughirah.. Beliau juga dikenali sebagai Saidullah al-Maslul yang bermaksud Pedang Allah Yang Terhunus...

Beliau adalah diantara panglima Arab yang memainkan peranan penting dalam peperangan antara tentera Islam dengan tentera Byzantine juga tentera Parsi pada kurun ketujuh.. Beliau terkenal dengan kebijaksanaan dalam peperangan dan memimpin tentera Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW dan juga zaman khalifah2 Abu Bakar Al-Siddiq dan Ummar Al-Khattab. 

Pencapaiannya yang terulung ialah dimana beliau berjaya mengalahkan pasukan Rom & Parsi dalam masa tiga tahun sahaja.. 

Khalid ibn Al Walid Military genius

Khalid bin al-Walid seorang berbangsa Arab berketurunan Quraisy yang pernah suatu ketika menentang Nabi Muhammad SAW.. Beliau merupakan askar yang aktif ketika Perang Uhud menentang tentera Islam.. Ketika tempoh damai, berikutan pemeteraian Perjanjian Hudubaiyah, Khalid memeluk Islam dan memohon maaf kepada Nabi Muhammad atas tindakan beliau sebelum ini..

Ketika zaman Nabi Muhammad, Khalid menyertai tentera Islam dalam Perang Mu'tah dan juga perang-perang yang lain.. Selepas kewafatan baginda Rasulullah SAW, beliau dilantik sebagai panglima perang dan mengetuai ekspedisi menentang tentera Sasan Parsi dan juga tentera Empayar Byzantine.. (digelar "Rum" oleh orang Arab pada masa itu).

Semoga bermanfaat perkongsian harini ye :)

Gadis Marhaenis,
-Tunsha-
29April2015

Ibu Mati Akibat Ditembak Anak Berusia Dua Tahun

11:28 AM 0
Ibu Mati Akibat Ditembak Anak Berusia Dua Tahun
download

IBU MATI AKIBAT DITEMBAK ANAK BERUSIA DUA TAHUN | Assalamualaikum wbt. Adakala kita sendiri tak jangka apa yang boleh berlaku di sekeliling... Kita rasa kita selamat tapi kalau dah takdir kita begitu, maka begitulah kisahnya.

Itu terjadi pada Patrice Price,26.. Dia mati ditembak oleh anaknya sendiri yang berusia 2 tahun.. Kisahnya bila Patrice membawa kereta teman lelakinya yang merupakan seorang pengawal keselamatan syarikat akhbar Milwaukee Journal Sentinel ... Ketika kejadian, Patrice sedang memandu dan peluru pistol itu menembusi kerusi pemandu dan seterusnya terkena Patrice.

Emm... bahaya kan? Siapa2 abang polis ke apa, make-sure laaa barang seperti itu tidak diletakkan dekat tempat2 yang senang dijangkau... Yela, kekadang kita pun lupa siapa yang naik kereta kita... Silap anak sendiri yang tak berdosa akan dianggap "berdosa" atas kecuaian diri sendiri...

Gadis Marhaenis,
-Tunsha-
29April2015

April 28, 2016

Pakai Sampin Tapi Tak Pakai Baju

6:25 PM 0
Pakai Sampin Tapi Tak Pakai Baju
030 700x700

PAKAI SAMPIN TAPI TAK PAKAI BAJU | Assalamualaikum wbt. Kisahnya mungkin dah sendu kot, tapi sengaja aku nak taip sebab buat masa ni takde bahan sangat nak menaip... hihi.. Aku macam terminat laa pulak nak taip pasal benda ni...

Walaupun ini pertunjukan fesyen, sewajarnya pereka fesyen perlu lebih alert dengan kesensitiviti manusia sejagat ini.. Amboihhh... Takdela, tak salah kalau nak biar ''orang nampak'' fesyen sampin awak tu, tapi kan lebih manis kalau si model pakai sesuatu, unless - singlet.

op

Well, aurat lelaki kan pusat tu? emm actually hakakkk ni tak gemar nak cerita pasal aurat tapi hakakkk tengok memang tak boleh angkat and tak wajar pun... Kalau meragakan dengan memakan baju melayu hitam/putih pun rasanya sampin tu masih JELAS kelihatan...

