Seorang Demi Seorang.. Pergi.. - Monolog Aku Cuma Di Kiri

March 31, 2016

Seorang Demi Seorang.. Pergi..

Assalamualaikum wbt.

Aku takde laaa down sangat pasal ni... Cuma kekadang yela, bila kita dah biasa dengan orang tu walaupun tak ada kena mengena, terasa gak pemergian dia...

Beberapa hari lepas seorang lagi Ahsoo meninggal dunia... Ahsoo ni tak racist... Anak2 dia pun baik jugak... Tapi sesiapa je warga emas yang menjalani dialisis, pengakhiran dia -- mati .

Ya, semua pun akan mati... Aku juga, pasti... Cuma tak tahu bila... Mungkin esok? Semasa dialisis.. mungkin? Tapi harapan aku, biarlah aku mati ketika aku mampu tinggalkan seorang zuriat bersama suami... Tanda liku2 kehidupan kami... Aku taknak mati sekarang, tu sebab aku tak giveup...

-- walaupun hakikatnya, aku jua seorang yang putus asa..

Sedih jugak bila rakan seangkatan di hemodialisis, seorang demi seorang pergi meninggalkan kami... Well... semuanya yang sudah berumur... Sebenarnya dialisis ni penat.. Semangat je laaa harapan untuk terus hidup... ubat kena jaga.... makan kena pantang.... Apa nak buat....

Semoga aku terus berjuang melawan kesakitan ini.

Luahan Marhaenis
-Tunsha-
31032016 Khamis.

4 comments:

  1. kuatkan semangat..sesiapa pun mesti akan mati...entah2 orang yang sihat tak de penyakit tu yang akan pergi dulu.tak mustahil..kan?benda memang dah dijanjikan NYa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I will, kak diana ! InsyaAllah, terima kasih :)

      Delete
  2. SEMOGA AYUNIE TERUS KUAT ....
    INSHAAALLAH ....

    ReplyDelete
  3. Ya... setiap kita pasti mati. Tiada yg dapat keluar dari dunia ini hidup2... Ayunie seorang insan yg tabah... pasti besar ganjaran yg Allah aturkan nanti... pasti...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.