#REVIEW - Munafik : Hasutan Syaitan Berjaya Memesongkan Manusia - Tunsha Ayunie Punya Belog

March 05, 2016

#REVIEW - Munafik : Hasutan Syaitan Berjaya Memesongkan Manusia

Assalamualaikum wbt!

Aku dah lama nak layan cerita Munafik ni tapi baru harini laaa nampaknya ada peluang free --- sebab selalu bizi dengan kisah sedih kami suami isteri yang tidak kesudahan... ok, biarlah rahsia...

Munafik poster

SINOPSIS :
Genre : Seram
Pengarah : Syamsul Yusof (Skop Production)
Pelakon : Syamsul Yusof, Nabila Huda, Sabrina Ali, Pekin Ibrahim, Dato Rahim Razali dan Zarina Zainoordin.

Mengisahkan tentang Adam, merupakan seorang ustaz yang berkebolehan mengubati penyakit berkenaan perkara ghaib.. Sikapnya yang sentiasa merendah diri membuatkan penduduk kampung suka kepadanya..

Dikurniakan keluarga yang bahagia namun tidak lama.. Isterinya Zulaikha meninggal dunia akibat dilanggar lari.. Sejak itu Adam menjadi seorang yang murung dan pendendam.. Dia juga seolah tidak mampu menerima qada dan qadar yang ditetapkan.. Dia tidak lagi ke masjid dan hanya meratapi nasib di rumah bersama anaknya, Amir.

munafik

Sementara itu, di kampungnya seorang gadis bernama Maria telah mengalami gangguan jin/syaitan yang terus dan mengakibatkannya mengalami tekanan perasaan yang terlampau.. Maria hanya bergantung kepada ubat penenang.. Ayahnya terlantar sakit dan dijaga oleh ibu tirinya..

Segala persoalan terjadi bila ibu tiri Maria memanggil Adam untuk mengubati Maria... haaaa kat sini dah suspen dah.... 

SS Web Flower Divider

REVIEW
  • Firstly, kalau korang ada sakit jantung kronik, sila jangan pi tengok... Kalau nak tengok jugak, silakan tunggu keluar Astro First... Sebab?? Bunyi suspen dan terkejut tu boleh buat korang keras atas kerusi panggung...
  • Watak Adam dalam ni asyik meleleh air mata je... Sendu sangat wataknya...
  • Korang akan jadi confuse siapa yang jahat sebenarnya?? Makin confuse bila Adam dah taknak ruqyahkan pesakit2 di kampung... Seperti sesuatu yang dia pendamkan.... Aku punyalah curioussss gila part ni...
  • Watak Adam, Maria, Shah, Fazli, Zati (Ibu Tiri) akan buat korang lebih berteka-teki siapakah si Munafik ini sebenarnya??
  • Walaupun cerita ni agak kelam kabut... aku patut bagi kredit dan 4/5 bintang sebab jalan penceritaan yang baik... semuanya tentang keinsafan... percaya pada Allah Yang Satu..
  • In the end... Aku tertanya2 apa jadi dengan Fazli?(Pekin Ibrahim).. Watak dia mati cenggitu je...
  • Pelakon dalam cerita ni semua tutup aurat ye.... Siapa kata kalau tak pakai tudung tak boleh cari makan?? (in fact aku freehair tapi aku tak suka dengan alasan retisss yang sebegitu).. Anyway syabas Syamsul Yusof kerana telah membuktikan pakai tudung jugak boleh berlakon...
  • Mohon Syamsul Yusoff buat cerita seperti ni banyak2 pada masa akan datang..

Sekian.

2 comments:

  1. terpaksa la hold dulu tengokciter ni sekarang ni... hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.