Nak kata hakakkk ni buta fesyen silakan.. haha.. kbai.

April 27, 2016

Tawaran Percuma Nando's !

1:18 PM 5
Tawaran Percuma Nando's !

Assalamualaikum wbt,

Aku ni, sejak kemunculan Nando's, memang teringin nak makan tapi takde kesempatan... First time seingat aku, aku pujuk mama makan kat Nando's Festival City... Ya Allah... terus jatuh cinta ! Aku memang suka rasa masam2 pedas... Sedap di tekak aku...

Tapi... Nando's ni bukan boleh makan hari2... Agak mahal jugak laaa bagi aku yang jobless ni... Kalau lalu depan Nando's sekarang, bebuat pejam mata je laa....




Kisah kat Nando's paling aku tak boleh lupa, bila mama dengan adik2, (actually termasuk aku), jadi blur macam mana nak order... Yela, kalau pi kedai mamak, kau order je ikut tekak kau.. Ni tengok menu yang memacam nama pelik, sooo jadi blurrryyy kat situ...

But then kalau aku pergi Nando's ni, aku akan order 1/4 chicken la... Extra Hot biasanya... aku bukan jenis makan banyak pun... Then kalau side dish aku, selalu Garlic Bread & Mediterranean Rice... cukup..

Korang suka makan Nandos? KETAHUI BAGAIMANA UNTUK MAKAN NANDOS PERCUMA DISINI ! Well... siapa tak suka makan free oiiiiiiiiiiiii !!

Sekian dari Tunsha !~

April 22, 2016

Pusing-Pusing Cari Bihun Goreng..

12:13 PM 2
Pusing-Pusing Cari Bihun Goreng..
bi hun goreng di bungkus
Gambar sekadar hiasan.

PUSING-PUSING CARI BIHUN GORENG | Assalamualaikum wbt. Aku dari malam tadi kebulur lapar sebenarnya... Is dah offer dah nak beli makan tapi sebab poyo dan ego, aku kata tak payah.. Tapi tetap meratap nasib sebab lapar... Ngada tak??

Bangun pagi, sambung meratap nasib nak makan bihun goreng... Is dah serba salah, dia kata nak pi ronda kawasan carikan aku bihun... Aku ikut. Hampir sejam jugak laaa pusing2 cari bihun goreng tapi hampir semua kedai bagi jawapan sama -- BIHUN HABIS !

... Disebabkan kesian kat perut wife dia nak sangat makan bihun goreng, Is berusaha jugak cari bihun goreng walaupun aku dah cebik muka kata TAK PAYAH.... well... naluri suami kan... dia nak jugak cari bihun goreng tu...

Rezeki aku, ada satu kedai yang simpan sebungkus lagi bihun goreng... Is nak bayar, tapi kami dapat free pulak... alhamdulillah... rezeki hari Jumaat...

Tuan suami siap cakap --- " Tulaaa marah2 abang, Allah SWT dah tolong... Abang usaha jugak carikan bihun goreng untuk sayang, dengan izin Allah SWT, ada rezeki sayang, kan? Berterima kasih pada Allah.."... ok... terasa macam tersindir.... sobs...

Agak2 kalau mintak Kenny Rogers, tuan suami sanggup tak?? ngeee ~~~ SEBAB ADA LIMITED OFFER UNTUK PENCINTA KENNY ROGERS ROASTER ! Korang yang nak dapatkan offer yang eksklusif ni boleh klik jugak ye :)

kbai.

April 21, 2016

Tekanan Darah Rendah Punca Fistula Rosak..

