3/1/16 - DARI JARI NOVELLA

March 31, 2016

Seorang Demi Seorang.. Pergi..

6:58 PM 4
Seorang Demi Seorang.. Pergi..
Assalamualaikum wbt.

Aku takde laaa down sangat pasal ni... Cuma kekadang yela, bila kita dah biasa dengan orang tu walaupun tak ada kena mengena, terasa gak pemergian dia...

Beberapa hari lepas seorang lagi Ahsoo meninggal dunia... Ahsoo ni tak racist... Anak2 dia pun baik jugak... Tapi sesiapa je warga emas yang menjalani dialisis, pengakhiran dia -- mati .

Ya, semua pun akan mati... Aku juga, pasti... Cuma tak tahu bila... Mungkin esok? Semasa dialisis.. mungkin? Tapi harapan aku, biarlah aku mati ketika aku mampu tinggalkan seorang zuriat bersama suami... Tanda liku2 kehidupan kami... Aku taknak mati sekarang, tu sebab aku tak giveup...

-- walaupun hakikatnya, aku jua seorang yang putus asa..

Sedih jugak bila rakan seangkatan di hemodialisis, seorang demi seorang pergi meninggalkan kami... Well... semuanya yang sudah berumur... Sebenarnya dialisis ni penat.. Semangat je laaa harapan untuk terus hidup... ubat kena jaga.... makan kena pantang.... Apa nak buat....

Semoga aku terus berjuang melawan kesakitan ini.

Luahan Marhaenis
-Tunsha-
31032016 Khamis.

Bestnya Ada Hotel Unik & Murah Di India !

10:54 AM 0
Bestnya Ada Hotel Unik & Murah Di India !


BESTNYA ADA HOTEL UNIK DAN MURAH DI INDIA | Aku teringin nak pergi India... Memang dalam wishlist aku walaupun tak ramai yang bercita2 nak ke sana... Entahlah... Mungkin sebab aku ni hantu hindustan, so bila tengok cerita tu tetiba rasa nak pergi... walaupun sentiasa dimomokkan yang India ni negara yang kotor... hmm...

Cerita pasal India, ofcoz laa pasal makanan dia... Boleh kata majoriti kat Malaysia ni kedai mamak semata... So makanan mamak ni memang makanan berempah india laa kekdahnya...

Sebenarnya banyak tempat yang menarik di India... tapi paling kita selalu tahu adalah New Delhi... Korang nak explore lebih?? Apakata korang survey ni dulu »»» 10 HOTEL UNIK DAN MURAH DI INDIA ««« boleh rambang mata woo...

Semoga bermanfaat ye..

March 30, 2016

#REVIEW | Kisah Saka Yang Terlepas

12:30 AM 1
#REVIEW | Kisah Saka Yang Terlepas
siah

KISAH SAKA YANG TERLEPAS | Alkisahnya seorang wanita tua dikenali sebagai Mak Siah yang hidup seorang diri di corok kampung... Mak Siah ni memang tak ada keluarga.. Yang dia ada cuma saka keturunan yang mencari2 waris baru..

Dalam satu rumah pulak, tinggal laaa dua beradik kecik bernama Raden & Farhan... Mak Siah nak perturunkan saka dia ni kat Raden, tapi Farhan menghalang... Si Farhan ni sanggup jadi taruhan sebab dia sayang gilaaa kat adik dia si Raden tu.... So, dia yang ambik saka tu... Bertahun berlalu, masing2 dah besar pun..

Suatu hari tu, Farhan balik kampung dengan isterinya.... Tetiba dia seolah kena rasuk... Makan macam hantu raya... kerap termenung seorang diri sampai isteri dia tak selesa... Sejak kejadian tu, Raden cuba siasat apa yang berlaku sehingga dia mendapat tahu yang Farhan berkorban untuknya....

REVIEW

p Pelakon baru... Agak fresh... Takde laaa kayu sangat... Cuma watak Wan Nor Azlin sebagai 'Umi' agak kayu sedikit... ehhh dia kalau berlakon memang agak kayu sebenarnya...

p Aku suka sebab watak si Farhan tu agak menjadi bila dia makan dengan lahap siap telur mentah segala, aku dengan adik aku mampu loya dan trauma kejap..

p Watak Umi tadi tetiba hilang sampai habis... tak tahu pergi mana....

p Last sekali aku dengan adik aku tetiba menjerit walaupun tengok waktu siang... Hahhaha kusyuk punya pasal... Nasib baik tak kena heart-attack...

p Takde laaa seram sangat.... tapi sebab aku terlalu fokus dengan semua watak dalam cerita tu... maka elemen seram tu agak menjadi dan bukanlah cerita seram sampah...

