Selamat Hari Polis Yang Ke-209 Tahun ! - Monolog Aku Cuma Di Kiri

March 25, 2016

Selamat Hari Polis Yang Ke-209 Tahun !

HARI POLIS

Assalamualaikum wbt !

SELAMAT HARI POLIS YANG KE-209 !! Dikalangan aku ada je polis... Uncle aku sebelah husband Polis Bukit Aman.... Sebelah aku pun polis kat area Taiping nun...

Bercerita tentang polis, aku dulu benci polis walaupun hakikatnya zaman bebudak teringin sangat nak jadi polis... entahlah, polis memang dalam wishlist cita2 aku... Tapi tak kesampaian... Banyak kekangan plus aku sakit kronik...

Kenapa benci polis?
Sebab berapa kali aku tengok abah kena saman... Haha ! Pasal tu je pun... Pastu aku ada kes gak dengan polis... Polis tu menyamar pastu cakap benda2 kotor kat aku... Benci gilaaa arrr pada polis waktu tu...

Ada jugak pengalaman best dengan polis.... Masa husband hanya pegang lesen L... Kami kalau nampak polis mesti gabra... Bukan apa, takut lesen kena gantung... Lari punya lari, lastly terperangkan gak kat roadblock... Aiseymennn.... Nak lari dah tak boleh.... Cuma boleh plak kami berhenti kejap pakai seatbelt... hahaha !! Takut punya pasal...

Apa jadi pastu?
Kena tahan jugak laaa kekdahnya... Polis ingat kami simpan dadah ke hape.... Habis diselongkar kancil buruk kami tu... Lepas tu terlepas laaa.... Tapi polis tu layan kami hokeyyyy je cuma dia marah sebab kami berhenti tiba2.. sampai depa curiga...

Apapun, tak semua POLIS itu makan rasuah !! Ada yang baik.... well... manusia kan... pro and kontra tu wujud dalam hidup..

OK,
SELAMAT HARI POLIS SEDOOOONIAAAAAAAAA !!!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.