1:42 PM 3
Tekanan Darah Rendah Punca Fistula Rosak..
article 2266234 1714 D438000005 DC 702 634x315

TEKANAN DARAH RENDAH PUNCA FISTULA ROSAK | Assalamualaikum wbt. Menjadi pesakit kronik memang banyak cabaran.. Walaupun kegagalan buah pinggang ni orang nampak macam biasa je, tapi azab dia... Kami yang tahu...

Cuma... aku takde SLE.. aku selamat dari LUPUS...

TAPI, masih ada cabaran... Bila phosphate, pottasium dan calcium aku tinggi... Ini yang melemahkan saraf dan jantung aku...

Aku hidup dengan fistula sekarang ni.. Fistula digunakan masa hemodialisis... Hemodialisis pun ada cabaran dia... Kau akan berdepan mati bila2... Sebab, ianya bermain dengan darah... Kau boleh kehilangan darah sekelip mata, diserang tekanan darah rendah... Satu tahap kau hilang nafas...

Bahayanya tekanan darah rendah adalah pada fistula itu sendiri... Kalau tekanan darah terlampau rendah, fistula boleh rosak... And lepas tu menanggung azab pasang IJC... IJC ni pulak tiub yang ditanam dalam leher atau dada...

TAK BEST.
So I just sharing something new... 7 tahun cuci darah baru tahu bahaya tekanan darah rendah terhadap fistula.. Moga bermanfaat ye...

Gadis Marhaenis
-Tunsha-
21April2016

April 20, 2016

Tapai Besar 60sen !

9:30 AM 5
Tapai Besar 60sen !
Tapai

TAPAI BESAR 60SEN | Assalamualaikum wbt. Tapai adalah kegemaran aku... Aku memang suka makan tapai walaupun hakikatnya panas dan aku memang tak boleh makan banyak... Haritu masa Adib kawin blah perempuan, aku makan sampai 5 paket, hambik koooooo !! Nasib baik sikit2 je isi dia...
.
.
Berbalik kepada cerita asal.. Alkisahnya makcik ni berhempas kudrat untuk menyara kehidupannya... Dia bertatih menaiki basikal tua dan berniaga di Simpang Empat, Bukit Merah, jalan antara Rembau, Negeri Sembilan ke Alor Setar, Kedah.

Memetik pengalaman encik Radzi Ghani...

1a

Baru pagi tadi aku berborak dengan tuan suami -- aku cakap dengan dia, warga emas ni... kalau niaga apapun laku kan? Dan tuan suami cakap -- orang tua kalau masak sedap, less aji atau... takde langsung aji dalam masakan... haha !

Sebenarnya, wajah tua makcik ni, buat aku bergenang airmata... Aku teringin kuatkan kudrat macam warga2 emas ni... Mereka tak faham erti penat... Walaupun sakit sana dan sini... Mereka cekal...

944845 1026360027400512 2621197973129364728 n

Kalau aku dekat, nak je aku borong tapai makcik ni... Sesiapa yang berkemampuan... Boleh lah sedekah duit yang lebih2 tu.. keep the change laa kekdahnya.... Sambil membeli, kita beramal jariah, kan??

Aku terpanggil untuk menulis entri tentang makcik ni... entah, suddenly--

Gadis Marhaenis,
-Tunsha-
20April2016

April 14, 2016

Lelaki Ini Marah Bila Sepasang Suami Isteri Parkir Di Tempat OKU !

10:00 AM 2
Lelaki Ini Marah Bila Sepasang Suami Isteri Parkir Di Tempat OKU !
cats

Sebagai insan OKU (Walaupun bukan under JKM) dan bersuamikan OKU jugak, aku terasa memang patut brader ni kasi sound orang2 yang takde sivik cenggini... Hmm... aku sedih, kekadang parkir OKU agak limited edition, dan jenis CACAT OTAK ni pulak, kemain suka ambik parkir warga OKU yang hanya ada 2-3 tempat tu...