Sekian..

March 26, 2016

Pencinta Kucing ! Inilah 8 'Cat Cafe' Yang Paling Unik Untuk Kamu !

11:04 AM 1
Pencinta Kucing ! Inilah 8 'Cat Cafe' Yang Paling Unik Untuk Kamu !
invision amy sussman ster


Assalamualaikum wbt ! Eh hai, saya Oni !

Haha... tetiba rasa nak bahasakan diri Oni tapi sebab cheq kasaq maka tak jadi laaa... 

Oklah, berbalik pada cerita 'Cat Cafe', siapa yang pernah pergi?? Angkat kening !! Sebenarnya 'Cat Cafe' atau Kafe Kucing ni pertama kali dibuka di Taiwan pada tahun 1998 dengan nama Māo huāyuán.. Ianya terletak di Taipei.. Kemudian kafe ni jadi semakin terkenal kat Jepun dan menarik minat pelancong Jepun..

PENGENALAN
Kafe Kucing ini adalah sebuah kafe dimana terdapat banyak spesis/baka kucing yang korang jarang jumpa... Selain tu korang boleh pegang, ajak kucing2 ni main sesama atau tengok2 je pun boleh.. Pembayaran biasanya dikira tempoh berapa lama korang lepak kat situ..

Apa?? Korang pencinta kucing?? Nak pergi tapi blur kat mana?? Nah !! INILAH 8 'CAT CAFE' YANG UNIK ADA DI MALAYSIA !!

March 25, 2016

Selamat Hari Polis Yang Ke-209 Tahun !

12:45 PM 0
Selamat Hari Polis Yang Ke-209 Tahun !
HARI POLIS

Assalamualaikum wbt !

SELAMAT HARI POLIS YANG KE-209 !! Dikalangan aku ada je polis... Uncle aku sebelah husband Polis Bukit Aman.... Sebelah aku pun polis kat area Taiping nun...

Bercerita tentang polis, aku dulu benci polis walaupun hakikatnya zaman bebudak teringin sangat nak jadi polis... entahlah, polis memang dalam wishlist cita2 aku... Tapi tak kesampaian... Banyak kekangan plus aku sakit kronik...

Kenapa benci polis?
Sebab berapa kali aku tengok abah kena saman... Haha ! Pasal tu je pun... Pastu aku ada kes gak dengan polis... Polis tu menyamar pastu cakap benda2 kotor kat aku... Benci gilaaa arrr pada polis waktu tu...

Ada jugak pengalaman best dengan polis.... Masa husband hanya pegang lesen L... Kami kalau nampak polis mesti gabra... Bukan apa, takut lesen kena gantung... Lari punya lari, lastly terperangkan gak kat roadblock... Aiseymennn.... Nak lari dah tak boleh.... Cuma boleh plak kami berhenti kejap pakai seatbelt... hahaha !! Takut punya pasal...

Apa jadi pastu?
Kena tahan jugak laaa kekdahnya... Polis ingat kami simpan dadah ke hape.... Habis diselongkar kancil buruk kami tu... Lepas tu terlepas laaa.... Tapi polis tu layan kami hokeyyyy je cuma dia marah sebab kami berhenti tiba2.. sampai depa curiga...

Apapun, tak semua POLIS itu makan rasuah !! Ada yang baik.... well... manusia kan... pro and kontra tu wujud dalam hidup..

OK,
SELAMAT HARI POLIS SEDOOOONIAAAAAAAAA !!!

March 24, 2016

Sebab Aku Benci Melayu Walaupun Aku Melayu

11:47 PM 3
Sebab Aku Benci Melayu Walaupun Aku Melayu

RACIST !

Betul laa tu, cakap apa saja... Aku akui aku racist.... Aku seorang yang dilahirkan sebagai Melayu.. Berkahwin dengan seorang lelaki yang ibunya seorang Cina.. Tiada apa yang pelik pun pasal kisah aku ni.. Cuma sakit hati dengan kaum sendiri yang busuk hati...

