Tips Meneran Dengan Cara Betul - Tunsha Ayunie Punya Belog

February 06, 2016

Tips Meneran Dengan Cara Betul

download

TIPS MENERAN DENGAN CARA BETUL || Pernah jugak tanya mama sakit tak mama bersalinkan aku... maklumlah anak sulung kan... Tapi mama kata mama relaks je... asyik sebut-- Allah...Allah... rasa mudah je bersalinkan aku... sakit tu lumrah sebenarnya...

Aku saja nak share tips ni... walaupun entah bila rezeki aku nak sampai untuk merasai perasaan menyambut anak sendiri tu... Takpelah... aku percaya qada & qadar... ada tu adalah... takde tu kira memang bukan rezeki aku kat dunia ni...


Ini adalah tips berguna untuk ibu2 yang bakal bersalin ye :)

1. JANGAN PANIK - Pertama sekali kamu perlu mengawal keadaan dan bertenang bila terjadinya kesakitan kontraksi.. Cara mudah adalah dengan menarik nafas sedalam-dalamnya mengikut hidung dan hembus melalui mulut... Ulang setiapkali kontaksi... Jika kontraksi makin kerap tarik nafas laju-laju dan hembus (sedut melalui mulut dan lepas melalui mulut juga)

2. JANGAN MENANGIS - Menangis ketika meneran adalah perkara yang sangat sia2... ia akan membuat emosi kita terganggu dan menambahkan kesulitan kepada bayi apabila si ibu berada dalam keadaan stress... bersikap tabah... wanita kan dijadikan sebagai insan yang KUAT !!

3. JANGAN MENJERIT - Menjerit adalah normal ketika meneran.... tapi ialah sama sekali tidak bagus... Kita akan menggunakan banyak tenaga bial menjerit... Proses meneran yang betul adalah tanpa bersuara..

4. JANGAN ANGKAT BONTOT - Kesakitan semasa kontraksi adakala buat kita tak sedar dan mengangkat bontot... Tahukah anda? Perkara ini akan mengakibatkan koyakan besar di kawasan perinium.. kalau boleh, elakkan :)

5. JANGAN PEJAM MATA - Jangan pejam mata... Kita menggunakan tenaga yang banyak dan sekuatnya untuk meneran bayi... Dengan pejam mata ditakuti akan menyebabkan pembuluh mata akan pecah...


Cara Meneran Dengan Betul

  • Angkat kepala dan dagu cecah dada....
  • Mata pandang perut.... jangan tutup mata.. buka luas2...
  • Kedua-dua belah tangan pegang kaki (bahagian kaki yang berhampiran buku lali)
  • Teran tanpa suara dan mulut tertutup...
  • Tarik nafas sedalam yang boleh dan teran macam nak buang air besar... Yang sembelit teruk, jangan hembus nafas, teran sekuat yang terdaya selama yang boleh. Curi nafas...Jangan hembus semuanya...
  • Baca bismilah, selawat dan doa (la illa hailla anta subhanaka inni kuntu minalzolimin).. Ini untuk yang beragama Islam... Yang non-muslim juga mungkin ada bacaan sendiri kan? :)

#NotaKaki
Moga segalanya dipermudah ye :)

2 comments:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.