Salute brader Naren Narasiah ni :)


Pasangan ini adalah dari Singapura.. Aku tengok ramai yang kutuk negara seberang sana... emm... actually, bukan dari Singapura pun jenis tak makan saman... Asal ada tempat kosong je, depa park suka hati...

Bagus jugak brader Naren ni bagi pengajaran... Patutnya ramai lagi bersuara menegakkan hak kami2 warga OKU ni.... Kalau jenis tuan suami, dia sound direct je.. Tapi tak ramai disabled people yang mampu bersuara dengan manusia normal ni :)

Gadis Marhaenis
-Tunsha-
14April2016

April 13, 2016

Isteri Hentak Kepala Suami Ke Tingkap Kereta

1:52 PM 1
Isteri Hentak Kepala Suami Ke Tingkap Kereta
suami isteri bergaduh

Aku, kalau gaduh dengan tuan suami... dia memang banyak mengalah... Sebab... dia tahu aku sakit and suddenly mood aku tak stabil... Well, asam garam rumahtangga, gaduh tu perlu... Tapi rasanya tak perlulah nak expose yang suami kau tundukkkkk je pada kau... Suami ni, ego lebat tau ! Sekali dia PANGGgggg !! Kau mendapat ---

Berbalik cerita asal.
Sabtu haritu, aku balik Rawang.. On the way roundabout nak ke Selayang tu, jalan jammed teruk... Aku memang berpeluh habisss la dengan tuan suami sebab almaklumlaaa... kereta takde aircond... musim panas plak... Maka berhuhuhu dalam kereta sambil mengelap peluh tuan suami yang dah masuk mata...

Tetiba belakang kereta kami, kami nampak ada pasangan suami isteri bergaduh.. Actually suami dia diam je.. Si isteri pulak bagai dirasuk hantu.... Maki2 si suami... Kereta tu, si isteri yang drive... Tapi bertukar tempat dengan si suami sebab dah macam histeria aku tengok si isteri ni tadi...

Ingat habis dah kisah tu tapi......................

....
...
..

Si Suami cuba nak pujuk si isteri tadi.. Tapi si isteri ni yang nampak kami pandang2 dia sejak tadi, pergi hempas2 badan, tolak sekuat rasa suami dia tadi sampai kepala suami di tunjal2 ke cermin tingkap... Allahu... sadis rasanya... Nasib baik laaa aku bukan jenis kaki viral, kalau tak dah viral video kelakuan si isteri itu....

Kita nak leraikan pun tak boleh, kang lagi bermasalah... Yang aku sedih, pasangan tu dah bebaya 50-an gitu... Rasa tak manis sungguh perbuatan si isteri tadi.. emmm... nasib baik laa si suami jenis maha penyabar....

Gadis Marhaenis,
-Tunsha-
13April2016

April 09, 2016

Selamat Datang, Rejab 1437

10:15 AM 2
Selamat Datang, Rejab 1437
12932992 807756959357917 6992576177145062450 n

Assalamualaikum wbt,

Bersamalah kita bermuafakat, jauhi sifat hasad dengki & riak...
Perbanyakkanlah kebaikan(ibadah) apa yang terdaya...

Rejab bulan menabur benih,
Syaaban bulan menyiram tanaman,
Ramadhan pula bulan menuai..

Semoga kita sentiasa dilimpahi keberkatan dari-NYA :)

MAHARAJA LAWAK MEGA 2016 : SAYWHO TERSINGKIR DI MINGGU KE-11 !

10:00 AM 0
MAHARAJA LAWAK MEGA 2016 : SAYWHO TERSINGKIR DI MINGGU KE-11 !
7937 1752722341625969 5959611616393758561 n

Assalamualaikum wbt.

Walaupun aku agak minat kumpulan ni, tapi mereka tewas malam tadi... Well, biasalah.. Rancangan macam ni di esterukkk, kita boleh teka siapa seterusnya yang akan tersingkir... Kannn.....