Aku tak tahu nak describe tapi banyak kali jugak terkena --- 

Terbaru, tuan suami pergi interview.. Cina yang offer... well, tuan suami memang cari company Cina yang lebihkan pengalaman dari degree segala bagai... So takde laa banyak sangat cekadaknya... Plus, tuan suami ada pengalaman more than 10 years so dia tak ambik pusing pasal company yang sibuk nak tengok ijazah semata...

Sampai je hari interview -- Yang interview tuan suami adalah seorang perempuan muda sebaya aku (26 tahun) .. MELAYU ... Apa yang aku kesalkan, dia bagitau bos dia (Cina yang offer tuan suami) , yang suami tak datang interview... perghhhhhhhhh

KESAL, TERKILAN semua ada... Dah laaa pergi interview abah yang hantar... Lepas tu dah laaa tuan suami OKU.... Lepas tu tunggu lama.... DEPA BOLEH KATA DIA TAK DATANG??

Apa yang buat kami marah sebab awalnya dia cakap kat tuan suami, dia set-kan another interview, mean, dengan bos besar.... But then, balik rumah... Puan Bos boleh pulak whatsapp tuan suami dok cakap tuan suami tak datang interview... Sakitnya tuh disitu dan disini... Sebab memang berharappppppp sangat ! Dari pengalaman tuan suami, dia MAMPU ! 

Benci Melayu Tak Bermakna ANTI MELAYU... Kecuali untuk mereka yang membaca dalam nada emosi.. ^_^

Aku taip sebab luahan, nak bash aku silakan. Aku tak marah, komen hak semua..

Cheers.

Bukan Susu Je Banyak, Malah Moeder Mencantikkan Wajah !

11:05 AM 4
Bukan Susu Je Banyak, Malah Moeder Mencantikkan Wajah !
BUKAN SUSU JE BANYAK, MALAH MOEDER MENCANTIKKAN WAJAH ! - Assalamualaikum wbt ! Ramai rupanya yang consume susu Moeder ni... Ianya sangat sesuai untuk ibu2 breastfeeding... Tapi jangan tak tahu... Yang bukan ibu2 pun boleh je kalau nak amalkan Moeder ni.. emm.. Kenapa ya??

DSCN0529

Penting untuk ambil tahu, susu Moeder diperbuat daripada susu kambing. Seperti yang sedia maklum, susu kambing adalah salah satu minuman sunnah. Ianya lebih elok dari susu lembu. Selain susu kambing, habbatussauda juga digunakan dalam pembuatan susu ini.



Pengenalan
MOEDER - Sejenis produk berasaskan susu kambing berperisa vanilla tanpa rasa yang hamis.. Khas untuk ibu mengandung dan menyusukan bayi. Ianya membekalkan nutrisi yang SANGAT PENTING untuk si ibu dan bayi..


4

KEBAIKAN MOEDER

pregnant womanUNTUK IBU HAMIL

Menguatkan kandungan ibu hamil.
Memberi tenaga ketika proses bersalin.
Mencegah sakit pinggang dan tulang belakang ketika hamil.
Meningkatkan daya tubuh, stamina serta tenaga sepanjang hamil.
Mencantikkan kulit ibu hamil.

baby gift ideasUNTUK KANDUNGAN/BAYI

 Membantu memutihkan kulit bayi.
Membantu menguatkan sistem paru-paru bayi.
Mengurangkan risiko demam kunin.
Membantu kecergasan otak bayi.

kkk UNTUK IBU MENYUSU

♥ Memberi tenaga untuk ibu.
♥ Membanyak dan memekatkan produksi susu.
♥ Membantu menghilangkan selulit kesan kehamilan.
♥ Membantu merawat luka dalaman ketika bersalin.
♥ Mencegah kegemukan, mencerah dan melembabkan kulit.


5

Antara ramuan yang terbaik disini adalah STEVIA. Maka, ibu2 diabetes juga boleh minum MOEDER... Moeder jugak sesuai untuk ibu2 yang selalu alergic susu atau rasa loya, InsyaAllah, Moeder tidak meloyakan..

JOM LAYAN TESTIMONI !

1

2

3

See ! Untuk wanita yang tak mengandung pun boleh je minum Moeder... Sebab bahan dalam susu ini juga ada yang kaya dengan anti-oksidan... Wahhhh minum susu pun boleh awet muda uolsssss.....

v Vqw JQALBONKy LW8 KDapy TX2 NY i Vb J7 Jmfhap Adw8

Tapi diingatkan, jangan letak lebih sebab akan rasa pahit !
Mungkin disebabkan habbatussauda didalamnya...

