#REVIEW | Kisah Saka Yang Terlepas - Monolog Aku Cuma Di Kiri

March 30, 2016

#REVIEW | Kisah Saka Yang Terlepas

siah

KISAH SAKA YANG TERLEPAS | Alkisahnya seorang wanita tua dikenali sebagai Mak Siah yang hidup seorang diri di corok kampung... Mak Siah ni memang tak ada keluarga.. Yang dia ada cuma saka keturunan yang mencari2 waris baru..

Dalam satu rumah pulak, tinggal laaa dua beradik kecik bernama Raden & Farhan... Mak Siah nak perturunkan saka dia ni kat Raden, tapi Farhan menghalang... Si Farhan ni sanggup jadi taruhan sebab dia sayang gilaaa kat adik dia si Raden tu.... So, dia yang ambik saka tu... Bertahun berlalu, masing2 dah besar pun..

Suatu hari tu, Farhan balik kampung dengan isterinya.... Tetiba dia seolah kena rasuk... Makan macam hantu raya... kerap termenung seorang diri sampai isteri dia tak selesa... Sejak kejadian tu, Raden cuba siasat apa yang berlaku sehingga dia mendapat tahu yang Farhan berkorban untuknya....

REVIEW

p Pelakon baru... Agak fresh... Takde laaa kayu sangat... Cuma watak Wan Nor Azlin sebagai 'Umi' agak kayu sedikit... ehhh dia kalau berlakon memang agak kayu sebenarnya...

p Aku suka sebab watak si Farhan tu agak menjadi bila dia makan dengan lahap siap telur mentah segala, aku dengan adik aku mampu loya dan trauma kejap..

p Watak Umi tadi tetiba hilang sampai habis... tak tahu pergi mana....

p Last sekali aku dengan adik aku tetiba menjerit walaupun tengok waktu siang... Hahhaha kusyuk punya pasal... Nasib baik tak kena heart-attack...

p Takde laaa seram sangat.... tapi sebab aku terlalu fokus dengan semua watak dalam cerita tu... maka elemen seram tu agak menjadi dan bukanlah cerita seram sampah...

Sekian..

1 comment:

  1. Kalau tengok dengan khusyuk memang boleh terkejut pun..hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.