Walau bagaimanapun, yang lawak dalam kumpulan SayWho ni cuma Bocil dan Vicha... Mereka berdua je ada chemistry masa buat persembahan.... yang seorang lagi tu nampak agak kayu... Cuma, kalau ada rezeki lagi... Mohon Vicha tak jerit2 masa buat persembahan... Agak bingit sebenarnya..

Teruskan berseni dan berkarya, ok?

April 08, 2016

Pelawak Mr.Os Meninggal Dunia Hari Ini..

6:19 PM 1
Pelawak Mr.Os Meninggal Dunia Hari Ini..
mr os

PELAWAK MR.OS MENINGGAL DUNIA | Assalamualaikum wbt. Semua yang hidup pasti akan mati.. Yang datang pasti akan kembali.. Setelah menerima berita pemergian komposer terkenal, Adnan Abu Hassan.. Kini industri seni kehilangan seorang pelawak yang terkenal , Mr.Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof bin Abdul Hamid.

Arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Selayang kira2 jam 2.50 petang tadi (Jumaat - 8April2016) .. Arwah disahkan mengidap kanser paru-paru dan dimasukkan ke dalam wad kerana mengalami sesak nafas...

str2 aymros 2 angelin e1460109945887 770x470

Pada tahun 1990, arwahyarham telah dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di FFM ke-9 menerusi lakonannya sebagai pemuda autisme dalam filem "Adik".  Arwah juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik di FFM sebanyak dua kali menerusi filem Mr.Os (1987) dan Ghazal Untuk Rabiah (1997).


Os lawak

Arwahyarham Mr.Os juga pernah bergandingan bersama Abon sebagai kumpulan Osbon dan telah menjuarai pertandingan itu dalam Maharaja Lawak Mega 2011 dengan memenangi wang tunai sebanyak RM 350,000.

Sama2 kita mendoakan kesejahteraan roh arwah .. Moga arwah ditempatkan bersama orang2 yang dikasihi-Nya.. Innalillah wainnailaihi rojiun..

Gadis Marhaen
-Tunsha-

Bertanggungjawab Selepas Berkahwin... Mampu Ke?

11:25 AM 0
Bertanggungjawab Selepas Berkahwin... Mampu Ke?
persediaan perkahwinan checklist bakal pengantin

BERTANGGUNGJAWAB SELEPAS BERKAHWIN | Assalamualaikum wbt. Bila bercerita pasal kahwin, siapa yang taknak kahwin?? Allah SWT mengurniakan nafsu yang berkeinginan... Adam a.s pun meminta Allah SWT mengurniakan baginda seorang teman sebab dia sunyi..

Berbalik kepada PERKAHWINAN --- sejauh mana TANGGUNGJAWAB DIUTAMAKAN?
.
.
.
Budak muda bila orang berkahwin, mereka terus fikirkan jannah... Sesungguhnya terus terang aku katakan, AMAT SUSAH nak tembus ke JANNAH FIRDAUSI idaman semua itu....

Rahsia yang aku belajar sepanjang berumahtangga harus :

arrow IKHLAS
arrow TOLAK ANSUR
arrow BERKERJASAMA
arrow BERTANGGUNGJAWAB

Sebagai isteri, bukan hanya tutup aurat je untuk melepaskan diri kau ke syurga.. Tapi kita perlu peka dengan keadaan suami... Sentiasa berbual dengan suami sebagai "member"... "abang"... dan sebagainya... Yela, dengan parent kita dah habis, so dengan suami laa hidup kita... Sentiasa berkongsi...

Suami pun sama, jangan harapkan isteri je jaga hati kamu.... Kamu sendiri perlu hargai pengorbanan isteri kamu... Saat susah senang dia dengan kamu... Ada jenis, susah bersama isteri, dah senang pasang gegurl lain pulak... Aduhai...