Kalau ikut sukatan betul maka sedaplah jadinya... hihi !



MAKLUMAT TENTANG SUSU MOEDER

KANDUNGAN : 600g

HARGA : RM159 (SM) | RM169 (SS) | BND59.00 (BRUNEI)

Maklumat serta testimoni :

TELEFON :+6010-4042769

March 23, 2016

BADAN DAH TAK BERBAU, RASA CANTIK JE DENGAN HARUM MALAM

5:16 PM 2
BADAN DAH TAK BERBAU, RASA CANTIK JE DENGAN HARUM MALAM
BADAN DAH TAK BERBAU, RASA CANTIK JE DENGAN HARUM MALAM - Assalamualaikum wbt. Aku sebenarnya mengalami masalah badan yang sangat kronik... Semuanya akibat aku on ubat + aku dialisis... So bau badan untuk insan seperti aku adalah lumrah... Aku ada je pakai deodorant tapi yang tak best bila pakai deodorant ni, sat lagi cik keti aku kering... perghhhh tak selesa !

Actually aku takut nak cuba apa2 supplemen sebab memang ikut saranan doktor, aku memang tak boleh... Tapi aku dah kawin.. Masalah macam2... Bila hormon bertukar lepas kawin ni, bau badan, mood semua jadi tak stabil.. Mengalahkan orang mengandung..

Sebab terlalu berkeinginan hidup seperti insan normal *haha*, maka aku try je laa Harum Malam ni.. Kesannya amat ketara, badan tak berbau lagi... dan tuan suami pun tegur ada yang berubah.... (segan nak cerita), tapi suami suka laaa tengok keadaan tubuh badan aku.... Aku tengok biasa je, tapi dah tuan suami tegur, kira berjaya la kan?? hiks !!


DSCN0506

Antara kesan selepas pengambilan Harum Malam :-

 Keputihan semakin berkurang.
 Miss V dah tak gatal lagi.
♥ Miss B semakin anjal.
 Pembuangan air besar semakin lawas.
 Kurang stress.

Ini adalah kesan pada aku sepanjang aku mengambil Harum Malam... Cuma aku terlanggar pantang sebab terlajak ambil kafein...  Seeloknya, minum air putih/air masak dengan banyak ye... 

Banyak sebenarnya kelebihan Harum Malam ni antaranya :-


 Buang toksin dalam badan.

 Mengetatkan Miss V awak.
 Anti penuaan dan mencantikkan bentuk badan awak.
 Menghalang jangkitan kulat & virus.
 Masalah bau badan.
 Masalah kesuburan.

Boleh kata, apa je masalah wanita yang awak semua alami, insyaAllah, Harum Malam ni dapat membantu meringankan beban awak2 tu...




bahan utama produk harum malam

Yang tertanya BAHAN-BAHAN dalam Harum Malam ni... ini hakakkkk nak bagitau !


 Sireh

 Buah Tin
 Kismis
 Madu
 Goji
 Limau Purut
 Buah Delima
 Strawberi
 Estrak Ros
 Manjakani
 Kayu Serapat
 Senna
 Pueraria Lobata
 Pueraria Mirifica

Banyak kannnnnnnnnn bahan2 dia?? SEMUANYA BERGUNA !! Kaum Hawa memang WAJIB cuba dan pasti awak semua tidak akan menyesal sama sekali...



SIAPA YANG BOLEH AMBIL HARUM MALAM??


 Anak Dara

 Wanita Berkahwin
 Wanita Berpantang
 Wanita Menyusukan Anak
 Wanita Berusia 50 Tahun Ke Atas

 TAPI .........................


 Tidak Disyorkan Untuk Wanita Mengandung !






KANDUNGAN : 250ML
HARGA : RM33 (SM) RM39 (SS)
HUBUNGI/WHATSAPP : 010-4042769

March 19, 2016

[GAMBAR] : Majlis Berinai Jihan Muse

11:09 AM 9
[GAMBAR] : Majlis Berinai Jihan Muse
1

Assalamualaikum wbt !

Siapa sangka uolsss.... Jihan Muse yang tak cantik... gigi bersepai lagi jongang, bakal bernikah dengan seorang tengku?? Ok ok ni bukan hinaan aku ye tapi its more to peminat dulukala yang banyak mengeji Jihan ni.... Aku takmau keji sebab aku pun jongang kuda, jugekkkkkkk !! hihi

8 tahun menjalinkan hubungan, insyaAllah esok (20 Mac 2016) Jihan akan diijabkabul dengan pilihan hatinya, Engku Hariz... 

Jom layan gambar jap !

2

3

4

5

6

Cantiknyaaaaaaa berkebaya ala Baba Nyonya.... 

Sekian.

MAHARAJA LAWAK MEGA 2016 : TIADA PESERTA TERSINGKIR DI MINGGU KE-8 !

10:39 AM 1
MAHARAJA LAWAK MEGA 2016 : TIADA PESERTA TERSINGKIR DI MINGGU KE-8 !
10501650 1047493435323358 6320096858108540773 n

Assalamualaikum wbt !

Ingat nak post malam tadi tapi kemain laaa badan rasa tak larat... But is okay... Harini dah ada tenaga... Tapi itu laaa pulak... Lepas ni dialisis pulak dah !! erghhh !! rasa seakan waktu mengganggu aku beberapa hari ni... kemain cepat umpama hidup ini sungguh timeless without nothing !!

Okay, puas merepek.

Semalam, di Maharaja Lawak Mega 2016, ramai ahli peserta yang membuat lawak.. Ada yang boring sikit but then biasalah, undian dari penonton so terimalah dengan redha walaupun kumpulan best tersingkir...

Yang berada di bottom 3 semalam adalah - Rayza, Puteh & Enjen.

Nasib menyebelahi mereka kerana malam tadi tiada penyingkiran dengan tema BEBAS... So mungkir peserta menggunakan effort yang pelbagai untuk melawak... Untuk aku yang tak pandai nak terumpan dengan lawak bodoh, bagi aku so-so aje laa... (ehh, mr.bean buat lawak bodoh kau terima pulak?) errr... entah....

-Tunsha-


March 18, 2016

#TAKZIAH - Komposer Terkenal, Adnan Abu Hassan Meninggal Dunia !

5:50 PM 0
#TAKZIAH - Komposer Terkenal, Adnan Abu Hassan Meninggal Dunia !
1934250 10204421171729640 4047732223809174136 n

Assalamualaikum wbt.

Takziah diucapkan kepada keluarga komposer terkenal, Adnan Abu Hassan (57), yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir malam tadi di Hospital Selayang..

Beliau dilaporkan kritikal akibat serangan angin ahmar, diabetes dan kegagalan buah pinggang.. Sebelum ibi beliau terpaksa bergantung hidup dengan alat bantuan pernafasan..

Arwah juga dikenali kerana pernah menaikkan nama2 popular seperti Siti Nurhaliza, Sheila Majid, Ziana Zain, Erra Fazira, Liza Hanim, Misha Omar dan ramai lagi dengan lagu2 yang menyentap jiwa..

Innalihai wainna ilaihi rojiun.. Moga roh arwah dicucuri rahmat..

March 17, 2016

Tips Belajar Bahasa Inggeris Dengan Mudah Dan Menyeronokkan

10:44 AM 1
Tips Belajar Bahasa Inggeris Dengan Mudah Dan Menyeronokkan
books

Assalamualaikum wbt... 

ENGLISH. 
Aku minat subjek ni dari kecik and sebenarnya aku sentiasa score dalam ujian Bahasa Inggeris walaupun takdela dapat "A"... Ada satu kisah tu, kawan2 aku siap mintak tolong depa buatkan esei bahasa inggeris...

hmm... tu dulu laa... Sekarang otak rasa tepu... Dah lama sangat tak bercakap/menulis dalam bahasa inggeris... seriously, part bercakap ni memang aku agak slow millow sikit... Sebenarnya ada je TIPS BELAJAR BAHASA INGGERIS YANG MUDAH... Bukan saja menyeronokkan, tapi senang sangat ! Kenapalah aku tak tahu dari awal... Haha... Umur dah naik ni tak tahu laaa ada harapan untuk masuk otak lagi ke tidak...