Aku akui, tak mudah aku nak jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri... Tuan suami pun sama... Dan paling tak mudah sebab kami masing2 ada kekurangan... Aku pesakit kronik manakala suami OKU...

tumblr nqt38samu31u5cr2do1 1280

Tapi itulah... perkahwinan bukan segalanya... Tujuan aku menaip entri ni sebab aku selalu nampak orang desperate nak kahwin... Budak lagipun...

Perkahwinan ni bukan setahun dua atau sebulan dua... Tapi SELAMANYA kalau boleh.. Tu sebab jodoh semua tertulis di Loh Mahfuz... kannnnnnnnn...... Nak kahwin silakan, tapi sila readykan fizikal dan mental... Kalau tak jadi macam aku, asyik mintak suami 'lepas'kan je kalau aku tengah naik angin... Nasib baik laaa tuan suami jenis..... alhamdulillah... penyabar melebihi aku.... Walaupun masa memula aku kenal dia panas baran kemain.....

Nauzubillahminzalik -- Jangan jadi macam aku...


KUIZ ! Nak tahu korang boleh bahagia sampai bila2? 

Aku pun, tengah sedayanya cuba bertolenrasi dan menjadi "sahabat" kepada suami aku... Hubungan rumahtangga ni, jangan letakkan peranan sebagai isteri/suami je... Jadilah kawan yang baik untuk pasangan2 kita ye :)

Gadis Marhaen
-Tunsha-

RESEPI : Pearl Bubble Gojes Membiru

11:14 AM 3
RESEPI : Pearl Bubble Gojes Membiru
HT1 Ta C0 FMJc XXag OFb Xo

RESEPI PEARL BUBBLE | Assalamualaikum wbt. Aku memula makan dan kenal benda alah ni waktu first time beli Coolblog.. Bila dia tanya nak "bubble" tak? Terus jawab nak.. Bila dah rasa cam jatuh cinta laa pulak.. Haha...

Dah lama nak buat sendiri sebenarnya.. yela, kalau beli mahal bebenar, satu sudu limaposen ! Padahal --- tepung ubi je ! Tapi aku faham kenapa kalau ianya mahal... Sebab tenaga nak buat benda alah ni memang boleh buat kau carut kat dapur lelagi kalau rumah kau jenis panassssssssss !

Aku dengan Lia buat sampai bermandi peluh.. Terus rasa badan sihat... kah ! Tapi takde laaa sampai peluh masuk periuk.. lulz... By the way, pearl bubble ni janganlah dimakan selalu ye, tak berapa nak elok sebenarnya... Perut susah hadam...


12963896 10204587752854064 1834830623315795687 n

Kenapa biru?
Sebab ini first trial so aku tak memikirkan warna sangat..
Biru pun biru arrr...

-
-
-

RESEPI PEARL BUBBLE

Bahan-bahannya :

arrow 13 Tepung ubi
arrow 13 Air panas
arrow 13 Garam sikit 
arrow 13 Serbuk koko - kalau letak ni rasa macam korang beli tu laa... (aku tak letak)
arrow 13 Air gula

Cara-caranya :

arrow 13 Tepung ubi, garam dan air panas disatukan sehingga tepung menjadi doh.
arrow 13 Panaskan air hingga mendidih, bulatkan doh tapi kecik2 dan masukkan dalam air mendidih.
arrow 13 Masak 20-30 minit..
arrow 13 Tapis, rendam dalam air gula..
arrow 13 Siap !


901d7c78d891e8ad4eac85bb350b45c0

Pearl Bubble ni sangat sedap kalau minum dengan milk shake atau sesuatu yang bersusu... Haritu aku buat then minum dengan susu dutch lady perisa kopi pun sedap... Haaa peminat green tea pun boleh cuba ni... ▶ INI ADALAH RESEPI GREEN TEA LATTE YANG PALING MUDAH ! ◀ You should try it guys :)

Selamat mencuba !

KESAN DARI WUDHUK

9:47 AM 0
KESAN DARI WUDHUK


Daripada Abu Hurairah r.a,
Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

❛❛ Sesungguhnya umatku datang pada hari kiamat dalam keadaan bersinar-sinar daripada kesan wuduk. Sesiapa yang berupaya melebihkan wuduknya maka lakukanlah, ❜❜

(Riwayat al Bukhari dan Muslim)
Wallahualam.