Eh eh... Siti Nurhaliza boleh, takkan hakakkk tak boleh?? Nak seribu daya, tak nak berdalih2... haaa gituuuu ~~

NAK BELAJAR BAHASA INGGERIS?? IKUTI TIPS MUDAH INI -- BETAPA MUDAHNYA BAHASA INGGERIS !

March 16, 2016

#VIRAL - Kenapa Pengantin Lelaki Itu Nampak Muda? Inilah Sebabnya !

8:45 AM 1
#VIRAL - Kenapa Pengantin Lelaki Itu Nampak Muda? Inilah Sebabnya !
1

Assalamualaikum wbt !

Alkisahnya ada yang mengeji tak lupa juga ada yang mendoakan... Tapi dah nasib, kalau kita 'lain' sikit diluar fitrah, orang akan cerca... Itu biasa... Well... Nak salahkan pun tak boleh sebab of coz laa umat manusia ni ada sikap 'ingin tahu'.. 


3


Mahamat Fitra. 20, menjadi viral di laman media sosial gara2 mukanya yang agak 'babyface'... Ada yang dok pulun tanya kakak dia betul kaa budak Fitra ni umoq 20?? Awat muka muda cenggitu?? Ni hakakkk nak tanya, awat yang ampa dok loqlaq nak pelik dengan muka dia...?? Ciptaan Allah SWT tak cukup baguih ka??

Hmm... Aku yang umoq 26tahun ni pun kekadang orang bebuat tak percaya.... pelik sungguh laaa... Tapi apapun sebenarnya... Fitra ni sama macam aku, ada penyakit... Aku kegagalan buah pinggang tapi Fitra mengalami Talasemia Major yang membantutkan tumbesaran dia...

4

Apapun semoga Fitra dan isteri dapat menjalankan tanggungjawab sepenuhnya dengan baik sebagai suami isteri... Semoga kekal hingga ke syurga... Alam rumahtangga ni payah, bertolak ansur selalu ye... Hakakkkk doakan !!

-Tunsha-

March 15, 2016

Air Bakal Dicatu Lagi?

10:32 AM 1
Air Bakal Dicatu Lagi?
Catuan Air Balakong Rakyat News 600x320

Assalamualaikum wbt!

Asal baca perkataan catu je, aku mula rasa bimbang... Bukan apa, sekarang musim panas... Bila panas aku kerap mandi...A ku kan pesakit dialisis... bila panas, aku akan jadi macam ekzema... Gatal seluruh badan, sometime akan buat aku deep stress..

Sedih laaa jugak dengan negara sendiri... asal musim panas je nak catu air, yang duduk 'kat atas' tu selesa laa... rakyat jugakk la menanggung semua....

Opss... mood politik plak..

Apapun... semua keputusan akan diberitahu esok (RABU) selepas kerajaan membuat mensyuarat tergempar, sama ada mereka akan catu air ke tidak... hopefully tidak laa... duit dah laaa kering ni... takkan nak makan luar je pulak... 

-Tunsha-

March 14, 2016

#SINOPSIS #TRAILER - Batman v Superman : Dawn of Justice

9:46 PM 0
#SINOPSIS #TRAILER - Batman v Superman : Dawn of Justice
batman v superman dawn justice post1

SINOPSIS :
Genre : Action, Adventure, Fantasy
Director : Zack Snyder
Stars : Jason Momoa, Henry Cavill, Amy Adams, Ben Affleck, Ezra Miller, Jesse Eisenberg, Diane Lane, Gal Gadot, Jena Malone, Jeffrey Dean Morgan, Michael Shannon and Jeremy Irons.

Filem ini mengisahkan tentang dua orang superhero, Batman dan Superman yang harus menghadapi pelbagai masalah yang terjadi di kota..  Namun, pendapat masyarat tentang mereka menyebabkan terjadinya perselisihan faham antara Batman dan superman ni tadi...

Batman tidak mendapat kepercayaan dari warga Gotham City manakala Superman pulak hilang kuasanya... Apa yang terjadi sebenarnya?? Emm.... ada orang kata cerita ni seolah menyesatkan... Betul ke?? Korang layan arrr trailer ni dulu !! --» [OFFICIAL TRAILER] : Batman v Superman: Dawn of Justice .

#MISTERI | La Llorona : Wanita Misteri Penculik Kanak-Kanak !