Pengajaran ٭٭٭ Jagalah wuduk seperti kita menjaga aurat dari pandangan orang lain.

Moga bermanfaat :)

April 07, 2016

Cium Ketiak Pakwe Untuk Buktikan Lambang Cinta

11:00 AM 2
Cium Ketiak Pakwe Untuk Buktikan Lambang Cinta
undearm

CIUM KETIAK PAKWE UNTUK BUKTIKAN LAMBANG CINTA |  Assalamualaikum wbt. Pepelik sangat budak sekarang ni... Haha ! Aku sangkakan dekat Malaysia je ramai bebudak bawah umur yang "sakit", rupanya dah merebak ke Indonesia... err... siapa yang sewel sebenarnya ni?? ehhh...

Guys, kalau kat Malaysia ni bebudak obses dengan Kpop, Ravers dan Hipster, kat Indonesia buat gila bila menagih perhatian dengan cari yang ekstrem... Haha... ok.. banyak gelak untuk entri ni.. mahap ye...


1

2

Sebelumnya, perkara sewel yang depa buat adalah tukar baju dengan pakwe memasing dengan hashtag : #tukeranbajupacar ... Tak tahu apa yang berlegar kat akal fikiran depa ni... Seronok sangat ke buat benda bodoh??  Banyak lagi benda boleh buat.....

Haaa -- kira merebak laaa kebodohan2 ini dikalangan budak2 disana.. Tapi lepas tu, satu lagi kebodohan yang depa buat !

3

4

KALAU SAYANG CIUM KETIAK katanyaaaaaa.... 
-
-
-

Amboi... Tapak kaki ibu yang berbau syurga tu sanggup tak cium?? Haih laaa bebudak sekarang ni.... Oh ya, cerita ni famous sampai overseas sana... Dekat Daily Mail pun ada masuk.... Begitu menular cerita tentang kepelikan tapi benar ini.....

Jangan benda sebegini menular ke Malaysia sudahlah ye... Cukuplah dengan segala ravers, hipster dan entah apa2 lagi... Mahapppp aku tak uptodate sangat...... Nak cerita lelebih aku pun ada adik... Nasib baik adik aku tomboy.... Dan takde rasa nak berboyfriend girlfriend....
-
-
-
Aku faham... kekadang bebudak macam engkorang ni bosan bebenar hidup ye?? Mak Abah busy kerja sampai kekadang korang rasa terabai... So nak buat orang nampak engkorang ni wujud, kena laaa buat bebenda sewel cenggini... ye dakk??

Nak hilangkan kebosanan engkorang tu senang je.... »» CUBA BUAT AKTIVITI YANG TAK MEMBOSANKAN INI ! «« Selain daripada jimat duit, korang gak boleh jadikan ianya sebagai rutin daripada buat benda tak tentu arah yang akan memalukan diri di kemudian hari....



Gadis marhaen,
-Tunsha-

April 06, 2016

MAHARAJA LAWAK MEGA 2016 : BORA TERSINGKIR DI MINGGU KE-10 !

6:08 PM 2
MAHARAJA LAWAK MEGA 2016 : BORA TERSINGKIR DI MINGGU KE-10 !
8498 1752722178292652 1217055756506118909 n

Assalamualaikum wbt,

Bila kita terlalu over confident, kekadang perkara akan jadi lain.. Itulah yang terjadi kepada kumpulan Bora...

Bukan apa, sebab ramai dah suka Bora ni, ternampak laaa sikit over confident ittew... Plus, setiap punchline ada membodek Agetech, Ziana Zain dan sebagainya... Sekali dua boleh terima, tapi kalau everyweek membodek, rasa annoying pulak :)

Maaf ye, pendapat aku sebagai penonton.. sekian.