2:01 AM 1
#MISTERI | La Llorona : Wanita Misteri Penculik Kanak-Kanak !
La Llorona Fuente Lamansiondelhorror

La Llorona : Wanita Misteri Penculik Kanak-Kanak ! | Dia dikenali sebagai The Weeping Woman. Maria, seorang wanita cantik telah melemaskan kedua orang anaknya sebab dia dapat tahu yang suaminya meninggalkan dia dan anak2 untuk seorang wanita yang lebih muda darinya..

Sedari anak-anaknya telah mati kelemasan, Maria mengambil keputusan untuk melemaskan dirinya sendiri... Tapi nasib Maria malang, selepas mati dia tidak diterima di "dunia selepas mati".. Dia disuruh untuk mencari anak-anak dia yang dah mati lemas...

Maria sentiasa menangis dan terus mencari anak2nya di bumi tapi hanya sia-sia.... Dia juga akan menculik kanak-kanak yang menyerupai anak-anaknya.....

Kisah ini adalah kisah lagenda Amerika... :) Just sharing.

-Tunsha-

March 13, 2016

Kisah Viral Ainan Tasneem !

4:40 PM 2
Kisah Viral Ainan Tasneem !

Assalamualaikum wbt !

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan/kata, buruk padahnya... Itu yang jadi kat retissss sesuam ni.. Ainan Tasneem... heee ~ aku teringat dia kata dia taknak jadi retisss.... Tapi nak kata apa... kang kata lelebih, dibilangnya... rezekiii....

Oklah... Apa yang Ainan Tasneem ni dah buat? haaa.... Dia dikatakan telah meluahkan perasaan di Instagram tentang layanan Flight Attendence di  dalam kapal terbang AirAsia... meh lerrr baca sikit luahan Cik Ainan ni ye...

1
2
3
4

Kes ini telah menjadi viral seketika... Dan Ainan Tasneem dah delete pun apa yang dia tulis ni... Emmm... sepatutnya as retisss kamu perlu lebih profesional... Silakan mengadu di pihak atas... Lainlahhh kalau dah mengadu depa buat tak tahu... so bolehlah nak memberontak... kannnnn....


1625546 1062661040423169 568986224564264892 n
Hanya sekadar info... sebelum mengamuk tak tentu pasal, check dulu polisinya... Tapi aku takde laaa salahkan Ainan sorang je... well.. anything can happen pun..... Moga ada pengajaran dari citer retissss ni ye... hakakkk mood masing swing tak tahu laa bila nak stabil...

Musim panas ni... rasa nak marahhhhhhhh je !

March 12, 2016

LORI VICO TERBALIK, ORANG RAMAI PAKAT 'MENCURI' !

5:17 PM 2
LORI VICO TERBALIK, ORANG RAMAI PAKAT 'MENCURI' !
12802924 10208522507757548 9092707580886833908 n

Assalamualaikum wbt!

Aku tertarik dengan satu post ni dimana tentang lori Vico terbalik.. Yang menyedihkan, orang2 di sekitar bukannya obses nak menyelamatkan, tetapi lebih obses mengutip/merompak/mencuri Vico tersebut tanpa izin...

Mungkin beranggapan yang pemandu boleh claim insurans tapi untuk pengetahuan, barang kering seperti ini, tak boleh claim insuran ye.. Sebab masih elok...

12832387 10208522679961853 2551907463644952871 n

Bila lori babi tergolek... Semua pakat lari dengan alasan haram... Tapi ambil hak orang tanpa izin bukankah jadi darah daging yang haram jugak...?? Kalau terdesakkkkkkkkk sangat itu Tuhan Maha Tahu... ini tapi?? Sedihlahhh pakcik makcik pun terlibat sama dalam kes 'merompak' Vico ni... Yang kena tanggung tuan pemandu tau !

2

Bukan tiada yang menghalang... tapi mereka tetap tegar mengutip Vico yang bersepah2 tu.... Polis pun dah melarang tapi sebab mereka2 ni tak gentar, maka mereka langgar je... haihhh.... Sedih tau... ini namanya ambik kesempatan diatas kesusahan orang lain !

Apapun aku tertarik jugak dengan satu komen ni :

1

Moralnya, tepuk dada tanya diri sendiri... kalau benda percuma seperti Vico pun kita bergasak untuk mencuri... Agaknya kalau yang kena offer beribu juta oleh Sang Dajjal, mampu tak kita mengelak?? 

krikkk..... krikkk.... krikkk....

-Tunsha-

UPDATE